Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Kesihatan

Tips Kurangkan Demam dengan Cepat dan Selamat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila demam ni memang rasa tak best, kan? Badan rasa panas, kepala rasa berat, nak buat apa pun serba tak kena. Tapi tak payah risau. Sebenarnya ramai yang tak tau, demam ni sebenarnya adalah salah satu tanda badan kita tengah melawan sesuatu jangkitan. Bila suhu badan meningkat, ia akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk hantar sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan-jangkitan yang masuk dalam badan kita tu. Tapi ye la.. Bila demam badan tak rasa selesa, kan... Tak naklah demam lama-lama. Kalau kita tahu cara yang betul, demam sebenarnya boleh cepat reda. Jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk mengurangkan demam dengan cara yang selamat dan berkesan! Banyakkan Minum Air Air ni sebenarnya “ubat” semulajadi yang paling mudah! Bila demam, badan kita banyak kehilangan cecair sebab kita akan banyak berpeluh lebih dari biasa. Jadi, penting untuk kita pastikan badan kekal terhidrasi supaya suhu badan lebih terkawal dan tak mudah lesu....

Cara Kurus Ketika Menyusu: Tips Selamat untuk Ibu dan Bayi

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Menurunkan berat badan lepas bersalin memang cabaran besar bagi sesetengah orang, terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. Walaupun ramai yang kata menyusukan baby boleh bantu membakar kalori, hakikatnya ibu-ibu mesti perasan rasa lapar tu macam tak pernah berhenti! Kadang-kadang rasa macam baru je makan, tapi dah lapar balik. Ditambah pula dengan berat badan yang naik banyak masa mengandung, nak kurus semula rasa macam mission impossible !  Dalam usaha nak kurus, perkara paling penting yang ibu menyusu kena ingat adalah kesihatan diri sendiri dan bayi. Proses menyusu memerlukan banyak tenaga, jadi tubuh ibu perlukan nutrisi yang cukup untuk pastikan susu badan berkualiti dan mencukupi. Kalau diet tak betul atau terlalu extreme , bukan saja badan jadi lemah, tapi penghasilan susu pun boleh terjejas. Sebab tu, apa-apa pun usaha kita lakukan untuk turunkan berat badan mesti seimbang; ibu sihat, bayi pun happy! Sebenarnya ada cara yang selamat ...

Amalan-amalan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sedar tak sedar kita dah masuk tahun ketiga melepasi pandemik COVID-19. Walaupun kini kita sudah agak bebas, dah boleh mula beraktiviti dan bersosial di luar, tapi kesan pandemik itu masih ada sehingga kini, at least pada diri saya sendiri dan keluarga. Semenjak pandemik haritu, banyak rutin kami sekeluarga sudah berubah. Saya masih ingat, dulu sebelum pandemik, setiap pagi hari Ahad kami akan ke Hutan Bandar, satu tempat rekreasi keluarga di tempat saya tinggal; kami akan sama-sama buat " slow jog " dan anak pula akan bermain di playground .  Tapi lepas pandemik melanda dunia, kita semua terpaksa berkurung di rumah. Semua rutin jadi berubah. Awal-awal tu, kami semangat juga. Kami buat juga larian sekeliling porch rumah untuk gantikan aktiviti larian kami. Tapi lama-kelamaan, semangat tu jadi semakin merudum. Daripada 5 kali seminggu, ke 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu. Lama-lama, kami dah tak buat dah larian sekeliling porch tu. Akibat...

Jaga Diri Daripada Dijangkiti Virus (Langkah Pencegahan Sepanjang Hayat!)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila kita tengok sekarang ni... Kita sekarang asyik takutkan Covid-19. Bila cakap pasal Covid19, kita terus akan teringat, ok... jaga SOP.... Pernah tak terfikir sebenarnya, sebelum dunia dilanda Covid-19, negara kita pernah dilanda tsunami virus influenza... Dan pernah tak terfikir sebenarnya untuk membanteras virus influenza ni, kita sepatutnya implement langkah-langkah penjagaan yang sama? Tapi masa negara kita dilanda virus influenza, kita ibarat buat tak endah je... Macam.. kalau kena, kenalah... Bila saya fikir balik, ada hikmahnya berlaku pandemik Covid19 ni . Kita boleh muhasabah balik, macam mana kita jaga kebersihan diri kita, macam mana tatacara ki ta di tempat awam , tatacara apabila batuk dan sebagainya... Padahal tak kisahlah, pandemik atau tak... Kita dah imunned atau tak... Itu sebenarnya yang kita patut implement pada bila-bila masak sahaja ... Lagi-lagi virus-virus ni senang bermutasi. Kalau kita pernah terjangkit dengan virus n...