Skip to main content

Bagaimana Melindungi Sendi Semasa Bersukan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Kesihatan Sendi

Bersenam memang seronok, lebih-lebih lagi bila kita ada matlamat nak jadi lebih sihat dan mungkin nak “buang” beberapa kilo berat badan kita tu. Tapi, pernah tak korang ada rasa sakit-sakit sendi lepas bersenam? Lutut macam berbunyi, atau bahu rasa lenguh tak hilang-hilang? Jangan risau, korang tak keseorangan.

Ramai orang lupa, bukan otot je kita kena jaga, sendi pun penting juga untuk memastikan kita boleh terus aktif tanpa kecederaan.

Senaman memang kunci penting untuk kuruskan badan, tapi kalau tak kena cara, boleh jadi “bencana” untuk sendi. Kalau asyik paksa diri buat senaman berat tanpa peduli rehat atau teknik yang betul, itu yang boleh buat sendi sakit-sakit tu. Badan kita pun ada limit tau! Bayangkan, kita sibuk nak capai target, tapi akhirnya terpaksa berhenti lama sebab sendi cedera. Rugi, kan?

Jadi, apa rahsianya nak kekal aktif dalam keadaan sendi terjaga, dan dalam masa yang sama juga dapat capai misi kurus? Dalam post ni, jom kita sembang tips-tips mudah supaya korang boleh enjoy bersenam tanpa perlu risau sendi “ meragam”. Ready? Let’s go!

Warm-Up Sebelum Bersenam

Warm up ni macam salam perkenalan untuk badan sebelum korang mula exercise. Kalau terus buat senaman berat tanpa warming up, otot dan sendi korang boleh “terkejut”, dan risiko kecederaan pun jadi lebih tinggi. Jadi, luangkan 5-10 minit untuk regangan ringan atau pergerakan dinamik macam buat slow jog atau lompat bintang. Badan korang pun akan lebih bersedia nak hadap sesi workout yang hardcore lepas tu. 

Warm up ni sebenarnya pelaburan kecil untuk pastikan korang boleh exercise lama-lama tanpa sakit. Bila korang warm up, darah mula mengalir dengan lancar ke otot, dan suhu badan pun akan naik sikit. Ini penting sebab otot yang “panas” adalah lebih fleksibel dan kurang berisiko untuk terkoyak. Macam enjin kereta, kalau start perlahan dulu, prestasi enjin jadi lebih smooth. 

Lagi satu, warm up bukan setakat penting untuk otot, tapi juga untuk “set” minda kita. Bila korang buat pergerakan ringan dulu, fokus korang pun jadi lebih tajam. Jadi, korang tak hanya elak cedera, tapi juga boleh perform lebih baik sepanjang senaman. So, jangan skip warm up, sebab langkah kecil ni boleh buat perubahan besar pada badan korang. Trust me, your body will say thank you!

Kesihatan Sendi

Ambil Rehat Yang Cukup

Rehat itu penting, bukan sebab malas tapi bijak!

Bila kita bersenam, sendi kita bekerja keras menyokong setiap pergerakan, Kalau tak bagi rehat yang cukup, sendi boleh “merajuk” dan jadi punca sakit atau kecederaan. Jadi, pastikan anda ada hari rehat antara sesi senaman berat. Kalau rasa badan dah mula penat, dengar isyarat tu dan berehatlah sekejap. Ingat, konsisten lebih penting daripada paksa diri tanpa henti!

Bantuan Supplemen

Nak sendi happy masa bersenam? Supplemen boleh jadi “partner in crime” korang! 

Pain Relief Caplet
- mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak Boswellia yang boleh bantu mengurangkan rasa tidak selesa dan keradangan pada sendi.
- Membantu memberikan kelegaan sendi dengan menyokong pemulihan tisu sendi yang tertekan akibat aktiviti berat.
- Memastikan pergerakan sendi lebih fleksibel dan bebas tanpa gangguan rasa sakit.

Ostenutrix
- Gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D menyokong kesihatan tulang dan sendi

Omega Guard
- Bantu kurangkan keradangan dalam sendi, seterusnya mengurangkan rasa sakit dan lenguh lepas workout
- Meningkatkan kelinciran pergerakan sendi

Life Cinch (Mixed Soy Protein)
- Mengandungi Leucine yang penting untuk mengekalkan dan membina otot, menjadikan otot lebih kuat untuk mengurangkan tekanan pada sendi
- Membantu mempercepatkan pemulihan otot dan tisu selepas bersenam, dan mengurangkan beban pada sendii
- Membantu dalam pengurusan berat badan dengan menyediakan nutrisi yang lengkap yang mengenyangkan, jadi sendi tidak terbeban dengan berat badan berlebihan.
- Mengurangkan risiko kecederaan dengan membina otot yang lebih stabil
- Menyokong penghasilan kolagen yang dapat membantu menjaga rawan dalam sendi supaya ia kekal kuat dan fleksibel.

Kesihatan Sendi

Performance™
- Membantu mengekalkan hidrasi optimum semasa bersenam yang boleh bantu mengurangkan tekanan pada sendi dan mengurangkan rasa sakit dan lenguh
- Menggantikan elektrolit yang hilang semasa bersenam, membantu otot dan sendi berfungsi dengan lebih baik tanpa rasa lenguh berlebihan
- Mengingkatkan stamina dan daya tahan semasa bersenam tanpa meletakkan tekanan berlebihan pada sendi, seterusnya mengelakkan kecederaan.

Gunakan Pita Athletic

Pernah tengok atlet dengan pita warna-warni melekat kat lutut, bahu, atau pergelangan tangan? Itu bukan fesyen semata-mata, tapi pita atheletic atau pita olahraga. Fungsinya? Untuk sokong sendi dan otot semasa bersukan, terutama kalau korang buat aktiviti lasak macam lari, futsal, atau angkat berat. Pita ni bantu kurangkan tekanan pada sendi, jadi risiko kecederaan pun lebih rendah. Paling best, ia tak halang pergerakan, so korang boleh gerak bebas sambil rasa lebih yakin.

Nak pakai pita ni tak susah, tapi ada tekniknya, Kalau letak ikut suka hati, bukan je tak membantu, tapi boleh tambah sakit! Kalau tak pasti, minta bantuan fisioterapi atau jurulatih sukan untuk tunjuk cara yang betul. Lepas tu, korang boleh eksperimen sendiri kat rumah. Paling penting, jangan guna pita ni untuk cover kecederaan serius. Kalau dah sakit sangat, rehat dulu dan jumpa doktor. Ingat, pita ni cuma alat sokongan, bukan penyelesaian ajaib!

Kesihatan Sendi

Kenali Tanda Awal Masalah Sendi

Masalah sendi ni tak muncul secara tiba-tiba, dia selalu bagi hint awal  kalau kita perasan. Contohnya, rasa sengal atau lenguh pada lutut bila naik, tangga, bunyi “klik” atau “pop” masa buat pergerakan, atau sendi rasa kaku waktu pagi. Kalau tanda-tanda ni muncul, jangan buat tak tahu! Itu mungkin signal sendi korang tengah stress atau ada isu kecil yang boleh jadi besar kalau dibiarkan. Lagi-lagi kalau korang rajin bersenam, tekanan berterusan tanpa penjagaan yang betul boleh menyebabkan kecederaan jangka panjang. 

Bila korang dan kenal tanda-tanda awal ni, langkah penjagaan jadi lebih mudah. Kurangkan senaman yang terlalu berat, ambil masa untuk rehat, dan kalau perlu, gunakan alat sokongan macam knee guard atau pita athletic macam yang saya terangkan di atas. Jangan lupa, pemakanan dan supplemen juga penting untuk jaga kesihatan sendi yang boleh bantu kurangkan keradangan dan kuatkan rawan. Awasi tanda awal, lindungi sendi, dan korang boleh terus aktif tanpa risau. 

Kesihatan Sendi

Hidrasi yang Cukup

Air ni macam minyak pelincir untuk sendi kita. Bila bersukan, badan hilang banyak cecair melalui peluh, dan kalau tak cukup hidrasi, sendi pun boleh rasa “kering” dan cepat sakit. Jadi, jangan malas bawa botol air masa bersenam, ya! Minum sikit-sikit tapi konsisten, terutama kalau buat aktiviti berat atau banyak berpeluh. Air tak hanya bagi tenaga, tapi juga bantu kekalkan sendi sentiasa “licin” untuk pergerakan yang lancar. Nak sendi happy, pastikan badan cukup air!

Akhir kata…

Jaga sendi bukanlah sesuatu yang susah kalau kita tahu caranya. Warm up sebelum bersenam, cukupkan hidrasi, amalkan teknik senaman yang betul, dan kalau rasa nak extra protection, supplemen macam produk Shaklee boleh jadi pilihan. Kalau nak cuba atau ada soalan tentang Shaklee, jangan segan-segan untuk whatsApp!

Kita sama-sama jaga kesihatan, enjoy bersenam, dan capai target fitness dengan lebih yakin!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...