Skip to main content

Macam Mana Nak Kekal Sihat di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Ramadhan semakin menghampiri kita.
Puasa dah habis ganti? Harapnya sudah lah ye...

sihat di bulan Ramadhan

Bila Ramadhan dah dekat ni mesti ada yang teringat-ingatkan makanan-makanan yang best dijual di bazaar Ramadhan. Takut-takut bila habis Ramadhan nanti, berat badan naik mencanak pulak kan...

sihat di bulan Ramadhan

Jom saya nak kongsikan beberapa tips untuk kita harungi Ramadhan kali ini dengan lebih sihat.

Kawal pengambilan gula dan berminyak
  • Kena berjaga-jaga dalam memilih makanan untuk berbuka puasa.
  • Limitkan makanan yang bergoreng dan manis hanya satu biji/keping sahaja
  • Minum minuman yang sihat, kurangkan ambil minuman yang manis. Kalau teringin sangat, cukuplah hanya setengah atau satu gelas sahaja. Jangan top-up!
  • Pilih makanan berbuka yang mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk kawal selera makan.
Ambil protein yang cukup semasa sahur dan iftar
  • Ambil makanan yang kaya dengan protein semasa sahur akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama
  • Ia juga boleh bantu kita jadi lebih bertenaga sewaktu berpuasa
  • Pengambilan protein yang cukup semasa berbuka juga bagus sebab ia boleh beri kita rasa kepuasan dan cepat kenyang, maka ia dapat mengawal kita daripada terlebih makan.
Tingkatkan pengambilan serat
  • Serat adalah bagus untuk tingkatkan kualiti metabolisme badan kita lagi-lagi semasa berpuasa
  • Pengambilan serat juga dapat memberi kita rasa kenyang yang lebih lama dan dapat mengawal craving.
  • Sebelum Ramadhan ni lagi kita dah boleh mula tingkatkan pengambilan serat supaya sistem penghadaman kita tak terkejut.
  • Contoh serat yang bagus adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang mempunyai nilai GI yang rendah dan juga bijirin penuh seperti rolled oats.
Hidratkan diri
  • Minum air yang cukup sepanjang masa berbuka antara waktu iftar dan sahur
  • Elakkan minum air terlalu banyak sekaligus ketika sahur, kerana ia mengakibatkan kita akan lebih kerap buang air dan seterusnya mengalami lebih banyak kehilangan air.
  • Selain air, boleh juga makan makanan yang tinggi kandungan air seperti timun, tembikai dan sayur pak choy.
Mengekalkan diri sentiasa bertenaga
  • Penting untuk kita sentiasa bertenaga sepanjang berpuasa bagi mengekalkan produktiviti ketika bekerja di siang hari
  • Makanan tinggi protein dan serat ketika sahur boleh memberikan tenaga berpanjangan, kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan diserap dalam badan
  • Elak makanan tinggi gula dan karbo ringkas semasa sahur kerana ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan menyebabkan kita cepat letih dan cepat lapar.
Tidur yang mencukupi
  • Cuba tidur malam lebih awal semasa bulan puasa supaya kita masih dapat waktu tidur 6-8 jam.
  • Tidur yang cukup penting untuk berikan badan kita cukup rehat dan kurang stress.
  • Tak cukup tidur boleh mengganggu penghasilan insulin dalam badan, yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit
Amalkan supplemen
  • Pengambilan supplemen boleh membantu dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari semasa berpuasa.
  • Antara supplemen yang sesuai untuk diamalkan adalah Set Puasa 1-2-3 daripada Shaklee

sihat di bulan Ramadhan


Jomlah kita mempersiapkan diri kita sempena menyambut tetamu mulia yang amat dirindui ini. Bersihkan diri, bersihkan hati. Semoga Allah berikan rezeki lagi buat kita untuk sampai ke bulan Ramadhan tahun ini.

sihat di bulan Ramadhan

Nak dapatkan Set Puasa 1-2-3 Shaklee untuk persiapan Ramadhan ni? Roger saya k...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

  1. set puasa shaklee memang saya tak akan tinggalkan. saya sendiri pengguna tegar set ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole