Skip to main content

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

vitamin Shaklee

Kalau yang dah kenal saya, mesti tahu yang saya ni memang pengamal vitamin Shaklee tegar. Saya dah mula amalkan vitamin Shaklee sejak tahun 2012 lagi. Pada waktu itu, saya mula amalkan Set Breastfeeding Shaklee. Tak lama lepas tu, saya mula belikan juga vitamin Shaklee untuk ibu saya dan suami saya.

Makin lama, kitorang memang makin jatuh cinta dengan vitamin Shaklee ni, sebab kitorang memang dapat rasa kesan yang sangat positif terhadap kesihatan dan kecergasan badan kami. 

Dan kini selepas 11 tahun, kami masih lagi peminat nombor 1 vitamin Shaklee.

Apa yang menyebabkan saya memilih dan kekal dengan vitamin Shaklee?

1) Disyorkan oleh kawan

Dulu-dulu sebenarnya saya ni anti-supplemen. Saya percaya yang kalau nak sihat, nak kurus, semuanya kita boleh dapat hanya dengan cara pemakanan seharian yang betul sahaja. Tak payahlah supplemen-supplemen semua ni. 

Sekarang i'm eating my own words. Bila dah terkena, barulah tahu. Saya mula rasa cabarannya selepas saya melahirkan anak sulung saya. Saya mula struggle nak supply susu ibu yang cukup untuk dia pada waktu tu. Ditambah lagi dengan keadaan saya yang constantly rasa letih, mengantuk dan sakit-sakit badan.

Bila saya mengadu dengan kawan-kawan saya tentang masalah saya ni, salah seorang daripada mereka pun mulalah bercerita yang isterinya pun pernah mengalami masalah yang sama. Tapi isterinya mula amalkan supplemen Shaklee dan banyak rasakan perubahan.

Dan bila kawan saya syorkan supplemen Shaklee tu, saya dah tak fikir banyak. Saya baca sikit-sikit daripada blog Kak Hasmah, upline saya sekarang, dan saya terus beli. Dan saya bersyukur sangat saya take action waktu tu, sebab kesannya saya rasa sampai sekarang.

2) Banyak feedback dan testimoni positif

Selain kawan saya tu, saya dapat banyak respon juga daripada pengguna-pengguna lain yang dah lama mengamalkan supplemen Shaklee. Masa saya mula-mula berkenalan dengan Shaklee, barulah saya tahu, rupanya Shaklee ni memang dah lama famous, sebab dah ramai peminat dan yang dah rasakan kesan positif daripada supplemen-supplemennya. Bila saya start cerita dengan kawan-kawan, ada juga yang cakap, "Ooo.. Aah, akak pun ambil Shaklee. Sebab supplemen dia memang bagus." Saya je yang terlambat tahu.. 😁

Di sini, saya sharekan serba sedikit feedback mereka yang dah lama amalkan supplemen Shaklee.

3) Falsafah Founder Syarikat yang Cintakan Alam Semulajadi

vitamin Shaklee

Syarikat Shaklee diasaskan oleh seorang Pakar Chiropractic Practitioner bernama Dr. Forrest C. Shaklee. 

Dr. Forrest Shaklee mempunyai satu falsafah, iaitu ""FOLLOW THE LAWS OF NATURE AND YOU'LL NEVER GO WRONG. "
Atau dalam bahasa melayu boleh ditafsirkan sebagai, "Jika kita mengikut undang-undang alam, kita tak akan tersalah." Begitulah lebih kurang.

Jadi beliau percaya dan optimis dengan peranan alam semulajadi dalam memelihara kesihatan tubuh badan kita.

Hasil penerokaan dan kajian beliau ke atas minat beliau pada bidang nutrisi, akhirnya beliau telah menghasilkan multivitamin pertama yang dicipta di dunia yang diberi nama "Vitalized Mineral" lebih 100 tahun dahulu. Multivitamin ini sudah pun menjalani beberapa upgrade dan kini kita kenalinya dengan nama Vita-Lize.

Dan atas falsafah Dr. Shaklee ini jugalah yang menjadikan produk-produk yang Shaklee keluarkan semuanya adalah berasaskan sumber semulajadi, tiada unsur bahan GMO, dan proses penghasilannya juga mengambil kira kelestarian alam sekitar.

Memang one big winning point untuk Shaklee di situ!

4) Hanya menggunakan bahan yang dijamin berkualiti dan semulajadi

Sambungan kepada point di atas, jika anda nak tahu, setiap bahan botani yang akan digunakan dalam menyediakan setiap produk akan menjalani 350 ujian untuk memastikan ianya bebas daripada sebarang unsur cemar atau racun yang merbahaya.

Itu belum kira lagi 100,000 ujian QC yang Shaklee akan buat setiap tahun untuk kesemua produknya.

Senang cerita, Shaklee adalah satu syarikat yang memang kita boleh percaya akan memberikan dan menyediakan produk-produk yang betul-betul selamat dan berkualiti untuk kita.

vitamin shaklee

5) Syarikat yang masih kekal utuh walapun setelah 65 tahun

Satu benda yang kita kena ambil kira sebelum mengamalkan sesuatu produk adalah tentang kredibiliti pengeluarnya. Dan Shaklee kini sudah masuk ke tahun 65, masih lagi menjadi satu syarikat pengeluar supplemen nombor 1 di dunia dan masih utuh berdiri walaupun telah melalui pelbagai musim dan zaman kegawatan ekonomi, pandemik dan sebagainya. 

Ini juga boleh dijadikan satu tanda yang membuktikan kualiti produk yang dikeluarkannya, dan kepercayaan pengguna-pengguna terhadap produk-produknya. Takkanlah syarikat dapat kekal selama itu kalau produknya tak bagus, kan...

6) Menjalankan kajian saintifik dan klinikal dalam pembangunan produk

Selain ujian QC, Shaklee juga menjalankan ujian-ujian saintifik untuk memastikan keberkesanan produk adalah always on top. Kita boleh tengok hasil-hasil kajiannya banyak diterbitkan dalam artikel-artikel journal perubatan yang terkemuka. 

Antara artikel yang sangat bagus untuk ada baca adalah tentang Kajian Landmark dan Kajian Telomere. Kalau anda baca, mesti anda akan rasa kagum!

vitamin shaklee

7) Saya sendiri sudah merasa kesannya yang positif!

Last but not least, apa yang membuatkan saya terus memilih vitamin Shaklee sehingga kini adalah sudah tentu sebab saya memang dah rasa sendiri kesan positifnya! Takkanlah saya kekal ambil supplemen Shaklee selama lebih 10 tahun kalau saya tak rasa apa-apa kan. Buat apa saya bazir duit!

Tapi, bila amalkan Shaklee, saya dah kurang sakit badan, saya jadi makin bertenaga, kulit saya pun kurang bermasalah. Malah dulu, saya pernah berjaya turun 10kg bila saya amalkan diet dengan Shaklee. Time tu memang amazed sangat lahh!!

Dan bukan setakat saya, ummi saya, suami saya dan anak-anak saya pun memang dah rasa kesan positifnya. Suami dan anak-anak saya dah kurang terkena sakit demam selsema. Ya Allah... Teringat dulu sebelum ambil Shaklee, suami saya selalu sangat demam. Stress kita ni. Bila dia dah amal Nutriferon, memang nampak sangat bezanya.... Kita pun jadi lega.

So, itulah kisah saya dengan Shaklee.
Anda bila lagi nak cuba Shaklee? Jangan ragu-ragu. Boleh cuba dulu. Jangan risau, supplemen Shaklee memang selamat, berkesan dan green gittew...

Kalau ada rasa ragu-ragu jugak, tak apa... WhatsApp je kita. Tanya je k.. Jangan malu-malu tau!

vitamin shaklee

See you in my next post!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole