Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau 'Glycemic Index' atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni...
Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye?
Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka.
Faham ke faham?
Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....
APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI)
Sebagai contoh: Roti putih mempunyai skala GI yang sangat tinggi kerana makanan ni boleh meningkatkan paras glukos dalam darah dalam kadar yang lebih tinggi dan lebih cepat berbanding kebanyakan makanan yang lain.
KENAPA PENTING UNTUK MEMILIH MAKANAN RENDAH GI?
- Makanan rendah GI akan meningkatkan glukos dalam darah dengan kadar yang lebih perlahan, di mana ia boleh membantu memberikan paras glukos yang lebih baik selepas mengambil makanan.
- Kebanyakan makanan rendah GI adalah tinggi serat. Makanan yang mempunyai serat yang tinggi membantu kita berasa kenyang. So, sangat penting untuk kita-kita yang cuba nak turunkan berat badan ni.
- Makanan rendah GI memberikan paras kolestrol dalam darah yang lebih baik. Maka secara tak langsung, ia penting untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit jantung.
- Kajian ada menunjukkan yang dengan banyak mengambil makanan tinggi GI boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Untuk mengelakkan diabetes, maka kenalah cuba untuk amalkan makanan rendah GI.
APAKAH CONTOH MAKANAN RENDAH GI?
Sebagai panduan, boleh refer jadual di bawah ni:
Boleh juga refer di sini: www.optimalfoods.org.
Tapi, kita kena tahu jugak yang ranking makanan ni boleh berubah bergantung kepada cara kita memasak dan memprosesnya. Ye la... Mungkin bila kita masak, kita akan tambah minyak la.. gula la... Sebagai contoh, makanan segera mempunyai GI yang lebih tinggi sebab dah diproses (instant oat vs steel-cut oat).
LANGKAH-LANGKAH YANG PENTING UNTUK MEMILIH MAKANAN
- Seimbangkan pemakanan kita dengan menambahkan protein dan lemak sihat (contoh: Omega-3) bersama karbohidrat. Ia akan menambahkan nutrisi dalam makanan kita dan pada masa yang sama merendahkan nilai GI.
- Cuba amalkan untuk ambil alternatif kepada daging. Contohnya: kekacang. Kekacang mempunyai GI yang rendah, tinggi serat dan rendah lemak.
- Anda suka pasta? Pasta selalunya mempunyai nilai GI yang rendah ataupun sederhana. Tapi, kalau anda terlebih masak pasta tu, ia boleh meningkatkan nilai GI. So, kalau nak makan pasta, make sure pasta anda tak 'overcooked', k? Atau lebih bagus kalau anda amalkan pasta yang whole grain ataupun whole wheat.
Shaklee juga ada menyediakan supplemen protein untuk anda yang ingin mengamalkan diet rendah GI...
Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix
- Sumber protein soya terbaik (non-GMO)
- Membantu untuk mengekalkan otot dan memberikan rasa kenyang dalam proses mengawal pemakanan.
- Nilai GI : 22
- Memberikan 35% atau lebih nilai harian untuk 21 jenis vitamin dan mineral penting.
ESP
- Mempunyai 14g protein soya non-GMO lengkap dengan semua asid amino penting
- Terdapat 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan yang penting soya isoflavon.
- Nilai GI : 39
Meal Shakes
- Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral
- Daripada soya non-GMO
- Mempunyai tinggi serat
- Nilai GI : 44
KESIMPULANNYA...
Kita kena tahu yang memilih makanan rendah GI hanyalah salah satu sahaja cara untuk kawal paras glukos dalam darah kita.
Jika kita betul-betul inginkan kesihatan yang baik, ataupun nak elakkan diri kita daripada mendapat penyakit diabetes, atau apa sahaja penyakit, kita kena rajin bersenam, amalkan kehidupan yang aktif, dan yang paling super penting, banyakkan berdoa dan letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Sebab, apa-apa pun, ini hanya ikhtiar, tetapi segala apa yang berlaku hanyalah atas kuasa dan kehendak Allah jua....
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment