Skip to main content

Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Tips Kekal Bertenaga

Pernah tak selalu rasa letih yang tak lega-lega, walaupun dah cukup tidur dan rehat? Kadang-kadang, walaupun kita dah pasang niat nak bangun pagi dengan penuh semangat, by the time sampai waktu tengah hari je badan dah mula rasa lesu. Mata pun ikut mula jadi layu. Terus mengantuk.

Rasa letih yang melampau ni bukan je buat kita rasa lesu, tapi juga buat kita hilang fokus dan tak produktif. 

Jangan risau, anda tak keseorangan. Dalam era serba pantas ni, memang ramai yang mengalami masalah keletihan melampau ni. So, jom kita tengok macam mana kita nak atasi masalah keletihan ni supaya kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari. 

Ubah Rutin Harian

Ada masanya, rasa letih kita tu datang bukan sebab kita tak cukup rehat, tapi sebab kita stuck dalam rutin harian yang sama setiap hari. Bayangkan kita buat benda yang sama setiap hari, pada waktu yang sama, dengan cara yang sama; lama-lama otak dan badan pun akan jadi “boring” dan rasa penat.

Tukar rutin sedikit je sebenarnya dah boleh bagi kesan yang besar! Contohnya, cuba bangun awal sikit dan mulakan pagi dengan perkara yang buat kita rasa tenang, seperti stretching ringan ke… Atau minum green tea kosong sebelum mulakan kerja apa-apa… Perubahan kecil ni lah yang boleh bagi badan kita seolah-olah “wake-up call” semula, dan bagi kita tenaga untuk mulakan hari itu. 

Satu lagi, kalau kerja atau aktiviti harian kita terlalu padat, cuba rehat sekejap setiap satu jam. Ambil masa beberapa minit untuk jalan-jalan, buat stretching, atau hirup udara segar. Insya Allah otak dan badan kita dapat “reset” sekejap dan kita pun boleh kembali fokus dengan tenaga yang lebih fresh. Kadang-kadang letih tu datang sebab kita push diri kita tanpa bagi peluang badan untuk berehat.

Bila kita mula tukar rutin dan masukkan sedikit masa untuk diri sendiri, badan kita secara automatik akan adapt dan bina tenaga yang lebih stabil sepanjang hari. Jadi, tak salah pun nak ubah sikit-sikit, asalkan kita rasa lebih bertenaga dan fresh.

Perbaiki Pola Pemakanan

Tips Kekal Bertenaga

Salah satu sebab keletihan ni sebenarnya adalah berpunca daripada diet kita yang tak seimbang. Kalau asyik makan makanan segera, minuman manis, atau makanan tinggi kandungan lemak, memang kita akan jadi cepat letih sebab badan tak dapat nutrisi yang diperlukan. 

Cuba mula tukar sikit demi sikit, masukkan makanan kaya dengan serat, protein dan vitamin seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan kekacang. Bila kita makan makanan yang lebih seimbang, badan pun akan dapat tenaga yang lebih stabil dan berpanjangan. Tak semestinya kena diet ketat, cukup dengan ubah sikit-sikit je.

Selain tu, elak skip sarapan. Sarapan tu penting untuk boost tenaga kita pada awal pagi. Kalau malas nak makan berat pagi-pagi, pilihlah makanan yang mudah seperti campuran yogurt dengan buah, smoothie atau overnight oats.

Lagi satu, jangan lupa minum air secukupnya. Badan kita memerlukan air untuk kekal segar. Dehidrasi boleh buat kita cepat letih.

Dengan gaya pemakanan yang sihat, kita boleh rasa lebih bertenaga dan kurang berasa penat. 

Supplemen Harian untuk Boost Tenaga

Untuk atasi masalah keletihan dan boost tenaga juga, ada beberapa supplemen yang boleh membantu. Antaranya adalah:

Tips Kekal Bertenaga

B-Complex
- Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga

CoQ-Trol Plus
- Mengandungi CoQ10 yang berfungsi menghasilkan tenaga dalam sel.
- CoQ10 membantu sel berfungsi dengan lebih efektif, sesuai diamalkan untuk anda yang aktif dan selalu lesu

Ostenutrix
- Mempunyai magnesium yang penting untuk fungsi otot dan saraf
- Kekurangan magnesium boleh menjadikan kita cepat letih
- Mengandungi Vitamin D yang boleh bantu mengatasi masalah “moody” yang menyebabkan keletihan.

Vita-Lize
- Mengandungi zat besi yang bagus atasi masalah keletihan akibat masalah anemia
- Bantu meningkatkan pengaliran oksigen dalam badan dan jadikan kita lebih segar

ESP
- Membekalkan protein yang menjadi bahan bakar utama untuk pemulihan otot, tisu dan sel badan, yang menjadikan kita jadi kurang letih, terutama bagi anda yang aktif.
- Pemulihan tisu dan sel yang efficient ni juga bagus untuk kesihatan jangka panjang
- Membantu menstabilkan gula dalam darah (low GI) yang boleh elakkan “energy crash”

Mandian Daun Limau Purut

Bila badan kita penat sangat, selain tidur, tahu tak apa yang boleh bagi badan kita fresh semula? Haa… Kat sinilah mandian daun limau purut berperanan! Bayangkan lepas balik kerja atau lepas seharian buat kerja rumah, mandi dengan air hirisan daun limau purut, dengan bau dia yang menyegarkan tu macam rehat dalam spa!

Daun limau purut ni ada auranya tersendiri tau! Orang tua-tua dulu pun banyak guna petua ni untuk buang segala “angin” yang boleh buat badan lesu.

Daun limau purut ni bukan sekadar wangi, tapi ia ibarat aromatherapy yang secara automatik bagi otak kita signal untuk chill dan relax. Kalau tengah stress atau fikiran penuh dengan masalah, bau hirisan daun limau purut tu boleh buat kita rasa lega sikit, macam terangkat beban yang berat tu. Eewaaahhh…

Ditambah lagi, daun limau purut ni pun kaya dengan minyak semulajadi yang bagus untuk kulit. Jadi, lepas mandi tu, badan bukan je rasa ringan, tapi kulit pun rasa segar macam dapat boost yang baru. 

Tips Kekal Bertenaga

Jadi, kalau asyik rasa letih dan tak bertenaga, cuba try mandian hirisan daun limau purut ni. Cara tradisional ni memang simple, tak perlukan apa-apa kos yang mahal, atau masa yang banyak. Balik rumah, ambil beberapa helai daun limau purut, racik nipis-nipis, rendam dalam baldi yang berisi air suam, dan akan naiklah aromanya yang menenangkan. InsyaAllah, lepas mandi dengan mandian tu, badan dan minda akan rasa lebih relax dan bersedia untuk hadapi hari-hari seterusnya. 

Zikrul-Lah

Kita mungkin terlupa, letih bukan sahaja datang daripada badan yang penat, tapi juga boleh datang daripada hati dan fikiran yang sarat. Penat sebab fikiran yang sarat ni lain macam sikit rasanya. Bayangkan tengah malam mata dah mengantuk gila, tapi otak kita pulak time tu lah nak “overthinking”, fikir macam-macam benda. Kerja tak siap la… Bil-bil nak kena bayar lagi la… Tambah pulak memikirkan masalah pelajaran anak-anak lagi la… Benda-benda ni nampak je kecil, tapi bila semua berkumpul dalam kepala, mula lah nak rasa stress. Tidur pun mula terganggu. Esok pagi bangun, badan dah jadi lesu sebab otak tak cukup rehat. 

Inilah penat yang datang daripada beban fikiran yang kita simpan tanpa sedar.

Ada benda kita boleh control, tapi ada juga yang berada di luar kuasa kita. Di situlah kita kena selalu ingat yang Allah sahajalah yang mampu merubah segala-galanya. Di situlah kita kena ingat yang kita kena letak sepenuh pergantungan kepadaNya.

Bila kita ingat Allah, hati akan menjadi lebih tenang sebab kita sedar ada tempat untuk kita bersandar dan bergantung untuk melepaskan beban. Setiap kali kita berzikir atau berdoa, sebenarnya kita sedang recharge tenaga dalam diri, sebab kita letakkan semua urusan pada Dia yang maha Kuasa. Rasa letih tu, perlahan-lahan hilang, digantikan dengan rasa tenang dan kuat untuk teruskan hidup.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ ٢٨

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Ra'd:28)

Jadi, selain jaga badan, jagalah juga rohani kita. Insya Allah kita akan jadi lebih bertenaga.

Akhir kata…

Jadi, kalau rasa letih makin mengganggu hidup, mungkin dah tiba masa untuk ubah sikit rutin harian dan beri perhatian pada diri sendiri. Kadang-kadang, perubahan kecil macam rehat sekejap di tengah hari atau tambah aktiviti yang menyegarkan boleh berikan perbezaan yang besar.

Tips Kekal Bertenaga

Jangan lupa juga diet dan nutrisi penting. Kalau nak cuba supplemen untuk jadikan badan kita lebih bertenaga, Shaklee ada pelbagai pilihan yang sesuai untuk anda. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh je contact saya untuk cuba. Mana tahu, ini  langkah pertama untuk anda atasi masalah letih dan kekal cergas sepanjang hari!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Vitamin shaklee memang patut amalkan Setiap hari.

    ReplyDelete
  2. kann... betul tu..
    terima kasih sudi singgah sini... <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...