Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Kita ada banyak mendengar tentang probiotik atau produk-produk yang diperkaya dengan probiotik. Katanya probiotik ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya probiotik ni?
Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang kita lebih kenali sebagai “bakteria baik” kerana peranannya dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita, terutamanya pada sistem penghadaman. Dulu-dulu kalau cakap bakteria mesti kita ingat bakteria ni bawak penyakit je, kan... Tapi, sebenarnya tak semua bakteria adalah berbahaya. Probiotik adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bakteria juga dapat memberikan manfaat besar kepada tubuh badan kita.
Jadi, apa sebenarnya probiotik, dan bagaimana ia membantu kesihatan kita? Jom teruskan membaca dan kenali apa kebaikan bakteria baik ini.
Jenis-jenis Probiotik
Probiotik ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah daripada dua kumpulan besar ini: Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setiap jenis ni ada fungsi tersendiri untuk kesihatan badan kita.
1) Lactobacillus
- Terkenal dalam makanan berasaskan fermentasi seperti yogurt dan kefir
- Bagus untuk penghadaman, terutamanya kalau perut kita mudah rasa tak selesa atau kembung
- Membantu mengurangkan masalah cirit-birit akibat antibiotik
2) Bifidobacterium
- Membantu dalam masalah sembelit atau sistem imun lemah
- Biasanya ada dalam produk tenusu
- Berfungsi untuk mengimbangkan mirobiota usus
- Membantu dalam melawan bakteria jahat yang boleh mengganggu kesihatan badan
3) Yis (Saccharomyces Boulardii)
- Membantu mencegah cirit-birit, termasuk yang disebabkan oleh antibiotik
- Sesuai untuk yang ada masalah penghadaman
Sumber Probiotik
Ada banyak makanan semula jadi yang kaya dengan bakteria baik ni. Jom tengok apa sumber probiotik yang boleh kita cuba:
1) Yogurt
- sebaiknya pilih yogurt asli yang tak ada gula tambahan
- kaya dengan Lactobacillus
- Pilih yogurt dengan label “mengandungi kultur hidup”
2) Kefir
- macam yogurt tapi dalam bentuk cecair
- sesuai untuk mereka yang tak boleh minum susu sebab ada lactose intolerance
3) Kimchi
- sejenis makanan fermentasi
- kaya dengan probiotik, serat dan juga vitamin
4) Tempeh
- berasakan makanan soya yang difermentasi
- sumber probiotik dan protein yang bagus
5) Minuman kombucha
- sejenis teh yang difermentasi yang ada bau sedikit masam dan rasa sedikit berkarbonat
- sesuai untuk yang nak alternatif sihat kepada minuman ringan
Kalau rasa susah nak dapat semua makanan ni, supplemen probiotik pun boleh jadi pilihan!
PROBIOTIC SHAKLEE – PRODUK TERBARU DARIPADA SHAKLEE!
Baru-baru ni Shaklee ada keluarkan satu good news, yang Shaklee akan lancarkan satu produk baru tak lama lagi, iaitu produk Prebiotic + Probiotic! Produk ni memang khas untuk mereka yang nak jaga kesihatan usus, tingkatkan imuniti, dan rasa lebih sihat secara menyeluruh. Apa yang best tentang produk probiotik daripada Shaklee ni?
1) Mengandungi strain probiotik yang dipercayai
- menggunakan strain bakteria baik yang terbukti secara saintifik, seperti Lactobacillus, Biifidobacterium dan Lacticaseibacillus
- berfungsi untuk mengimbangi mikrobiota usus, mengurangkan masalah penghadaman, dan menyokong kesihatan badan secara menyeluruh
2) Lengkap dengan probiotik dan juga prebiotik
- probiotik penting untuk menyokong keseimbangan bakteria baik yang sihat
- serat prebiotik penting sebagai pemangkin untuk pertumbuhan bakteria baik
3) Jumlah prebiotik dan probiotik yang optimum
- mengandungi 10 billion CFU probiotik dan 3g inulin (per serving)
- setiap hidangan supplemen ni mengandungi jumlah yang cukup untuk memberikan kesan, sesuai untuk keperluan hariian kita
4) Mudah diambil dan praktikal
- dalam bentuk stick pack, senang untuk dimasukkan ke dalam rutin harian
- boleh bancuh je dalam air dan terus minum
5) Bebas tenusu, bebas gluten, vegan, dan tiada gula, pengawet dan perasa tambahan
- sesuai untuk diambil oleh pelbagai pengamal diet
6) Kualiti terjamin
- bebas bahan kimia berbahaya
- diuji secara klinikal
7) Sesuai untuk semua
- yang ada masalah penghadaman
- ibu menyusu (boleh tanya pakar perubatan dahulu)
- yang nak jaga imuniti badan
Produk Prebiotic + Probiotic Shaklee ni memang pilihan ideal untuk kita yang serius nak jaga kesihatan usus dan badan. Nantikan pelancaran produk terbaru ni pada pertengahan February 2025 nanti, k!
Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan
Probiotik ni bukan sekadar “bakteria baik” biasa, ia sebenarnya ada banyak manfaat untuk kesihatan kita. Kalau rasa perut tak selesa, kerap jatuh sakit, atau nak kulit lebih sihat, probiotik boleh jadi penyelesaian yang kita semua perlukan Jom tengok apa kebaikan utama proobiotik ni:
1) Baik untuk penghadaman
- probiotik membantu mengimbangi bakteria dalam usus, jadi sistem penghadaman lebih lancar
- kurangkan masalah seperti sembelit, cirit-birit dan perut kembung
- sesuai untuk mereka yang ada sindrom usus rengsa (IBS) atau masalah gastritis
2) Tingkatkan sistem imun
- usus yang sihat = imuniti yang lebih kuat!
- probiotik membantu badan melawan jangkitan dan mengurangkan risiko demam serta selsema
- boleh mengurangkan alahan dan masalah kulit seperti ekzema
3) Baik untuk kesihatan mental
- percaya tak, usus dan otak ada hubungan rapat? (gut-brain connection)
- probiotik boleh membantu mengurangkan stress, anxiety, dan juga kemurungan
- kajian tunjukkan probiotik boleh tingkatkan hormon serotonin, iaitu “hormon gembira”
4) Kulit lebih sihat dan berseri
- kalau selalu ada jerawat atau kulit sensitif, probiotik boleh bantu kurangkan inflamasi dari dalam
- membantu mengawal keseimbangan bakteria pada kulit dan mengurangkan risiko breakout
5) Bantu dalam pengurusan berat badan
- sesetengah strain probiotik boleh membantu mengawal selera makan dan meningkat metabolisme
- bagus untuk mereka yang nak turunkan berat badan secara sihat
Pendek kata, probiotik bukan sahaja baik untuk perut, tapi untuk keseluruhan kesihatan kita. Kalau nak rasa lebih bertenaga, kurang sakit, dan kulit lebih cantik, cuba amalkan probiotik dalam diet harian. Tak kisah dari makanan atau supplemen, yang penting konsisten!
Akhir kata…
Probiotik ni mungkin kecil, tapi kesannya pada kesihatan sangat besar. Dari menjaga sistem penghadaman, menguatkan imuniti, hingga menyokong kesihatan mental dan kulit, bakteria baik ni memang penting untuk tubuh kita. Sebab tu, kita perlu pastikan yang kita ambil cukup probiotik setiap hari, sama ada melalui makanan fermentasi atau supplemen yang berkualiti, terutamanya jika kita ada masalah-masalah yang berkenaan. Kalau susah untuk dapatkannya daripada diet harian, supplemen terbaru Shaklee Prebiotik-Probiotik boleh jadi pilihan yang lebih mudah dan praktikal.
Prebiotic + Probiotic Shaklee ini akan dilancarkan TAK LAMA LAGI iaitu pada 15 Februari 2025 semasa Shaklee Convention nanti. Jangan lepaskan peluang untuk jadi antara orang yang pertama yang mencuba produk baru ni! Tunggu tau! Kalau anda nak pre-order produk baru ni, boleh whatsApp terus saya k!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment