Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Pernah tak dengar pasal Fatty Liver? Atau dalam Bahasa Melayunya, hati berlemak?
Kalau dah pernah, bagus! Kalau belum, meh sini nak cerita. Bila kita sebut term "lemak", tak semestinya cerita pasal makanan berminyak semata-mata tau, tapi ini kisah tentang salah sebuah organ paling penting dalam badan kita: si hati, yang diam-diam je boleh jadi ‘berlemak’ dan rosak tanpa kita sedar. Tapi jangan ingat benda ni penyakit orang gemuk je tau. Orang kurus keding pun boleh kena! Haa, terkejut tak?
But, jangan panik dulu. Jom baca dulu untuk tahu lebih lanjut pasal masalah Fatty Liver ni.
❓ Apa Itu Fatty Liver?
Fatty liver ni maksudnya adalah satu keadaan bila terlalu banyak lemak terkumpul dalam sel hati kita. Normalnya, hati memang ada sedikit lemak. Tapi bila lemak ni melebihi 5-10% dari berat keseluruhan hati, itu dah dikira problematic. Hati ni kan organ penting, kalau dia sakit, banyak benda lain boleh terjejas. Macam enjin kereta, kalau kotor sangat, lambat laun jem juga kereta tu!
Walaupun namanya hati berlemak, masalah ni pun boleh berlaku pada orang kurus juga tau, bukan kena hanya pada orang yang badan berisi je. Jadi tak boleh nak selesa sangat ye walaupun BMI kita dah cun.
🧂 Punca Fatty Liver: Bukan Sekadar Makan Berminyak Semata!
Okeh, anda mesti terfikir, "Aku makan sayur hari-hari, takkanlah hati aku berlemak?" Atau anda fikir, “Alaa… ni mesti sebab suka makan bergoreng je ni.”
Ada betulnya juga... Tapi, jangan anda tersilap. Bukan semua makanan berlemak tu jahat tau. Badan kita pun sebenarnya memerlukan satu kuantiti kecil lemak untuk berfungsi dengan baik. Tapi.... kalau kita ambil terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan lemak, itu juga boleh jadi penyumbang kepada masalah fatty liver. Bila kita tak control makan makanan tinggi lemak tu, ia boleh buatkan lemak terkumpul yang buatkan keadaan jadi lebih berisiko tinggi.
Tapi bukan setakat makanan berlemak je… Ada juga beberapa punca lain yang selalu kita terlepas pandang, seperti:
1) Gaya hidup tak aktif
- Kerja duduk je, balik rumah baring je, tak bersenam.
- Kalori masuk banyak, keluar sikit. Mana tak jadi lemak!
2) Pengambilan makanan yang tak sihat
- Suka sangat makanan proses, tinggi gula, tinggi refined carbohydrate (roti putih, nasi putih, minuman manis berlebihan).
- Gula ni bila berlebihan, badan akan tukar jadi lemak dan disimpan dalam hati.
3) Obesiti atau perut boroi
- Ini memang obvious. Kalau berat badan berlebihan, risiko fatty liver memang akan jadi lebih tinggi.
4) Kolesterol, trigliserida dan tekanan darah tinggi
- Ini pun geng-geng penyakit metabolik yang boleh menyumbang kepada fatty liver.
5) Pengambilan alkohol
- Alkohol ni memang boleh buatkan hati akan bekerja lebih kuat untuk memproses.
- Kalau terlebih, hati boleh jadi rosak dan jadi berlemak.
- Yang muslim, tolong jangan ambil alkohol ye. HARAM!
6) Masalah insulin resistance atau diabetes
- Kalau dah ada kencing manis, hati memang akan berisiko tinggi untuk berlemak sebab badan tak dapat guna insulin dengan efficient.
7) Penggunaan ubat-ubatan tertentu dalam jangka masa panjang
- Ada beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan fatty liver sebagai kesan sampingan.
- Tapi apa-apa pun janganlah suka-suka hati kita pergi stop ubat sendiri pulak. Apa-apa kena bincang dengan doktor ya!
Dan perasan tak, semua faktor-faktor ni banyak kaitan dengan gaya hidup kita sekarang. Mesti banyak je kita terbuat benda-benda di atas ni kan? Sebab tu, bila dah sedar tu, kita kena start berubah daripada sekarang!
⚠️ Tanda Awal Fatty Liver: Hati-hati, Jangan Tunggu Sampai Melarat
Bab ni yang paling penting. Sebab ramai orang tak sedar yang dia ada masalah fatty liver ni sebab selalunya ia tak ada simptom yang ketara pada peringkat awal. Tau-tau, senyap-senyap je dia melarat.
Tapi, ada beberapa petunjuk kecil yang kita boleh perasan kalau kita betul-betul alert. Kalau anda dah mula ada tanda-tanda ni, cepat-cepatlah buat pemeriksaan ye. Tanda-tanda ini termasuklah:
- Selalu rasa penat melampau
- Hilang selera makan
- Lesu dan tak bertenaga sepanjang masa: Walaupun tidur cukup, rasa penat tak hilang-hilang.
- Rasa berat dan tak selesa pada bahagian kanan atas perut: Hati kita berada di area situ. Kalau dah rasa tak selesa area situ, better pergi buat check-up.
- Kadang-kadang ada rasa mual-mual atau loya
- Kaki & buku lali bengkak: Ni dah tanda fatty liver makin serius atau dah jadi cirrhosis
- Kulit atau mata jadi kekuningan (jaundice): Ini dah peringkat kritikal, hati dah tak berfungsi dengan baik.
Kalau anda ada mengalami simtom-simtom seperti ini, cepat-cepat buat pemeriksaan darah atau body scan. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak bertindak! Lebih baik mencegah dari merawat, betul tak?
✅ Cara Mencegah & Mengawal Fatty Liver
Boleh ke hati berlemak ni dikembalikan kepada keadaan asal? Jawapannya: Boleh! Berita baiknya, fatty liver ni sebenarnya boleh dikawal dan dibalikkan (reverse) dengan perubahan gaya hidup kalau kita ambil tindakan awal, sebelum keadaan masih belum terlalu serious.
Antara langkah yang sangat membantu:
1. Jaga Pemakanan
- Kurangkan makanan atau minuman manis, bergoreng, berproses seperti roti putih, nasi putih berlebihan, kek, biskut dan sebagainya.
- Boleh gantikan sebahagiannya dengan nasi perang dan roti wholemeal
- Lebihkan protein sihat.
- Kurangkan makanan tinggi fruktosa (contohnya gula-gula dan minuman dalam tin).
2. Tingkatkan Pengambilan Serat
- Contoh: Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
- Bantu kawal gula dalam darah dan buang toksin.
3. Aktifkan Diri Secara Konsisten
- Bersenam 30 minit sehari, 3-5 kali seminggu pun dah cukup.
- Kalau tak sempat bersenam, cuba brisk walk atau jalan laju setiap kali lepas balik kerja atau lepas anak balik sekolah.
- Buatlah apa-apa aktiviti yang anda suka, janji berpeluh!
4. Kawal Berat Badan
- Kalau berat badan berlebihan, cuba turunkan secara berperingkat. Yang penting konsisten.
- Turun 5-10% berat badan boleh bantu kurangkan lemak dalam hati secara signifikan.
5. Stop Alkohol (Kalau Ada Ambil)
- Ni memang wajib kalau nak dapatkan hati yang sihat.
6. Minum Air Secukupnya
- Penting untuk fungsi hati dan buah pinggang yang optimum.
7. Ikhtiar Dengan Antioksidan & Polifenol
- Selain gaya hidup sihat, ramai juga mula ikhtiar dengan suplemen yang mengandungi antioksidan kuat untuk bantu lindungi sel hati.
🍇 Peranan Vivix & ResV Shaklee Dalam Kesihatan Hati
Selain daripada perubahan gaya hidup yang konsisten, ada juga cara lain untuk bantu kita boost lagi kesihatan hati kita. Sebab hati ni kan dah kerja sangat keras, eloklah kita bagi "hadiah" sikit. Di Shaklee, ada satu produk yang memang popular sangat untuk bantu sel badan kita supaya kekal sihat dan awet muda, iaitu Vivix atau kalau dalam versi kapsul, Res V.
Apa istimewanya Vivix & Res V (Res V-Vix) ni?
- Kaya Antioksidan: Res V-Vix ni mengandungi campuran polifenol semula jadi yang sangat power, termasuklah resveratrol. Antioksidan ni penting untuk lawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel hati.
- Membantu Kesihatan Selular: Dengan membantu melindungi dan memperbaiki sel, Res V-Vix ni boleh bantu hati kita bekerja dengan lebih cekap dan sihat. Kalau sel hati dah sihat, bolehlah dia buang lemak-lemak yang tak diperlukan tu dengan lebih baik.
- Menyokong Perlindungan DNA: Penting untuk memastikan sel-sel hati kita berfungsi dengan baik dan tidak mudah rosak.
Atas sebab itu, Res V-Vix terbukti dapat membantu:
- Kurangkan keradangan dalam hati
- Tingkatkan tenaga sel
- Melawan radikal bebas yang merosakkan sel hati
- Meningkatkan fungsi hati secara keseluruhan
- Membantu kurangkan pengumpulan lemak dalam hati
- Memperbaiki sensitiviti insulin.
Bayangkan, bila kita dah usaha jaga makan, bersenam, Res V-Vix ni pulak datang sebagai "superhero" tambahan yang dapat membantu memberi extra kekuatan dari dalam. Bukanlah nak cakap Res V-Vix ni sebagai pengganti ubat untuk Fatty Liver ya, tapi tak dapat disangkal lagi yang dia adalah satu suplemen yang sangat bagus untuk sokongan kesihatan hati secara menyeluruh dan menjaga keremajaan sel. Ramai pengguna yang ada masalah enzim hati tinggi atau bacaan GGT/ALT abnormal juga mula nampak kesan positif bila konsisten mengambil Vivix atau ResV ni.
Bila sel sihat, hati pun happy!
Akhir kata…
Fatty Liver bukan benda main-main. Hati ni adalah salah satu organ yang sangat 'low profile' tapi kerja dia tak pernah berhenti. Jangan ambil mudah. Tak ada dia, badan kita tak dapat menapis toksin, menghasilkan tenaga, menyimpan nutrien… dan macam-macam lagi la. Jadi, bila hati kita mula penuh dengan lemak, dia akan jadi penat dan kurang efficient. Maka terjadilah simtom-simtom yang saya dah ceritakan di atas tadi.
Kalau rasa selalu penat, tak bertenaga, perut rasa semacam… mungkin dah sampai masa untuk check keadaan hati kita.
Ubah gaya hidup, jaga makan, bersenam, dan kalau rasa nak bagi "booster" tambahan, boleh lah pertimbangkan Vivix atau Res V Shaklee ni sebagai sebahagian daripada rutin harian. Anggaplah ini sebagai reward untuk hati kita yang dah lama bekerja keras siang dan malam 💓 Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Hati kita ada satu je, so jaga elok-elok ya!
Nak tahu lebih lanjut atau ada apa-apa soalan pasal Vivix atau ResV dan cara makan terbaik?
Jangan segan-segan tanya di ruangan komen atau boleh je WhatsApp saya. Saya sedia bantu 😊 Jom kita sama-sama hidup sihat!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment