Tak dapat dinafikan cuaca di Malaysia sekarang amat-amat panas. Jika diberi pilihan, kita mungkin akan memilih untuk hanya memakai sandal atau flip-flop yang nipis, ringan dan terbuka, bagi memudahkan pengaliran udara. Tetapi, tahukah anda bahawa pemakaian kasut atau sandal yang salah atau tidak sesuaiboleh merosakkan kulit kaki anda. Jika anda mempunyai jenis kulit yang sensitif, p endedahan berterusan kepada udara kering mahupun berdebu (musim jerebu sekarang ni kan...) boleh menyebabkan ' callus '. Apakah itu ' callus '? ' Callus ' adalah kawasan kulit yang mengeras yang telah menjadi agak tebal sebagai tindak balas kepada geseran yang berulang, tekanan, atau gangguan lain. Geseran yang terlalu kerap akan menyebabkan ' blister '. 'Callus' sering terjadi pada kaki yang kerap berjalan. Calluses secara amnya adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, ia kadang-kadang boleh membawa kepada masalah-masalah lain seperti ulser kulit atau jangkitan....