Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kemurungan

Apa itu Probiotik? Pengenalan Kepada Kebaikan Bakteria Baik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita ada banyak mendengar tentang probiotik atau produk-produk yang diperkaya dengan probiotik. Katanya probiotik ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya probiotik ni? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang kita lebih kenali sebagai “bakteria baik” kerana peranannya dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita, terutamanya pada sistem penghadaman. Dulu-dulu kalau cakap bakteria mesti kita ingat bakteria ni bawak penyakit je, kan... Tapi, sebenarnya tak semua bakteria adalah berbahaya. Probiotik adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bakteria juga dapat memberikan manfaat besar kepada tubuh badan kita.  Jadi, apa sebenarnya probiotik, dan bagaimana ia membantu kesihatan kita? Jom teruskan membaca dan kenali apa kebaikan bakteria baik ini. Jenis-jenis Probiotik Probiotik ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah daripada dua kumpulan besar ini: Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setia...

Cuti Lepaskan Stress: Manfaat Me-Time yang Setiap Ibu Patut Nikmati

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masa cuti sekolah haritu, saya dan beberapa kawan-kawan saya yang di kalangan mak-mak dan isteri-isteri pergi “cuti-cuti Malaysia”. Cuti-cuti Malaysia la kononnya... Pergi staycation di area Johor Bahru je.... Ye la, tak sampai 1 jam pun dari rumah. Tapi at least dapatlah jugak keluar dari rumah, dan keluar daripada rutin-rutin biasa kami. Nak bercuti daripada mendengar rengekan-rengekan “Ummi, mana baju saya?”, atau “Sayang, nampak tak dompet abang?” Waktu tu kami bercuti daripada fikir pasal rumah, fikir pasal suami, fikir pasal anak. Itu hari kami. Kami betul-betul fokus untuk bercuti, sembang-sembang kosong, rehat dan relax sepuas-puasnya! Aahh… Seronok betul! Dapat makan breakfast dengan aman Walaupun staycation kami tu hanya satu malam je, tapi bagi saya sendiri, walaupun sekejap, ia berjaya membuatkan hati dan minda saya yang sebelum tu terasa berat dengan memikirkan macam-macam perkara, terus terasa ringan. Balik daripada bercuti tu, jumpa s...

Supplemen Vitamin Untuk Wanita Yang Terbaik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Zaman sekarang ni, tak kisahlah yang suri rumah mahupun yang bekerja di pejabat, dah nama perempuan, memang banyak betul komitmen yang kita kena fikir dalam kepala. Dengan kerja lagi, nak jaga makan-minum family, nak didik anak-anak, nak jaga hal ehwal rumah lagi... Memang setiap hari menuntut energy daripada kita. Tapi bila umur dah makin meningkat, macam saya dah nak mencecah 40 tahun pun, saya sedar yang saya dah kena fokus pada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri saya. Bukankah ibu itu nadi kehidupan sebuah keluarga? Eceeewaaahhh.... Tapi betul, kan.... Kalau ibu pun asyik letih, lesu, asyik-asyik tak sihat, macam mana nak jaga keluarga, betul tak? So, saya tahu, apa-apa pun, saya kena jaga diri sendiri terlebih dahulu. Antara usaha-usaha saya yang saya sedang cuba ubah sekarang termasuklah untuk cuba masuk tidur lebih awal . Saya juga cuba untuk susun jadual harian saya supaya saya dapat buat kerja-kerja rumah ikut the rank of priority. Dan...

Shaklee Cinch Energy Tea Mix Untuk Penggemar Minuman Teh

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda adalah salah seorang yang menggemari minuman teh? Kalau macam tu, anda mesti suka Cinch Energy Tea Mix ni. Cinch Energy Tea Mix merupakan campuran eksklusif teh hijau, putih dan juga merah . Ia juga diperkaya dengan taurine yang berfungsi untuk meningkatkan tenaga kita dan menjadikan kita lebih peka dan alert secara semulajadi. Kebaikan Cinch Energy Tea Mix Bagus untuk kebaikan kardiovaskular - Mengurangkan tekanan darah dan risiko strok . - Mengurangkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan paras kolesterol HDL Kaya dengan Antioksidan daripada polifenol - Mengurangkan kesan penuaan pada kulit - Mengurangkan kesan sunburn - Menurunkan risiko cancer Bantu dalam proses pengurangan berat badan - Mengandungi bahan bioaktif dan juga polifenol yang boleh menggalakkan metabolisme badan - Menggalakkan badan untuk menggunakan dan membakar simpanan lemak dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga - Nak bagus, boleh amalkan dalam 4-5 cawan teh ...