Assalamualaikum & Hai Semua!
“Saya dah cuba amalkan pemakanan yang sihat. Saya dah amalkan supplemen. Tapi badan saya masih rasa tak bermaya dan kurang fit.”
Untuk dapatkan our overall health, kita kena tengok juga lifestyle kita secara menyeluruh.
Antara benda yang kita mungkin terlepas pandang adalah pattern tidur kita.
Ya, benda yang kita suka tu… Tapi, surprisingly masih ramai orang yang gagal dapat tidur yang cukup. Dan ia adalah penyumbang utama kepada kemerosotan kesihatan.
Apa akibatnya kalau kita tak jaga tidur?
- Mengantuk di waktu siang
- Senang sakit
- Kelesuan
- Rasa tak fit untuk buat pelbagai aktiviti
- Meningkatkan selera makan
- Kurang kekuatan fizikal
- Menyebabkan kita akan makin susah untuk tidur malam
- Kesihatan mental boleh terjejas
- Produktiviti boleh merosot
So, pentingnya kita jaga pattern tidur kita.
Kita kena usaha untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Dan kita usahakan juga untuk elakkan daripada trigger-trigger yang boleh mengganggu kualiti tidur kita.
Saya sharekan beberapa cara supaya kita dapat kualiti tidur yang lebih baik
- amalkan senaman di waktu petang. Ini sangat berkesan untuk saya sendiri. Bila badan dah regang-regang tu, badan terus rasa nak berehat. So, senang sangat nak fall asleep.
But, elakkan bersenam terlalu dekat dengan waktu tidur. Sebab bagi sesetengah orang yang kurang fit, heart rate akan lambat nak turun ke paras normal. So, akan sebabkan makin susah nak tidur. So, kena faham condition badan kita sendiri k...
- Elakkan ambil minuman berkaffein di waktu petang dan malam.
Caffein pun boleh buatkan heart rate laju. Endorphine akan meningkat. So, akan buatkan kita susah tidur.
- Plan jadual tidur. Dan stick to it.
Bila kita plan jadual tidur, dan kita ikut jadual tu, badan kita lama-lama akan boleh learn to adapt. dan lama-lama akan ada biological clock sendiri, sampai je time tidur, terus ngantuk nak cari bantal... Time tu jangan melawan pulak...
- Create suasana bilik yang sesuai untuk tidur
Pastikan temperature selesa. Bantal selesa. Jangan pasang lampu terang. Kalau suka music yang menenangkan, boleh pasang... it works for some people.
- No screen time!!!
Ni yang paling susah skali orang nak ikut
Bluelight daripada screen phone tu akan suppress production melatonin dalam badan kita. Melatonin yang sepatutnya akan bantu kita untuk rasa mengantuk.
So, no handphone near bedtime ya....
So, apa usaha anda untuk dapatkan tidur yang berkualiti?
Jom share!
💗 Sharing.is.Caring 💗
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment