Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Serat

Macam Mana Nak Kekal Sihat di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramadhan semakin menghampiri kita. Puasa dah habis ganti? Harapnya sudah lah ye... Bila Ramadhan dah dekat ni mesti ada yang teringat-ingatkan makanan-makanan yang best dijual di bazaar Ramadhan. Takut-takut bila habis Ramadhan nanti, berat badan naik mencanak pulak kan... Jom saya nak kongsikan beberapa tips untuk kita harungi Ramadhan kali ini dengan lebih sihat. Kawal pengambilan gula dan berminyak Kena berjaga-jaga dalam memilih makanan untuk berbuka puasa. Limitkan makanan yang bergoreng dan manis hanya satu biji/keping sahaja Minum minuman yang sihat, kurangkan ambil minuman yang manis. Kalau teringin sangat, cukuplah hanya setengah atau satu gelas sahaja. Jangan top-up! Pilih makanan berbuka yang mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk kawal selera makan. Ambil protein yang cukup semasa sahur dan iftar Ambil makanan yang kaya dengan protein semasa sahur akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama Ia juga boleh bantu kita jadi lebih berte...

10 Manfaat Meal Shakes

Assalamualaikum semua... Harini saya nak share sikit tentang satu produk yg sangat lah sesuai kalau kita nak bg pada anak-anak kita. Terutama anak-anak kita yg jenis suka memilih makan tu... Kalau anak suka memilih makan, kita takut nanti ada nutrisi yg lompong dan tak cukup. Di situlah peranannnya Meal Shakes ni, sebab Meal Shakes ni lengkap dgn pelbagai jenis nutrien dan vitamin yang penting utk tumbesaran anak-anak. Insya Allah, boleh lah mengisi kelompongan nutrisi pada anak-anak tu. Meal Shakes ni sedap tau. Kalau nak tambah lg sedap, boleh blend sekali dgn buah-buah. Silap-silap mak ayah dia tumpang merasa sekali... Nak tau lebih lanjut, boleh wasap saya k! 💗 Sharing.is.Caring 💗 ** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. ...

Jus Lemon boleh Merendahkan Paras Kolesterol - Fakta atau Mitos?

Assalamualaikum wbt.  Dah dekat 2 minggu kita beraya, kan?  Harap masih belum terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri buat anda semua. Semoga amalan-amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan di terima olehNya. Ada tak yang menangis tengok penimbang? Harap-harapnya tak ada la, kan… Almaklumlah, duk sumbat perut dengan rendang la… ketupat la… lemang la… Time ni yang paling kita risau, pasal kolesterol la… So, lepas kita dah sumbat segala kolesterol dalam badan kita, kena pandai-pandai la control balik. Buang balik kolesterol jahat tu.  Cerita Lemon

Gula: Boleh Makan ke Tak Boleh Makan?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila cakap pasal gula, mesti benda first terfikir... DIABETES!!! Tak payah cakap la... memang gula sentiasa jadi 'watak jahat' dalam drama diet kita. Dalam iklan pun banyak suruh kita kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.. Eeewaahh!! Penyebab Diabetes Kita banyak dengar pakar cakap kalau kita terlebih makan apa-apa jenis makanan pun boleh meningkatkan risiko untuk dapat diabetes. Sebab bila terlebih makan, kita boleh jadi obese , which is 'pesalah utama' pada masalah diabetes tu.  Tapi banyak jugak research yang terbaru mengatakan makanan-makanan manis jugak boleh berikan kesan secara langsung, iaitu: Untuk setiap penambahan 150 kalori gula tambahan untuk seorang individu sehari, risiko untuk dapat diabetes meningkat sebanyak 1%, walaupun dah control obesiti, aktiviti fizikal dan kalori daripada makanan.  Bukan setakat diabetes, terlebih gula juga boleh berikan kemudaratan pada kesihatan ja...

Makanan Yang Membantu Masalah Kanser Payudara / Breast Cancer

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Okay, hari ni saya nak share tentang makanan-makanan yang wajib diamalkan oleh mereka yang berisiko atau sedang menderita masalah kanser payudara (breast cancer). Untuk pengetahuan anda, kanser payudara adalah kanser yang paling banyak dialami dan menyebabkan maut di kalangan wanita. Pada tahun 2008 saja, kanser payudara telah menyebabkan lebih daripada 400,000 kematian di seluruh dunia. Dan jumlah kes ini telah meningkat dengan sangat ketara tahun demi tahun.  Risiko kanser payudara adalah lebih tinggi dengan meningkatnya usia. Tapi, jangan terkejut kerana ada juga kes yang berlaku di kalangan mereka yang baru menjangkau 20-an dan 30-an.  Alhamdulillah, sekarang ni semakin banyak penemuan baru tentang keperluan nutrisi tertentu dalam diet mereka yang berisiko mendapat kanser payudara untuk meningkatkan peluang mereka untuk bertahan.  Soya Sebelum ni ramai yang risau untuk ambil soya sebab ia mengandungi ciri-ciri seperti e...