Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Okay, hari ni saya nak share tentang makanan-makanan yang wajib diamalkan oleh mereka yang berisiko atau sedang menderita masalah kanser payudara (breast cancer). Untuk pengetahuan anda, kanser payudara adalah kanser yang paling banyak dialami dan menyebabkan maut di kalangan wanita. Pada tahun 2008 saja, kanser payudara telah menyebabkan lebih daripada 400,000 kematian di seluruh dunia. Dan jumlah kes ini telah meningkat dengan sangat ketara tahun demi tahun. Risiko kanser payudara adalah lebih tinggi dengan meningkatnya usia. Tapi, jangan terkejut kerana ada juga kes yang berlaku di kalangan mereka yang baru menjangkau 20-an dan 30-an. Alhamdulillah, sekarang ni semakin banyak penemuan baru tentang keperluan nutrisi tertentu dalam diet mereka yang berisiko mendapat kanser payudara untuk meningkatkan peluang mereka untuk bertahan. Soya Sebelum ni ramai yang risau untuk ambil soya sebab ia mengandungi ciri-ciri seperti e...