Skip to main content

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt


Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah.... 

Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni....


Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni.



Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu.


Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal.

Tu cerita 2 minggu lepas.


Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu...


Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal Blend kat tempat ruam tu...

Tapi kesan tak lah secepat macam 2 minggu lepas. Ruam still ada. 

Dan isnin lepas saya perasan ruam naik terlalu banyak kat badan Mujahid, depan dan belakang... Ya Allah.. Saya dah risau sangat.... 


Bukan apa... Sejak kecil Mujahid bukanlah jenis yang cepat naik ruam. Even semenjak lahir dulu pun, nappy rash pernah kena sekali 2 kali je kot.. Ruam susu pun rasanya macam tak pernah.


So, bila naik ruam banyak macam tu, saya sangat lah risau.. Ish.. Kena demam campak ke ni....?? Tapi badan tak panas, Mujahid tak demam.. Saya refer pada mak dan kakak-kakak saya, semua kata ni ruam panas...

Saya pun lega sikit, walaupun memang kesian la kat Mujahid.. Mesti badan dia gatal-gatal dan tak selesa habis. Saya tekad esok nak bawak gi klinik, nak check just in case apa-apa kan...


Tapi at the same time memang istiqamah la sapukan krim Herbal Blend tu.

Tiba-tiba baru teringat... "Eh... Mandikan pakai Basic H2 la..."


Pagi hari Selasa tu saya mandikan dengan Basic H2. Juz 1-2 titik je saya letak dalam baldi. Bukak paip... Mak aih... Buih banyak gila... memang pekat habis la Basic H2 ni.. Memang patutlah pakai sikit je dah cukup.

Saya pun mandikan Mujahid pakai air tu. Mujahid pun seronok main-main buih.. hhehhe....

Saya fikir, "Ok, petang ni mandi pakai air biasa je... Esok pagi mandi pakai Basic H2 lagi..."

Tak sempat jugak.....

Ruam surut terus.... Memang ketara sangat kesannya. Sampai saya pun tak jadi bawak pegi klinik. Nanti doktor kata "Mana ruamnya??" hahahha....

Tapi pagi ni saya mandikan jugak lah pakai Basic H2 tu. Nak bagi betul-betul hilang. Tapi instead of sehari sekali, saya buat 2 hari sekali je. Baru dua kali je pun... Selasa dan semalam (khamis)... huhuhu :P

Alhamdulillah... Lega lah bila tengok ruam tu dah surut banyak... Mujahid pun dah tak meggaru-garu sangat....

So, memang saya istiqamah je la dengan krim Herbal Blend dan Basic H2, tanpa ambil apa-apa krim lain.

Bahagian belakang

Bahagian dahi. Yang ni paling teruk, dan paling ketara kesannya...

Bahagian depan.. (tapi camera cap ayam la... tak nampak sangat.. tapi kalau tengok depan-depan leh nampak ketara la kesannya... huhuhu...)




Tapi perlu cakap jugak.. Kesan pada Mujahid memang sangat cepat, sebab Mujahid memang jenis kulit kurang bermasalah. Bagi anak-anak yang jenis sensitif pada kulit, mungkin ambil masa yang lebih. Bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. Kesan kepada setiap orang tak sama...


Tapi, ikhtiar itu penting. Dan ia sangat berkesan pada Mujahid....

Selain itu, ini langkah-langkah lain untuk make sure ruam panas ni tak naik lagi:
  • Elakkan Mujahid berpeluh teruk, bukak baju kalau panas sangat
  • Jangan pakaikan baju-baju tebal
  • Make sure pakai baju dengan material yang sesuai, senang serap peluh
  • Mandi tengahari untuk sejukkan badan
  • Bagi anak minum air kosong yang cukup
  • NO BEDAK-BEDAK... Saya tak pernah pakaikan bedak pada Mujahid (skarang berumur almost 5 y/o). Bagi saya ia hanya akan menambahkan skin allergy. Kecuali kalau anda yakin dengan kualiti bedak yang anda gunakan. Jenis Hypoallergenic ke...


Okeh, tu je nak sharing kat sini...

Kalau anak anda, atau anda sendiri naik-naik ruam, boleh la try Krim Herbal Blend dan Basic H2. Contact je saya, k.... Nanti saya tolong.....





** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru, Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole