Assalamualaikum & Hai Semua!
Jom kita cerita-cerita pasal Vitamin C. Haaa... Kalau cakap pasal Vitamin C mesti ingat ia untuk cantik je kan?
Bukan hanya untuk cantik, Vitamin C bagus untuk kesihatan kita juga ye...
APAKAH ITU VITAMIN C?
Vitamin C, atau nama lainnya Ascorbic Acid, adalah satu nutrien larut air yang sangat penting dan amat diperlukan oleh badan kita. Namun begitu, badan kita tak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C ni. Oleh sebab itu, ia perlu diambil melalui pemakanan dan juga supplemen.
Jom kita tengok apa lagi KHASIAT yang kita boleh dapat daripada Vitamin C!
APA YANG VITAMIN C BOLEH BERI PADA KITA?
MENGEKALKAN KESIHATAN SEL
- Vitamin C dapat mengekalkan kesihatan sel-sel dalam badan kita, termasuklah kolagen.
- Bila cakap kolagen, mesti kita terbayang pasal kulit cantik je kan?
- Tahu tak kolagen juga penting dalam pembentukan organ-organ dalam badan kita, begitu juga dengan ligamen, tendon dan juga salur darah kita.
ANTIOKSIDAN
Vitamin C juga adalah salah satu antioksidan yang kuat yang dapat mengurangkan kesan-kesan akibat radikal bebas.
MENGUATKAN SISTEM IMUN
- Vitamin C dipercayai dapat mencegah daripada jangkitan penyakit
- Amalkan Vitamin C jika mendapat janngkitan seperti selsema dan demam supaya tidak berlarutan
MENGUATKAN SISTEM KARDIOVASKULAR
Ciri-ciri antioksidannya dapat menghalang kerosakan akibat radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit jantung
MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH
- Pesakit diabetes yang mengamalkan supplemen Vitamin C telah ditunjukkan dalam satu kajian mengalami penurunan paras gula dalam darah.
- Pesakit diabetes juga digalakkan untuk amalkan Vitamin C untuk mengurangkan komplikasi seperti kerosakan salur darah akibat penyakit tersebut.
MEMBANTU PENYERAPAN ZAT BESI
BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN C?
Perbanyakkan ambil buah dan sayur-sayuran yang berwarna terang. Contohnya seperti oren, strawberry, capsicum, kiwi, buah-buahan sitrus dan banyak lagi lah...
Seeloknya ambillah sayur-sayuran dan buah-buahan ni dalam 6 sajian setiap hari.
Dan perlu diingatkan juga, sangat penting untuk jaga cara penyediaan makanan kita supaya kita dapat preserve kandungan Vitamin C di dalamnya. Seelok-eloknya, masaklah sayur-sayuran kita tu pada suhu yang lebih rendah kerana Vitamin C adalah sejenis nutrien yang agak sensitif pada suhu.
Jika ada masalah nak telan sayur banyak-banyak ni, atau risau cara penyediaan makanan kita yang kurang selamat, bolehlah top-up dengan supplemen Sustained Release Vita-C Plus ye... Insya Allah, dihasilkan daripada sumber semulajadi, selamat dan berkesan!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment