Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Kenapa saya memilih Shaklee?

Bila sebut saja MLM, semua orang dah rasa taboo.. Ish, sistem piramid.. Ini semua tipu!!! Makan duit orang!!! Okay, saya tidak salahkan mereka. Kerana saya juga pernah berfikiran begitu.  Baguslah jika anda pun pernah berfikiran begitu. Itu bermakna anda benar-benar memastikan bahawa diri anda tidak terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang dah tentu-tentu menindas orang-orang bawah. Tapi, apa yang menyebabkan saya terjebak dengan Shaklee? Saya dari dulu memang tak suka MLM. Sebab saya rasa ahli-ahli MLM ni hanya mengejar orang-orang bawah atau donwline sahaja. Bukan untuk menjual produk. Dan orang-orang ataslah yang mengaut untung tanpa sebarang usaha, sedangkan orang-orang bawah terus tertindas, usaha untuk memberi makan pada orang atas yang hanya duduk senang lenang. Okay, saya tak tahu syarikat mana yang buat skim-skim macam ni. Tapi, yang tentunya, skim begini memang wujud..!! Okay, kembali kepada soalan asal. Kenapa saya memilih Shaklee? Saya sudah menjadi pelanggan tetap S

Badan Lesu dan Tak Bermaya?

Assalamualaikum & Hai Semua! Waaaahhh... Penat sungguh.. !! Dengan kerja lagi, dengan melayan karenah anak lagi, nak masak untuk keluarga lagi... Bukan nak merungut, tapi, hakikatnya kerja yang bertimbun, berkejar sana-sini, memang boleh me'makan' tenaga kita... Kenapa ye badan kita mudah letih? Memang betul, tekanan kerja-kerja yang bertimbun tu boleh menyumbang kepada kelesuan badan kita. Tapi, sebenarnya ada lagi benda lain yang juga banyak menyumbang kepada keletihan. Cuba kita lihat tabiat pemakanan kita. Adakah kita mengambil makanan yang sihat ? Atau adakah jadual pemakanan kita benar-benar teratur? Pertama, jangan skip makan walaupun terlalu sibuk. Terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi sangat-sangat penting. Ada satu kajian pernah menunjukkan dengan mengambil sarapan pagi walau hanya dengan sesudu cereal dapat merendahkan tahap hormon stress. Jika terlalu sibuk sekali pun, ambil sekeping roti saja itu lebih baik daripada terus tidak mengambil makanan. Mala

Shaklee Meal Shakes

Pengambilan nutrisi yang cukup untuk kanak-kanak adalah sangat penting bagi menjamin pertumbuhan yang normal. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memberikan nutrisi dan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak mereka.  Tapi, tak dapat dinafikan yang kadang-kadang ibu bapa mempunyai masalah kerana mempunyai anak yang kurang selera makan ataupun " picky-eater ". Ibu saya sendiri pun pernah beritahu yang saya sewaktu kecil sampai kene kejar hanya untuk diberi makan. " Bukan nak suruh berkebun pun.. Suruh makan pun susah.. " Hehehe.. itulah saya sewaktu kecil.  Tak boleh diikutkan sangat dengan karenah anak-anak yang suka memilih makan ni. Lagi-lagi jika makanan yang dipilihnya adalah makanan yang langsung tidak bernutrisi. Junk food . Nama pun dah " junk ".  Tahukah anda? Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom t

Flawless Beauty Set

Kolagen berperanan besar dalam tubuh badan kita. Ia berfungsi menyokong kebanyakan tisu dan memberikan struktur sel-sel dari luar juga ditemui dalam sel-sel tertentu. Kolagen mempunyai kekuatan tegangan (tensile strength) yang tinggi, dan merupakan komponen utama tulang rawan, ligamen, tendon, tulang dan kulit. Bersama dengan keratin rambut, ia bertanggungjawab untuk menguatkan, mengekalkan ketegangan dan menganjalkan kulit .   Ia juga menguatkan saluran darah dan memainkan peranan dalam pembangunan tisu . Kolagen juga terdapat dalam kornea dan kanta mata dalam bentuk kristal. Apabila umur semakin meningkat menjangkau 35 tahun ke atas, pengeluaran kolagen secara semulajadi mula berkurangan, yang menyebabkan kuantiti kolagen berkurangan. Enzim badan kita sendiri akan memecahkan kolagen. Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling, asap dan lain-lain sumber radikal bebas juga boleh menyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan

DTX Complex untuk Kesihatan Organ Hati

Fungsi Hati Hati adalah organ yang penting dalam tubuh badan manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi, termasuklah detoksifikasi , sintesis protein , dan pengeluaran biokimia yang diperlukan untuk pencernaan .  Hati adalah sangat penting dan perlu untuk hidup. Buat masa ini, tiada lagi cara atau kaedah yang dapat menggantikan fungsi hati untuk jangka masa panjang, jika organ hati ini rosak. Yang ada hanya teknik dialisis hati, di mana ia hanya boleh digunakan untuk jangka masa pendek sahaja. Oleh itu, sangatlah penting untuk kita menjaga organ kurniaan dan anugerah Allah ni sebaik-baiknya.  Simtom-simtom kerosakan organ hati: Najis yang berwarna pucat  Air kencing berwarna gelap atau keruh Jaundis (kulit kuning dan / atau putih mata)  Kegatalan kulit Bengkak perut, buku lali dan kaki  Keletihan yang berlebihan  Lebam dan mudah mengalami pendarahan Alhamdulillah Shaklee telah mencipta formulasi unik bagi menyokong kesihatan hati.