Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Cara Atasi Ketagihan Makanan Manis

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak ada satu masa tu kita terasa macam nak makan benda manis je..?  Meh saya nak share sikit apa sebab-sebab kita mungkin jadi ketagihan makanan manis . Tak cukup pengambilan kalori yang betul Sebagaimana yang kita tahu, kalori itu adalah satu unit tenaga yang diperlukan oleh badan kita. So, kalau badan kita tak ambil kalori yang cukup, system saraf akan menghantar signal ke otak kita untuk tambah lagi kalori.  Dari situlah, nanti badan kita akan mencari-cari benda manis. Sebab makanan manis akan beri kita tenaga dengan kadar yang pantas.  Walaupun begitu, kalori daripada makanan manis ini juga dibakar dengan sangat pantas juga. Maksudnya badan kita akan crave pada makanan manis lagi. Dan cycle ni akan terus berulang.  So, mana nak dapat tenaga kalau bukan daripada gula? Ambillah makanan yang mempunyai kadar indeks glasemik yang rendah . Sebagai contoh roti wholemeal. Sebab ia akan membakar dengan kadar yang le

Cara Uruskan Duit Gaji Bulanan

Assalamualaikum wbt.  Hari ni saya nak cakap pasal kewangan .  Kenapa saya nak cakap pasal kewangan?  Sebab kita semua sedar yang mata wang kita dah semakin tak ada nilai . Kalau dulu pergi shopping kat supermarket, RM50 tu dah boleh penuh satu trolley. Sekarang ni mungkin hanya boleh dapat 3-4 barang je.  Kita semua makin sedar yang kos sara hidup di Malaysia ni semakin tinggi.  Malangnya, ada juga di antara kita yang sedar, tapi tak mahu ambil tindakan.  Tindakan apa maksud saya?