Skip to main content

Gula: Boleh Makan ke Tak Boleh Makan?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Bila cakap pasal gula, mesti benda first terfikir... DIABETES!!! Tak payah cakap la... memang gula sentiasa jadi 'watak jahat' dalam drama diet kita. Dalam iklan pun banyak suruh kita kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.. Eeewaahh!!

Penyebab Diabetes


Kita banyak dengar pakar cakap kalau kita terlebih makan apa-apa jenis makanan pun boleh meningkatkan risiko untuk dapat diabetes. Sebab bila terlebih makan, kita boleh jadi obese, which is 'pesalah utama' pada masalah diabetes tu. 


Tapi banyak jugak research yang terbaru mengatakan makanan-makanan manis jugak boleh berikan kesan secara langsung, iaitu: Untuk setiap penambahan 150 kalori gula tambahan untuk seorang individu sehari, risiko untuk dapat diabetes meningkat sebanyak 1%, walaupun dah control obesiti, aktiviti fizikal dan kalori daripada makanan. 


Bukan setakat diabetes, terlebih gula juga boleh berikan kemudaratan pada kesihatan jantung

Lagi payah lagi, gula pulak bukannya sekadar macam gula pasir yang kita selalu guna buat air tu, tapi gula ni boleh 'menyorok' di sebalik produk-produk yang kita selalu ambil, macam cereal dan jam roti. Label kat belakang tu pulak macam confusing. 

So, apa kita boleh buat?

Kalau anda memang jenis yang 'sweet tooth', okay, boleh la kalau nak amek benda manis pun.. Tapi kena tahu benda-benda ni...

FAKTA 1 : Ada gula yang baik, ada gula yang 'jahat'



Gula semulajadi : 
- Terdapat dalam makanan macam buah, sayur dan produk tenusu. 
- Makanan-makanan ni baik untuk kita sebab ia bekalkan serat, protein, kalsium, vitamin dan mineral.

Gula tambahan :
- Apa-apa yang manis yang ditambahkan dalam makanan untuk menambahkan perasa, contoh macam madu ke, sos ke...
- Gula ini mempunyai kepekatan yang tinggi dan selalunya dah hilang nutrisi.
- Walaupun madu banyak khasiatnya, tapi kebanyakan madu di pasaran dah terlalu banyak ditambahkan sweetener.
- So, walaupun kita ambil sikit je makanan jenis macam ni, sebenarnya banyak gula dan kalori yang dah masuk dalam badan kita.
- Makanan dengan gula tambahan ni banyak dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes

FAKTA 2: BACA LABEL BEBETUL


Banyak jenis makanan yang dah berbungkus mengandungi samada gula semulajadi ataupun gula tambahan. Tapi, masalahnya kadang-kadang label ni dah satukan terus jumlah gula dalam makanan tu. 

So, nak elakkan daripada terus confuse, baca SENARAI INGREDIENT. Dan satu benda yang kita kena tahu pasal senarai ingredient ni, urutan ingredient tu adalah based on berat ingredient yang digunakan untuk hasilkan makanan tersebut. Maksudnya ramuan yang ada pada list yang awal-awal, itulah bahan utama sebab merupakan peratusan terbesar dalam makanan tu.

So, kalau kita perasan dalam senarai tu jenis-jenis sweetener atau gula terletak pada awal-awal, jaga-jagalah ye..

Dan tengok jugak kadang-kadang ada yang dia gunakan pelbagai jenis sweetener, walaupun diletakkan pada akhir-akhir senarai. So, bila dicampurkan, jumlah gula yang digunakan memang jadi super banyak la...

Boleh faham ke?

Harap-harap boleh faham la ye...

FAKTA 3 : TAK MUSTAHIL UTK LIMITKAN PENGAMBILAN GULA

Kalau ikutkan panduan yang sebenar, seorang wanita hanya boleh ambil dalam 6 sudu teh gula je sehari. Tapi malangnya secara purata, kebanyakan wanita ambil sebanyak 18 sudu teh gula sehari! 3 kali ganda tu....

Tapi, kat bungkusan makanan labelkan jumlah gula dalam gram kan... So, macam mana nak keep track? Ni formulanya... 1 sudu teh = 4 gram gula.

So, maksudnya kalau dalam sehari kita dah makan satu bar coklat (23g gula), dah habis la kuota utk hari tu utk ambil gula.. So, kalau nak makan coklat, limitkan ambil utk satu petak tu je... So, kita still boleh ambil gula daripada sumber makanan yang lain....

Senang nak nampak berapa banyak gula kita dah consume

FAKTA 4 : SEMULAJADI TAK SEMESTINYA SENTIASA BAGUS


Tak ramai antara kita yang ambil buah-buahan dalam jumlah yang sepatutnya. Tapi, saya yakin ramai yang suka minum jus buah, kan?

Tapi, jaga-jaga! Walaupun jus tu daripada buah-buahan semulajadi, tapi jus yang kita selalu beli kat kedai tu mengandungi jumlah gula yang agak banyak

Dan satu lagi yang kita kena tahu, bila kita beli jus buah kat kedai tu, kita hanya dapat gula tanpa serat. Dan sebenarnya serat itulah yang paling penting untuk berikan masa pada badan kita untuk men'digest' gula yang kita ambil. So, bila kita terlalu bergantung pada jus buah, ia boleh menyebabkan kita terlebih ambil kalori. Maka hasilnya, jadilah LEMAK. 

Serat juga penting untuk mengelakkan gula dalam darah meningkat dengan mendadak yang boleh menyebabkan kita berisiko mendapat diabetes.


Sama jugak kalau kita suka suka makan buah-buahan kering (dried fruit), macam aprikot, prune dan sewaktu dengannya. Dried fruit dah kehilangan banyak air, so kandungan gulanya dah jadi tepu. 

Bukan tak boleh ambil langsung dried fruit, tapi kena ambil dalam portion yang betul.

Ini formulanya...

Satu cawan buah yang segar = 1/2 cawan jus buah = 1/4 cawan dried fruit

Okay... Tu je kut nak share stakat ni...

So, insya Allah lepas ni kita dah tahu lah setakat mana nak consume gula, dan macam mana nak control pengambilan gula...


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole