Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Vivix

Sakit Kepala Berpanjangan? Mungkin Bukan Biasa-Biasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita semua mesti pernah mengalami sakit kepala, tak kiralah sama ada sebab kurang tidur, terlalu stress, atau sebab cuaca terlalu panas. Kadangkala ia hanya seketika dan hilang begitu saja, tetapi ada masanya ia berlarutan dan mengganggu aktiviti harian kita. Tapi bila sakit kepala jadi terlalu kerap, berpanjangan dan makin mengganggu kehidupan seharian… itu “biasa-biasa” kah? Jadi, bilakah sakit kepala ini dikategorikan sebagai "bukan biasa-biasa"?  Sebenarnya, ada banyak jenis sakit kepala, dan setiap satu jenis ini datang dengan pelbagai simptom dan punca yang berbeza. Kalau anda selalu rasa pening, berdenyut di sebelah kepala, atau rasa loya bila sakit kepala menyerang, mungkin anda sedang mengalami migraine atau sakit kepala kronik. Mari kita kenali beberapa jenis sakit kepala, simptom, dan puncanya dengan lebih lanjut. 🌪 Jenis-Jenis Sakit Kepala, Simtom dan Punca  Sakit kepala boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, dan setiap sa...

Lawan Brain Fog dengan Makanan Sihat: 7 Superfood untuk Otak Cergas & Fokus Tajam

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak rasa macam otak berkabus, susah nak fokus, dan asyik lupa itu ini? Duduk depan laptop lama, tapi idea tak keluar. Baca mesej orang, tapi tak boleh hadam. Nak cakap sesuatu pun rasa macam “blur”… benda atas hujung lidah, tapi tak terkeluar. Ha, kalau semua ni selalu terjadi pada anda, besar kemungkinan anda sedang mengalami “brain fog”. Apa Itu Brain Fog? Brain fog bukanlah satu penyakit, tapi lebih kepada sekumpulan tanda-tanda yang menunjukkan otak dan badan kita tengah ‘penat’. Antara simptom biasa adalah seperti: - Mudah lupa - Hilang aliran pemikiran ("train of thought") - Kekeliruan - Susah fokus - Emosi tak stabil - Otak rasa ‘slow’ walaupun tidur cukup - Lemau sepanjang hari walaupun tak buat kerja berat - Kurang produktif - Susah berfikir Biasanya brain fog ni datang disebabkan oleh tekanan, kurang tidur, hormon tak stabil, pemakanan tak seimbang dan juga radikal bebas yang boleh merosakkan sel otak kita. Ia juga boleh j...

PCOS dan Masalah Kesuburan: Jangan Putus Asa, Masih Ada Harapan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! PCOS. Dengar je perkataan ni, mesti ramai wanita yang mengeluh. Sebab mesti ramai yang dah tahu PCOS ni ada kaitan rapat dengan masalah kesuburan, kan? Memang tak dinafikan, Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ni adalah antara punca utama kenapa ramai wanita struggle untuk hamil. Tapi jangan risau, anda semua tak keseorangan! Dan paling penting, jangan sesekali putus asa, sebab harapan sentiasa ada! Apa Itu PCOS & Kenapa Ramai Wanita ‘Kecut Perut’ Bila Mendengarnya? Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ialah sejenis gangguan hormon yang menjadikan ovari menghasilkan androgen (hormon "lelaki") secara berlebihan . Secara ringkasnya, PCOS ni akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Antara tanda-tanda atau akibat-akibat yang biasa kita dengar disebabkan masalah PCOS adalah: - Kitaran haid tak teratur. - Tumbuh bulu-bulu halus di tempat yang tak sepatutnya - Naik jerawat - Berat badan susah nak turun - Ovari kita mungkin t...

Fahami Fatty Liver: Punca, Tanda Awal & Cara Mencegahnya

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak dengar pasal Fatty Liver ? Atau dalam Bahasa Melayunya, hati berlemak? Kalau dah pernah, bagus! Kalau belum, meh sini nak cerita. Bila kita sebut term "lemak", tak semestinya cerita pasal makanan berminyak semata-mata tau, tapi ini kisah tentang salah sebuah organ paling penting dalam badan kita: si hati , yang diam-diam je boleh jadi ‘berlemak’ dan rosak tanpa kita sedar. Tapi jangan ingat benda ni penyakit orang gemuk je tau. Orang kurus keding pun boleh kena! Haa, terkejut tak? But, jangan panik dulu. Jom baca dulu untuk tahu lebih lanjut pasal masalah Fatty Liver ni. ❓ Apa Itu Fatty Liver ? Fatty liver ni maksudnya adalah satu keadaan bila terlalu banyak lemak terkumpul dalam sel hati kita. Normalnya, hati memang ada sedikit lemak. Tapi bila lemak ni melebihi 5-10% dari berat keseluruhan hati, itu dah dikira problematic. Hati ni kan organ penting, kalau dia sakit, banyak benda lain boleh terjejas. Macam enjin kereta, kalau...