Skip to main content

Tips Kurangkan Demam dengan Cepat dan Selamat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Bila demam ni memang rasa tak best, kan? Badan rasa panas, kepala rasa berat, nak buat apa pun serba tak kena. Tapi tak payah risau. Sebenarnya ramai yang tak tau, demam ni sebenarnya adalah salah satu tanda badan kita tengah melawan sesuatu jangkitan. Bila suhu badan meningkat, ia akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk hantar sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan-jangkitan yang masuk dalam badan kita tu.

Tapi ye la.. Bila demam badan tak rasa selesa, kan... Tak naklah demam lama-lama. Kalau kita tahu cara yang betul, demam sebenarnya boleh cepat reda. Jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk mengurangkan demam dengan cara yang selamat dan berkesan!

Banyakkan Minum Air

Air ni sebenarnya “ubat” semulajadi yang paling mudah!

Bila demam, badan kita banyak kehilangan cecair sebab kita akan banyak berpeluh lebih dari biasa. Jadi, penting untuk kita pastikan badan kekal terhidrasi supaya suhu badan lebih terkawal dan tak mudah lesu. Minum air kosong dengan kerap, walaupun kita tak terasa haus. Buatlah target untuk minum dalam setengah gelas air setiap jam, jumlah yang kecil tapi konsisten. 

Pilihan minuman yang sesuai:
Kalau bosan dengan air kosong, cuba variasikan dengan air kelapa, teh herba panas, atau jus buah tanpa gula. Air kelapa, contohnya, kaya dengan elektrolit yang boleh gantikan cecair badan yang hilang. Teh halia pula boleh beri rasa hangat dan bantu badan rasa lebih selesa. Nak tambah “ummph”? Masukkan madu dan lemon ke dalam air suam. Bukan je sedap, tapi kaya dengan vitamin C yang boleh bantu meningkatkan imuniti.

Apa yang perlu dielakkan:
Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh biasa sebab ia boleh membuatkan badan hilang lebih banyak air. Minuman bergula tinggi pun tak sesuai, sebab gula berlebihan boleh melambatkan proses penyembuhan. Fokus pada minuman yang berkhasiat. Dengan minum air yang cukup, bukan saja demam cepat reda, badan pun akan rasa lebih segar dan bertenaga.

Makanan “Ringan” dan Berkhasiat

Bila demam, selera makan memang selalu hilang, tapi badan tetap perlukan tenaga untuk pulih. Pilih makanan yang tak berat sangat dan mudah hadam, macam sup ayam panas, bubur nasi, atau buah-buahan segar. Bukan je sedap, tapi makanan ni juga boleh bagi nutrisi yang badan kita perlukan. Elakkan makanan berminyak atau berat sebab ia boleh buat perut rasa tak selesa. Kalau tak lalu makan banyak, cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Paling penting jangan biar perut kosong. 

Sejukkan Badan

Bila demam, badan memang rasa panas macam duduk dalam oven, kan (amboiii... hyperbola sangatt...)? Salah satu cara paling mudah nak bagi rasa lega ialah dengan sejukkan badan. Cuba tuamkan kain basah yang sejuk di dahi, leher, atau celah ketiak; iaitu kawasan yang cepat serap haba. Rasa nyaman je bila suhu badan mula turun sikit demi sikit. Kalau anak-anak yang demam, ini pun cara yang selamat dan lembut untuk bantu mereka rasa lebih selesa.

Selain tuam, mandi dengan air suam pun sangat bagus. Ramai ingat mandi air sejuk boleh turunkan panas, tapi sebenarnya air suam lebih sesuai sebab ia bantu badan buang haba secara perlahan-lahan. Lepas mandi, pakai pakaian yang longgar, tidak terlalu tebal dan selesa supaya peluh senang keluar.

Ingat, badan kita perlukan masa untuk pulih, jadi jangan tergesa-gesa. Sejukkan badan dengan cara yang lembut dan relax.

Guna Ubat Jika Perlu

Kadang-kadang, demam boleh buat kita rasa tak larat sangat sampai susah nak tidur atau berehat. Masa ni, tak salah pun nak ambil bantuan ubat macam paracetamol atau ibuprofen. Dua ni memang popular untuk turunkan suhu badan dan kurangkan sakit-sakit badan. Tapi ingat, ambil ikut dos yang betul, jangan lebih-lebih! Kalau demam tak surut atau makin teruk lepas 3 hari, terus je rujuk doktor. Kita nak cepat sembuh, tapi keselamatan tetap kena diutamakan. 

Rehat yang Cukup


Bila demam, benda paling penting yang badan kita perlukan ialah rehat. Jangan paksa diri nak buat kerja atau aktif macam biasa, sebab badan tengah fokus melawan jangkitan. Ambil peluang ni untuk baring, tidur lebih lama, atau sekadar relax sambil dengar muzik yang tenang. Kalau boleh, elakkan skrin telefon atau TV terlalu lama, Biar mata dan minda pun rehat sekali. Lagi banyak rehat, lagi cepat badan kita pulih. Jadi, jangan rasa bersalah nak manjakan diri masa ni!

