Skip to main content

Cracked Heel lagi....

Tak dapat dinafikan cuaca di Malaysia sekarang amat-amat panas. Jika diberi pilihan, kita mungkin akan memilih untuk hanya memakai sandal atau flip-flop yang nipis, ringan dan terbuka, bagi memudahkan pengaliran udara. Tetapi, tahukah anda bahawa pemakaian kasut atau sandal yang salah atau tidak sesuaiboleh merosakkan kulit kaki anda. Jika anda mempunyai jenis kulit yang sensitif, pendedahan berterusan kepada udara kering mahupun berdebu (musim jerebu sekarang ni kan...)  boleh menyebabkan 'callus'.

Apakah itu 'callus'?

'Callus' adalah kawasan kulit yang mengeras yang telah menjadi agak tebal sebagai tindak balas kepada geseran yang berulang, tekanan, atau gangguan lain. Geseran yang terlalu kerap akan menyebabkan 'blister'. 'Callus' sering terjadi pada kaki yang kerap berjalan. Calluses secara amnya adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, ia kadang-kadang boleh membawa kepada masalah-masalah lain seperti ulser kulit atau jangkitan.



Lihat gambar di atas ni. Oh, dah tentu-tentu kita tak mahu ia terjadi pada kaki kita.
Berjalan dan berlari dengan kekerapan yang tinggi boleh mengakibatkan tekanan berlebihan pada tapak kaki anda. Dan ia boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk dengan menyebabkan rekahan pada tumit yang amat menyakitkan..!! Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan luka yang lebih dalam. Akhirnya ia boleh mengakibatkan pendarahan dan jangkitan. Pedih... pedih.. !!

Bukan sahaja kita kita sudah tidak kelihatan cantik, malah amat memeritkankan.. ! Nak berjalan susah, nak mandi pun susah.. Mana tak nya, PEDIH!!!

Jadi, kita perlu mengelakkan masalah ini berlaku pada kita.

Salah satu perkara yang penting adalah dengan membuat pemilihan kasut yang betul. 
Pakailah kasut yang mempunyai tapak yang lembut supaya kaki kita tidak cepat letih dan berat badan kita ditampung serata pada tapak kaki kita.


Adakah anda juga tahu bahawa teknik berjalan juga adalah salah satu faktor penting dalam penjagaan kaki kita? Berikut adalah teknik berjalan yang disyorkan:

  1. Melangkah ke hadapan dengan pendaratan di atas tumit kaki anda.
  2. Terus menggulingkan tapak kaki ke hadapan ke arah bola kaki.
  3. Menaikkan tumit dan menolak kaki dengan ibu jari anda.

Jangan lupa juga untuk minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dan dapatkan berat badan yang ideal supaya tidak menambah beban pada kaki anda.

Semoga kita sihat-sihat selalu.. !!




** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi Pengedar Sah Petaling Jaya anda:



Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Petaling Jaya, Jalan Kebun, Meru, Enstek dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole