Skip to main content

Mitos dan Fakta Tentang Asid Folik: Apa yang Perlu Kita Tahu?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Pernah tak dengar orang cakap, “Asid folik ni untuk wanita mengandung je”? 

Kalau ya, anda tak keseorangan sebab itulah antara mitos yang paling popular tentang vitamin ini. Ramai yang ingat asid folik ni hanya penting masa nak merancang kehamilan, padahal sebenarnya ia juga diperlukan oleh semua orang, tak kira lelaki atau pun wanita!

Apakah itu Asid Folik dan Kenapa Ia Penting?

Sebelum kita kenal asid folik, meh saya perkenalkan dulu tentang folate. Folate adalah sejenis vitamin B, atau spesifiknya adalah vitamin B6. Ia adalah salah satu nutrisi penting yang badan kita perlukan untuk kekal sihat. Ia berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah, menyokong penghasilan DNA, dan memainkan peranan besar dalam pertumbuhan serta perkembangan sel. Kalau badan kita kekurangan vitamin ni, risiko masalah kesihatan seperti anemia atau keletihan mudah meningkat.

Ada ketikanya keperluan folate adalah meningkat, seperti sewaktu hamil. Pada waktu itulah kita disyorkan untuk mengambil supplemen asid folik, iaitu synthetic version of folate.

Tapi yang menariknya, ramai yang masih tak tahu yang asid folik ni bukan hanya untuk wanita mengandung sahaja.

So, jom kita bongkar apa yang betul dan apa yang hanya mitos tentang asid folik. 

Mitos 1: Asid Folik Hanya untuk Wanita Mengandung


“Asid folik? Itu vitamin untuk ibu mengandung je kan?”

Ini mungkin ayat yang biasa kita dengar, sama ada dari kawan, keluarga, atau pun mungkin kita sendiri pernah percaya. Sebenarnya, ini hanyalah mitos yang dah lama berlegar. Betul... asid folik memang penting untuk wanita hamil sebab ia dapat membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi dalam kandungan. Tapi, kalau kita fikir yang asid folik cuma untuk ibu mengandung, memang kita tersilap besar. Vitamin B9 ni sebenarnya penting untuk semua orang, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

Cuba bayangkan, asid folik ni umpama "bahan asas" untuk badan kita hasilkan sel darah merah dan membina DNA. Bukan sahaja wanita mengandung, tapi lelaki pun perlukan asid folik untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Kanak-kanak pula memerlukannya untuk pertumbuhan yang sihat. Kalau tak cukup, boleh muncul masalah seperti anemia, cepat letih, atau perkembangan terbantut. Jadi, jangan sempitkan peranan asid folik hanya pada wanita hamil sahaja. Hakikatnya, semua orang perlukan ‘hero’ kecil ini dalam kehidupan seharian mereka!

Mitos 2: Asid Folik Hanya Untuk Orang Tua

 “Asid folik ni untuk orang tua je kot. Kita muda lagi, tak payah risau!”


Haaa... kalau anda pernah terfikir macam ni, meh saya bongkar satu fakta menarik. Sebenarnya, keperluan asid folik ni tak mengenal usia. Bukan hanya orang dewasa atau mereka yang dah berumur je yang perlu ambil vitamin ni, tapi kanak-kanak pun perlukan folate untuk perkembangan badan dan otak yang sihat; atau supplemen asid folik jika ada keadaan tertentu. Ingat ya, vitamin ni penting untuk penghasilan sel darah merah dan pertumbuhan sel, yang mana ia berlaku setiap hari dalam badan kita, tak kira umur!

Cuba bayangkan kanak-kanak yang sedang membesar, mereka perlukan bekalan nutrisi yang cukup supaya badan dapat berkembang dengan baik, sistem saraf berfungsi dengan sempurna, dan tenaga mereka yang kekal aktif. Kalau tak cukup vitamin folate ni, risiko anemia boleh berlaku, menyebabkan cepat letih, pucat, dan tak bermaya. Sama juga untuk remaja dan orang muda, lebih-lebih lagi kalau gaya hidup sibuk dan pemakanan tak seimbang. Kalau berlaku simtom-simtom di atas tu, memang sangat disyorkankan lah amalkan asid folik. Jadi, jangan anggap asid folik hanya untuk golongan tertentu je. Sebenarnya, ia penting untuk semua peringkat umur, dari kecil sampai dewasa!

Mitos 3: Kita Tak Perlukan Asid Folik Jika Makan Diet Seimbang

"Kalau makan sayur hari-hari, tak perlu asid folik tambahan dah, kan?"

Ini satu lagi mitos yang ramai percaya. Memang betul, sayur berdaun hijau macam bayam dan brokoli, kekacang, serta buah-buahan sitrus kaya dengan asid folik semula jadi. Tapi hakikatnya, cara kita masak dan proses makanan tu boleh buat kandungan asid folik hilang begitu saja. Contohnya, bila kita masak sayur terlalu lama, hampir separuh asid folik dalam makanan tu boleh musnah. Jadi walaupun kita rasa dah makan sihat, belum tentu badan dapat cukup bekalan vitamin B9 ni. Sebab tu pentingnya ambil supplemen jika perlu, terutama bagi mereka yang berisiko tinggi kekurangan asid folik.


Kenapa Kita Perlukan Asid Folik?

Wanita
- Pencegahan kecacatan tiub saraf pada bayi (diamal sebelum dan semasa hamil)
- Mengurangkan risiko anemia dan keletihan
- Mengekalkan kesihatan selepas fasa menopos 
- Meningkatkan peluang untuk hamil dan mendapatkan kehamilan yang sihat

Lelaki
- Menyokong kesuburan melalui penghasilan sperma yang sihat
- Meningkatkan tahap tenaga
- Mengurangkan risiko  mendapat penyakit berkaitan jantung
- Membantu keupayaan kognitif berada pada tahap normal

Tips Memastikan Cukup Folate/Asid Folik dalam Diet

1) Makan makanan seperti:
- sayur berdaun hijau (bayam, kale)
- brokoli
- telur
- kacang kuda

2) Ambil supplemen khusus asid folik jika perlu, selepas mendapat nasihat doktor
3) Ambil supplemen B-Complex Plus with Folic Acid daripada Shaklee

Shaklee B-Complex: Pilihan Mudah untuk Cukupkan Asid Folik

Kadang-kadang, walaupun dah cuba makan sayur hijau, buah-buahan, dan makanan sihat, badan kita masih tak cukup vitamin folate. Lagi-lagi dengan gaya hidup sibuk dan cara masakan yang mengurangkan kandungan nutrisi dalam makanan. Tapi jangan risau, dengan B-Complex Shaklee, kita boleh pastikan keperluan asid folik harian dapat dipenuhi dengan mudah. Supplemen ni bukan saja lengkap dengam asid folik, tapi juga gabungan vitamin B lain yang penting untuk tenaga, kesihatan otak, dan fungsi badan.

Apa hebatnya B-Complex Shaklee?
- Mengandungi 400mcg asid folik iaitu jumlah yang disyorkan untuk keperluan harian.
- Diformulasi khas dengan sistem penghantaran bioaktif yang telah dipatenkan, untuk memudahkan penyerapan nutrient dan meningkatkan keberkesanannya.
- Dilengkapi juga dengan 8 jenis vitamin B yang penting untuk menyokong kesihatan badan


Dengan pengambilan B-Complex Shaklee, anda bukan sahaja dapat asid folik, tapi juga vitamin B lain seperti B1, B2, B6, dan B12 yang membantu mengurangkan keletihan, menstabilkan emosi, dan menyokong kesihatan kulit serta rambut.

Siapa yang patut cuba B-Complex Shaklee?
- Wanita yang merancang kehamilan atau sedang hamil – untuk elakkan kecacatan tiub saraf pada bayi
- Lelaki dan wanita aktif – untuk tambah tenaga dan kurangkan stress
- Remaja atau pelajar – untuk fokus dan tumbesaran sihat
- Golongan berusia – untuk menjaga kesihatan otak dan sistem saraf

Pendek kata, B-Complex Shaklee ni sesuai untuk seisi keluarga! Jadi kalau anda nak cara mudah untuk pastikan keperluan asid folik dan Vitamin B lain cukup, ini mungkin solusi yang anda cari. Jangan tunggu sampai badan letih atau stress melampau baru nak ambil peduli!

Akhir kata…

Asid Folik, Kecil Tapi Penting

Siapa sangka, asid folik yang nampak macam perkara kecil rupanya memainkan peranan besar dalam kesihatan kita. Dari wanita mengandung, lelaki hingga ke kanak-kanak, semuanya perlukan vitamin B9 ni untuk fungsi badan yang optimum. Jangan lagi percaya mitoos-mitos yang membuatkan kita pandang ringan kepentingan asid folik. Yang penting, cari cara paling mudah dan praktikal untuk pastikan badan cukup nutrisi, salah satunya dengan B-Complex Shaklee.

Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan langkah untuk kesihatan anda dan keluarga hari ini. Sama ada dengan makanan kaya vitamin folate atau supplemen berkualiti seperti B-Complex Shaklee, yang penting anda tak abaikan keperluan badan. 

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan. Manalah tahu, mereka pun sedang mencari solusi kesihatan seperti anda!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...