Skip to main content

Bahagia itu Sederhana: Cara Simple untuk Happy

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Dalam hidup yang asyik sibuk dan serba laju ni, mesti kita selalu terfikir yang bahagia tu mesti kena ada duit berkepuk atau dah ada kejayaan yang besar dalam kerjaya. Padahal, bahagia tu nak dapat simple je sebenarnya.
 
Kadang-kadang kita sibuk kejar macam-macam benda, sampai terlupa yang kebahagiaan tu ada je dalam benda-benda kecil di sekeliling kita. Tak perlulah kita nak tunggu untuk dapat semua benda yang kita impikan, baru kita boleh happy. Apa kata kita mula untuk appreciate apa yang ada di depan mata kita, living in the moment, dan be happy dengan cara yang simple.
 
Bersyukur dan Redha
 
Rasa syukur adalah kunci kebahagiaan. Bersyukur ni bukanlah complicated. Bila kita bersyukur, kita akan mula menghargai sepenuhnya segala nikmat kecil yang Allah kurniakan pada setiap saat kepada kita. Tak perlulah kita nak tunggu rezeki besar atau hidup sempurna baru nak happy. Mungkin rezeki kita tidaklah melimpah ruah seperti orang lain, tapi bila kita redha dengan ketentuanNya, kita redha dengan apa yang Allah dah bagi pada kita, hati kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Tak perlu banyak, cukup sekadar kita sedar setiap hari ada nikmat yang patut disyukuri, besar atau kecil.
 
Ingatlah, apa yang kita miliki hari ini adalah hasil usaha dan doa kita yang Allah telah makbulkan. Bersyukur membuatkan kita lebih peka dengan nikmat-nikmat kecil yang sering kita abaikan.
 
“Kadangkala kebahagiaan itu bukan tentang memiliki segala-galanya, tetapi tentang menghargai apa yang ada di depan mata.”

 
Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain
 
Zaman media sosial ni, kita selalu tengok kejayaan-kejayaan atau pencapaian-pencapaian orang lain. Dan kadang-kadang akan timbul perasaan yang diri kita ni serba kekurangan.
 
Tapi, apa yang perlu kita sedar adalah setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing yang berbeza-beza. Bila kita selalu bandingkan diri dengan orang lain, kita akan mudah rasa kecewa dan hilang fokus pada apa yang benar-benar penting untuk kita.
 
Belajarlah untuk fokus pada diri sendiri. Kita tak tahu cabaran dan pengorbanan yang orang lain lalui untuk sampai ke tempat mereka. Bandingkan diri kita dengan diri kita yang lalu, adakah kita lebih baik pada saat ini? Itulah soalan yang lebih penting untuk kita fokuskan.
 
Gembira Dengan Pencapaian Kecil
 
Jangan tunggu kejayaan besar, barulah kita nak berasa bangga dengan diri kita. Setiap langkah kecil yang kita capai adalah satu kajayaan yang patut kita raikan. Samada berjaya bangun pagi, selesai baca sebuah buku setiap bulan, masak resepi baru untuk keluarga, semua itu adalah pencapaian yang patut kita hargai.
 
Hargailah proses perjalanan itu sendiri, bukan hanya destinasi. Kebahagiaan akan datang bila kita menghargai usaha dan pencapaian kecil sepanjang jalan.

 
Doa Pada Allah
 
Allah adalah tempat terbaik untuk kita mengadu, memohon dan melepaskan segala keresahan, Luahkan setiap perasaan kita kepadaNya dan mohonlah kebahagiaan serta ketenangan pada diri kita. Doa adalah komunikasi kita dengan Allah, di mana kita boleh meminta apa sahaja yang diingini. Dalam kesderhanaan doa, ada kebahagiaan yang tak ternilai kerana kita tahu kita tidak bersendirian.
 
“Bila kita serahkan segalanya pada Allah, hati akan lebih tenang kerana kita yakin Dia akan memberi yang terbaik untuk kita.”
 
Akhir kata…
 
Bahagia itu tak perlu rumit. Kebahagiaan yang sederhana adalah bahagia yang ikhlas, bebas dari keperluan duniawi. Dwngan bersyukur, tidak membandingkan diri, menghargai pencapaian kecil, dan sentiasa berdoa pada Allah, kita akan lebih dekat pada kebahagiaan sebenar. Bahagia itu ada di sekitar kita. Hanya sahaja kita perlu belajar menghargai apa yang ada.
 
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda semua untuk mencari kebahagiaan dalam kesederhanaan dalam hidup kita semua.

 
Saya juga pernah kongsikan macam mana untuk ibu-ibu atau isteri-isteri nak release stress dan kekal tenang. Boleh baca di sini.

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...