Kaedah Traditional

Kalau nak cuba petua tradisional, tak salah pun! Banyak cara semulajadi yang orang dulu-dulu guna untuk kurangkan demam. Contohnya, air asam jawa. Cuma rendam asam jawa dengan air suam, kacau dan minum perlahan-lahan. Katanya asam jawa ni boleh bantu sejukkan badan dari dalam. Kalau mak saya suka juga lumurkan air asam jawa ke seluruh badan kami bila demam masa kecik-kecik dulu. 

Boleh juga cuba teh halia panas, tambah madu sikit untuk rasa lebih sedap. Halia ni bagus untuk kurangkan rasa sejuk menggigil masa demam, sambil bantu tingkatkan peredaran darah.

Selain tu, ada juga yang suka guna bawang merah yang dihiris nipis. Letak di tapak kaki dan balut dengan stokin sebelum tidur. Petua ni kononnya boleh “serap” panas dari badan.

Kalau nak lebih relax, cuba hirup sup ayam yang panas-panas tu atau pun sup herba. Ini "comfort food" orang panggil. Selain mengenyangkan, ia juga dapat bantu badan kita rasa lebih selesa. 

Apa pun petua yang dicuba, pastikan ia selamat dan sesuai dengan keadaan badan. Kalau rasa tak yakin, boleh bincang dengan doktor dulu.

Pengambilan Supplemen

Selain rehat dan minum air banyak, nak cepat sembuh dari demam ni kadang-kadang perlukan bantuan tambahan juga, macam supplemen. Supplemen ni memang bukan ubat ajaib, tapi ia boleh bantu tubuh kita pulih lebih cepat dan tingkatkan sistem imun. Yang bestnya, ada juga supplemen yang sesuai untuk cegah kita daripada mudah kena demam di masa depan. Jom tengok apa supplemen Shaklee yang boleh jadi “kawan baik” masa demam dan untuk kekal sihat!

1) Sustained Release Vita-C Plus
- Memberikan sokongan kepada sistem imun dengan pelepasan vitamin C secara berperingkat selama 5 jam.
- Sesuai untuk melawan jangkitan dan mengurangkan simtom demam.
- Kuatkan pertahanan badan dan kurangkan tempoh demam


2) Nutriferon
- Formula unik untuk meningkatkan imuniti tubuh dengan merangsang pengeluaran interferon semulajadi dalam badan
- Bagus diambil semasa peringkat awal gejala demam


3) Performance Drink
- Membantu mengekalkan hidrasi badan semasa demam, terutama jika banyak kehilangan cecair melalui peluh.

4) Vita-Lize
- Membantu untuk mencukupkan nutrisi
- Lengkap dengan 25 jenis vitamin dan mineral untuk sokongan imuniti dan pastikan badan sentiasa bersedia melawan penyakit
- Kaya dengan Vitamin D (orang yang kurang Vitamin D lebih mudah jatuh sakit)

- Minyak ikan berkualiti tinggi yang kaya dengan Omega-3
- Bantu kurangkan keradangan dalam badan
- Meningkatkan imuniti

Untuk hasil terbaik, pastikan supplemen ni diambil secara konsisten dan mengikut saranan dos.

Supplemen ni hanya bantu untuk menyokong kesihatan, bukan pengganti rawatan ya! Pastikan juga anda makan makanan yang sihat, minum cukup air, dan tidur secukupnya. Dengan gabungan supplemen dan gaya hidup sihat, badan lebih kuat dan tak mudah kena serangan demam.  

Akhir kata…

Demam ni memang tak seronok, tapi kalau kita tahu cara yang betul, insyaAllah ia tak lama pun. Yang penting, jangan abaikan badan bila rasa tak sihat. Banyakkan rehat, minum air secukupnya, dan cuba tips semulajadi atau supplemen yang sesuai untuk bantu tubuh cepat pulih. Ingat, badan kita ni “mesin” yang perlukan penjagaan, jadi jangan paksa diri kalau memang tak larat.

Kalau nak lagi mantap, cuba jadikan supplemen Shaklee sebagai rutin harian. Supplemen-supplement macam yang saya sebutkan di atas bukan je membantu semasa demam, tapi juga bagus untuk cegah badan daripada mudah jatuh sakit. Yang penting, konsisten dan ikut saranan dos. Supplemen Shaklee ni dah lama dipercayai, jadi tak rugi kalau kita mula amal dari sekarang untuk kesihatan jangka panjang.


Akhir sekali, sayangi diri dan kesihatan anda. Bila badan sihat, kita boleh buat apa saja dengan lebih gembira dan produktif. Jangan tunggu sampai sakit baru nak jaga diri, okay? Mulakan gaya hidup sihat sekarang. Makan dengan seimbang, cukupkan tidur, dan ambil langkah pencegahan awal. Kesihatan ni aset kita yang paling berharga, jadi jom sama-sama jaga dengan lebih baik!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...