Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Puasa

Jangan Lewatkan Berbuka! Ini Sebabnya dari Sudut Islam & Kesihatan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Lepas dah seharian berpuasa, mesti rasa tertunggu-tunggu masa berbuka, kan? Time ni je la kita boleh hafal waktu tepat berkumandang azan Maghrib ðŸ¤­.  Tapi tahu tak, sebenarnya ada juga orang-orang yang sengaja nak lengah-lengahkan waktu berbuka, sama ada sebab terlalu busy dengan kerja, sebab malas nak gi ke meja makan, atau saja-saja nak “tahan sikit lagi”, sebab nak tengok power ke tak. Eh, boleh pulak macam tu!  Sebenarnya, menyegerakan berbuka puasa ni bukan saja sunnah Rasulullah SAW, tapi juga ada banyak manfaat lain untuk badan kita juga. Bukan sekadar ikut-ikutan, tapi ada sebab kenapa Islam menggalakkan kita berbuka tepat pada waktunya. Jom kita tengok kenapa tak elok lewatkan berbuka, dari sudut agama dan juga kesihatan! Keutamaan Menyegerakan Berbuka dalam Islam Dalam Islam, berbuka tepat pada waktunya bukan sekadar boleh makan cepat-cepat, tapi sebenarnya ada banyak kelebihan yang Rasulullah SAW sendiri tekankan.  1) I...

Tips Sahur untuk Anak Kecil Supaya Mudah Berpuasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu ke-2 dalam bulan Ramadhan. Ok ke, semua yang berpuasa tu? Rasanya pasti ada antara kita yang baru nak mula latih anak-anak kecil kita untuk berpuasa. Dan saya pasti juga akan ada cabaran-cabarannya.  Ya, memang mencabar. Tapi kalau kita tahu caranya, insya Allah ini boleh jadi satu pengalaman yang menarik buat anak-anak dan juga untuk kita sebagai ibu bapa juga. Ini t ermasuklah cabaran nak kejut anak untuk bersahur dan mengajar anak menahan lapar.  Sahur ni penting ye untuk anak-anak. Sahur ni bukan sekadar untuk makan sampai kenyang pada waktu tu je, tapi juga untuk pastikan anak-anak kita akan dapat tenaga yang mencukupi sepanajng hari berpuasa. So,macam mana nak buat sahur yang baik dan sesuai untuk anak-anak?  Jom kita tengok beberapa tips yang boleh membantu! Pastikan Waktu Sahur Tidak Terlalu Awal Salah satu sebab kenapa anak cepat lapar waktu puasa adalah kerana kita kejutkan anak untuk...

Macam Mana Nak Kekal Sihat di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramadhan semakin menghampiri kita. Puasa dah habis ganti? Harapnya sudah lah ye... Bila Ramadhan dah dekat ni mesti ada yang teringat-ingatkan makanan-makanan yang best dijual di bazaar Ramadhan. Takut-takut bila habis Ramadhan nanti, berat badan naik mencanak pulak kan... Jom saya nak kongsikan beberapa tips untuk kita harungi Ramadhan kali ini dengan lebih sihat. Kawal pengambilan gula dan berminyak Kena berjaga-jaga dalam memilih makanan untuk berbuka puasa. Limitkan makanan yang bergoreng dan manis hanya satu biji/keping sahaja Minum minuman yang sihat, kurangkan ambil minuman yang manis. Kalau teringin sangat, cukuplah hanya setengah atau satu gelas sahaja. Jangan top-up! Pilih makanan berbuka yang mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk kawal selera makan. Ambil protein yang cukup semasa sahur dan iftar Ambil makanan yang kaya dengan protein semasa sahur akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama Ia juga boleh bantu kita jadi lebih berte...

Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee & Apa Kebaikannya

Assalamualaikum & Hai Semua! Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Lagi berapa hari je kita bakal bertemu semula dengan Ramadhan. Inilah bulan Ramadhan yang sangat dirindui, di mana segala amalan soleh kita akan dilipat gandakan ganjarannya. Tahun ni insya Allah merupakan tahun ke-2 kami suami isteri akan bersahur bersama anak kami. Alhamdulillah tahun lepas, puteri kesayangan kami dapat bersahur dan berpuasa hampir sebulan penuh pada usia 6 tahun. Good job, anak ummi! Sementara tinggal lagi 2 minggu nak masuk Ramadhan ni, dah kena cepat-cepat grab Set Puasa 1-2-3 Shaklee . Why kena grab Set ni? 1) Sebagai option sahur yang mudah, semudah 1, 2, 3 gitteww! 2) Dapat bekalkan tenaga sepanjang berpuasa ! Apa yang terdapat dalam Set Puasa 1-2-3 Shaklee ni? 1) Cinch Shake Lengkap dengan protein, vitamin & mineral dan serat. Boleh dijadikan sahur segera yang sangat sedap. Mempunyai nilai kalori yang rendah, maka boleh bantu dalam pengawalan berat badan. Nilai glycemic index (GI) yang...

Tips Anak Mudah Bangun Sahur

Assalamualaikum & Hai Semua! Nak ajar anak kecil untuk mula berpuasa adalah satu cabaran. Tapi cabaran yang lebih besar bagi pendapat saya adalah untuk kejutkan anak bangun awal untuk bersahur.   Sahur adalah sangat penting, lagi-lagi untuk anak-anak yang sedang membesar, kerana daripada situlah mereka akan dapat nutrien yang cukup supaya mereka dapat berpuasa dengan lebih baik.  Kita takut kalau anak-anak terlepas, mereka akan jadi keletihan , tak bertenaga dan susah nak fokus semasa belajar di sekolah mahupun di rumah. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu ayah cuba praktikkan nanti. Pastikan Anak Tidur Awal Ini bagi memudahkan anak-anak dapat bangun lebih awal. Ia juga untuk mengelakkan anak daripada tak cukup tidur, yang membuatkan anak jadi kurang fokus di sekolah nanti Bedtime Story Sebelum anak-anak tidur tu, boleh terlebih dahulu buat bedtime story, ceritakan tentang puasa, kelebihan orang berpuasa, dan pentingnya sahur . Boleh juga bercerita apa yang ...