Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kesihatan Kulit

Eczema Selalu Berulang? Cuba 7 Tips Ini Untuk Kurangkan Flare-Up

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bagi mereka yang mengalami ekzema ( eczema ), saat yang paling mencabar bukan sekadar kulit kering, tetapi apabila simptom tiba-tiba menjadi semakin teruk atau dikenali sebagai eczema flare-up . Ketika ini, kulit boleh menjadi sangat gatal, merah, meradang, malah ada yang sampai berdarah akibat terlalu kerap menggaru. Walaupun ekzema tidak mempunyai penawar yang benar-benar boleh menyembuhkan, simptom dan flare-up masih boleh dikawal dengan penjagaan yang betul dan konsisten, insya-Allah. Apa Yang Boleh Menyebabkan  Eczema Flare-Up ? Setiap individu mungkin mempunyai pencetus atau  trigger yang berbeza-beza, namun antara yang paling common ialah: - Kulit terlalu kering - Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk - Peluh berlebihan - Sabun atau pencuci yang terlalu kasar atau kuat - Habuk dan hama - Stress atau tekanan emosi - Alahan terhadap makanan tertentu (bagi sesetengah individu) Sebab itu penting untuk kita mengenal pasti trigger kepad...

Apa itu Probiotik? Pengenalan Kepada Kebaikan Bakteria Baik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita ada banyak mendengar tentang probiotik atau produk-produk yang diperkaya dengan probiotik. Katanya probiotik ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya probiotik ni? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang kita lebih kenali sebagai “bakteria baik” kerana peranannya dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita, terutamanya pada sistem penghadaman. Dulu-dulu kalau cakap bakteria mesti kita ingat bakteria ni bawak penyakit je, kan... Tapi, sebenarnya tak semua bakteria adalah berbahaya. Probiotik adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bakteria juga dapat memberikan manfaat besar kepada tubuh badan kita.  Jadi, apa sebenarnya probiotik, dan bagaimana ia membantu kesihatan kita? Jom teruskan membaca dan kenali apa kebaikan bakteria baik ini. Jenis-jenis Probiotik Probiotik ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah daripada dua kumpulan besar ini: Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setia...

Kenapa Rumah Perlu Dibersihkan Segera Selepas Banjir?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila dah masuk hujung tahun, mulalah hati saya rasa gundah gulana. Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik. Itulah nasib bila kita tinggal di kawasan rendah. Alhamdulillah, sekarang saya dah pun berpindah di kawasan yang lebih tinggi.  Tetapi, ibu ayah saya masih lagi tinggal di kawasan lama. Dah berpuluh tahun ibu ayah saya tinggal di situ, dari zaman saya sekolah rendah lagi. Sekarang saya pun dah beranak-pinak. Dulu-dulu kawasan ni tak pernah banjir. Air naik tu memang ada, tapi tak pernah sampai air masuk ke dalam rumah. Tapi, tahun 2021 tu memang tercipta satu memori. First time rumah keluarga kami dilanda banjir sehingga paras pinggang di dalam rumah. Saya yang duduk jauh memang risau, macam mana keadaan mak ayah, macam mana mereka nak dapat bekalan makanan. Saya hanya mampu doa dari jauh. Nak balik pun, kami memang dah tak boleh masuk ke kawasan banjir tersebut. Hampir seminggu juga air untuk mula ...

Manfaat Vitamin E Dalam Penjagaan Kulit Yang Lebih Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Perasan tak rata-rata dalam produk skincare, ramai yang suka kalau produk tu ada Vitamin E. Tapi ramai juga yang masih tak tahu akan betapa banyaknya kebaikan Vitamin E, tak kisahlah dalam produk skincare atau pun supplemen kesihatan. Vitamin E bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antioksidan yang memang powerful, tapi ia juga boleh beri banyak kebaikan terutamanya dalam memberikan kelembapan pada kulit. Dalam entri kali ini, saya nak sharekan serba sedikit tentang apa kebaikan dan kepentingan Vitamin E pada kulit kita. But first... Apakah itu Vitamin E Vitamin E adalah salah satu daripada vitamin larut lemak. Ini bermaksud Vitamin E adalah bagus diambil bersama makanan-makanan yang berlemak untuk mendapatkan penyerapan yang lebih optimum. Selain itu, ia juga bermaksud vitamin ni boleh disimpan dalam badan, iaitu di bahagian tisu-tisu lemak dan juga organ hati. Antara vitamin larut lemak yang lain adalah Vitamin A, D dan K. Seperti Vitamin B, Vitamin E ...