Assalamualaikum & Hai Semua! “Saya dah cuba amalkan pemakanan yang sihat. Saya dah amalkan supplemen. Tapi badan saya masih rasa tak bermaya dan kurang fit.” Untuk dapatkan our overall health, kita kena tengok juga lifestyle kita secara menyeluruh. Antara benda yang kita mungkin terlepas pandang adalah pattern tidur kita. Ya, benda yang kita suka tu… Tapi, surprisingly masih ramai orang yang gagal dapat tidur yang cukup. Dan ia adalah penyumbang utama kepada kemerosotan kesihatan. Apa akibatnya kalau kita tak jaga tidur? - Mengantuk di waktu siang - Senang sakit - Kelesuan - Rasa tak fit untuk buat pelbagai aktiviti - Meningkatkan selera makan - Kurang kekuatan fizikal - Menyebabkan kita akan makin susah untuk tidur malam - Kesihatan mental boleh terjejas - Produktiviti boleh merosot So, pentingnya kita jaga pattern tidur kita. Kita kena usaha untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Dan kita usahakan juga untuk elakkan daripada trigger-trigger yang boleh...