Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Alkohol

Sebab Perlu Amalkan DTX Complex

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah dengar tak supplemen Shaklee, namanya DTX Complex? Apa fungsi DTX Complex ni? DTX Complex adalah sejenis campuran proprietary gabungan extrak pelbagai jenis herba, termasuklah biji benih pokok milk thistle, schizandra, dendalion, cendawan reishi, kunyit dan juga articok. Kesemua herba yang terkandung dalam DTX Complex ni dah lama digunakan secara traditional sebagai tonik untuk organ hati. Kenapa perlu jaga hati? Kita banyak dengar orang ada masalah kesihatan yang melibatkan jantung la, paru-paru la… Sampai kita mengambil sambil lewa tentang kesihatan hati kita. Padahal hati adalah salah satu organ yang sangat penting dalam menjalankan proses-proses dalam badan. Penyakit-penyakit yang melibatkan organ hati Banyak jenis penyakit boleh jadi yang melibatkan organ hati, memandangkan fungsinya yang kompleks. Jika organ ini rosak, seluruh badan akan terima padahnya. Contoh-contoh penyakit yang melibatkan organ hati adalah sep...

Supplemen dan Diet Yang Sihat

Assalamualaikum wbt dan hai semua! Dalam post-post yang lepas memang saya banyak tekankan pasal kepentingan supplemen untuk menjamin kesihatan. Supplemen memang super penting terutamanya untuk dapatkan vitamin, mineral dan mikronutrien yang lain yang cukup dan optimum. Tapi perlu saya tekankan sesuatu di sini... Walau macam mana baik sekalipun supplemen Shaklee ni, kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan mendapatkan diet yang sihat. Okay, saya kata " SIHAT ". Tapi tak semestinya kita kena buang sekaligus apa yang nampak macam tak sihat tu. Sebab memang tak realistik kalau kita nak amalkan diet sebegitu rupa. Dah nama orang Melayu, boleh ke kita terus tak nak makan nasi lemak. Boleh ke kita tak nak merasa langsung kuih seri muka, tepung pelita semua tu... (err... sedapnye... nyum.. nyum...) Nampak tu, sebut je terus rasa cam terliur. Saya sendiri tak mampu. Kalau anda mampu, itu dah cukup bagus. Tapi saya berani jamin, tak ramai yang boleh nak ...

Mencegah Penyakit Jantung

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Macam mane ye nak cegah penyakit jantung ni? Selalu sangat saya dengar berita orang kene sakit jantung sejak kebelakangan ni." Sakit, sihat, ajal, maut... Semuanya di tangan Tuhan. Semuanya atas izin dan kehendakNya. Tapi, kita sebagai manusia, dah menjadi tanggung jawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan berikhtiar supaya dijauhkan daripada sebarang mudharat. Di sini saya nak share sikit langkah pencegahan untuk mengelakkan diri kita daripada berisiko mendapat penyakit jantung. 1- Makan makanan yang sihat dan seimbang ~ Diet rendah lemak dan tinggi serat, banyak buah-buahan, sayuran dan bijirin 2- Menjalani kehidupan yang lebih aktif ~ Mengekalkan pemakanan yang sihat dan senaman secara kerap adalah sangat bagus untuk mengekalkan berat badan yang sihat. 3- Mengekalkan berat badan yang siha t 4- Berhenti merokok 5- Berhenti pengambilan alkohol 6- Kawal tekanan darah ~ Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat ...

Bawang Putih (Garlic) Boleh Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sejenis penyakit kronik di mana tekanan darah dalam arteri menjadi tinggi. Ada 2 jenis ukuran tekanan darah, iaitu systolic dan diastolic. Bacaan systolic adalah apabila otot jantung sedang mengecut. Diastolic pula adalah apabila otot jantung berada dalam keadaan rehat antara 2 denyutan. Maksudnya bacaan systolic tu adalah bacaan tekanan darah yang maksimum dan diastolic tu adalah bacaan minimum. Bacaan normal tekanan darah adalah dalam lingkungan 100-140mmHg systolic dan 60-90mmHg diastolic. Tekanan darah tinggi dikatakan apabila bacaannya melebihi 140/90 mmHg. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kebiasaannya, tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila umur seseorang itu meningkat. Dan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi adalah pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan sodium berlebihan dan obesity sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah ti...