Skip to main content

Tips Sahur untuk Anak Kecil Supaya Mudah Berpuasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu ke-2 dalam bulan Ramadhan. Ok ke, semua yang berpuasa tu?

Rasanya pasti ada antara kita yang baru nak mula latih anak-anak kecil kita untuk berpuasa. Dan saya pasti juga akan ada cabaran-cabarannya. Ya, memang mencabar. Tapi kalau kita tahu caranya, insya Allah ini boleh jadi satu pengalaman yang menarik buat anak-anak dan juga untuk kita sebagai ibu bapa juga. Ini termasuklah cabaran nak kejut anak untuk bersahur dan mengajar anak menahan lapar. 

Sahur ni penting ye untuk anak-anak. Sahur ni bukan sekadar untuk makan sampai kenyang pada waktu tu je, tapi juga untuk pastikan anak-anak kita akan dapat tenaga yang mencukupi sepanajng hari berpuasa. So,macam mana nak buat sahur yang baik dan sesuai untuk anak-anak?  Jom kita tengok beberapa tips yang boleh membantu!

Pastikan Waktu Sahur Tidak Terlalu Awal

Salah satu sebab kenapa anak cepat lapar waktu puasa adalah kerana kita kejutkan anak untuk bersahur terlalu awal. Kalau sahur awal sangat, nanti tak sampai waktu zuhur lagi, perut dah mula rasa kosong dan mula berkeroncong.  Jadi, cadangan saya cuba kejutkan anak dalam 20-30 minit sebelum waktu imsak, supaya mereka sempat untuk makan dan minum tanpa tergesa-gesa. Bergantunglah macam mana kepantasan anak kita tu makan. Kita lebih kenal anak-anak kita.

Tapi, tak semua anak mudah bangun sahur, kan? Jadi, boleh cuba cara ini:
1) Pastikan anak tidur awal
- Ini untuk memastikan anak dapat cukup tidur dan tidak terlalu mengantuk untuk bangun sahur 
- Larang anak gunakan gadjet pada waktu malam supaya anak lebih mudah untuk tidur
- Tidur yang cukup juga dapat bantu anak lebih fokus dalam kelas

2) Jangan kejut last minute
- Kalau kejut 5 minit sebelum imsak, anak mungkin tak sempat makan dengan betul
- Bagi mereka masa nak betul-betul bangun dan bersedia

3) Gunakan nada lembut
- Elakkan kejut anak dengan suara tinggi atau nada memaksa, nanti anak terus merajuk dan tak nak makan
- Cuba panggil dengan suara lembut atau usap kepala mereka perlahan-lahan

4) Buat suasana sahur yang best
- Boleh pasang soft music atau video pendek yang anak suka sebagai “alarm” untuk bangun sahur
- Boleh jadikan waktu bersahur waktu untuk bercerita, cerita di sekolah, atau cerita tentang puasa, dan RAYA!

Bila anak bangun pada waktu yang sesuai dan makan dengan tenang, insya Allah mereka akan jadi lebih bertenaga untuk tahan lapar lebih lama. Yang penting, janagn terlalu memaksa, sebab nak biasakan mereka perlukan proses dan kesabaran.

Pastikan Sahur Bernutrisi

Kalau nak anak tahan lapar lebih lama, makanan masa sahur kena ada cukup nutrisi. Jangan sekadar bagi nasi putih dengan kicap atau roti kosong je. Ya, kadang-kadang waktu sahur tu tak ada selera nak makan sangat kan. Atau pun anak memang jenis picky eater. Tapi, makanan-makanan macam tu sangat cepat hadam dan akan buat perut cepat lapar. Sebaiknya, campurkan protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat dalam setiap hidangan supaya tenaga boleh tahan lebih lama.

Apa yang boleh dimasukkan?

1) Protein: Penting untuk bagi tenaga dan buat anak rasa kenyang lebih lama. Contoh:
- Telur (rebus, scrambled egg atau dadar)
- Ayam/daging (masak sup atau grill supaya lebih mudah dimakan)
- Susu atau yogurt

2) Karbohidrat kompleks: Karbo jenis ni lebih lambat dihadap, jadi perut tak cepat kosong. Contoh:
- Nasi perang atau nasi putih yang dicampur dengan oat
- Roti wholegrain atau wrap gandum penuh
- Oatmeal dengan susu dan buah


3) Lemak sihat: Bantu badan serap nutrisi dan beri tenaga tambahan. Contoh:
- Avokado (boleh buat smoothie atau makan dengan roti)
- Kacang badam atau peanut butter (sapu kat roti)
- Minyak zaitun (letak sikit dalam sup atau salad)

Gabungan sumber-sumber makanan ni bukan saja boleh buat anak kenyang lebih lama, tapi juga boleh bagi tenaga yang stabil sepanjang hari. Yang penting, elakkan makanan tinggi gula dan bergoreng sebab boleh buat anak cepat letih dan haus.

Galakkan Minum Air Secukupnya

Kalau kurang air, badan akan jadi cepat letih dan boleh buatkan mereka rasa makin lemah semasa puasa. Jadi, pastikan anak cukup minum masa sahur supaya badan kekal hidrasi sepanjang hari.

Macam mana nak pastikan anak minum air cukup?

Orang kata kita kena lengkapkan minum air sebanyak 8 gelas sehari. Tapi jangan sekali-kali kita minum sebanyak itu semasa sahur. Sebab bak kata Coack Kevin Zahri, "kita ni bukan unta"! Badan kita tak akan boleh menyimpan air sebanyak itu dalam satu-satu masa.

So, apa kita boleh buat? Cuba cara ni:

1) Guna kaedah 2-4-2
- 1 gelas lepas berbuka
- 1 gelas lepas maghrib
- 4 gelas antara tarawih dan waktu tidur
- 2 gelas antara waktu bangun sahur dan waktu imsak

Insya Allah, ini antara cara terbaik untuk pastikan badan kita dan anak-anak sentiasa mendapat hidrasi yang mencukupi. Jumlah air tu bergantunglah pada keadaan badan masing-masing. Ada sesetengah perlukan lebih. Anak-anak kecil mungkin kurangkan sikit.


2) Bagi air sejuk atau suam ikut keselesaan anak
- Ada budak suka air sejuk, ada yang lebih suka suam
- Asalkan minum, tak kisah suhu maka pun

3) Jangan bagi air manis terlalu banyak
- Air sirap atau coklat memang sedap, tapi kalau minum banyak sangat, boleh buat cepat haus lepas tu.
- Kalau nak bagi, cukup sekadar satu cawan kecil. Buat rasa-rasa je.

4) Buat minum air jadi “fun”
- Guna cawan atau botol air yang anak suka
- Buat “infused water” dengan potongan buah supaya lebih menarik dan ada rasa segar
- Bancuh air Performance Drink yang sedap tu.

Bila anak cukup minum air, badan mereka akan lebih bertenaga dan kurang rasa letih masa puasa. Jadi, bukan sahaja fokus pada makanan sahur, pastikan mereka cukup air juga!

Berikan Appreciation & Motivation

Anak-anak ni kalau dipuji sikit, terus semangat nak buat lagi. Jadi bila mereka berjaya bangun sahur dan berjaya puasa walaupun setengah hari atau cuba berjaya tahan sebaik mungkin, kita kena hargai usaha mereka. Sebab sekecil mana pun usaha mereka, tetap perlu dihargai supaya mereka rasa bangga dan termotivasi untuk cuba bangun awal untuk bersahur dan terus berpuasa. 

Apa yang boleh kita buat?

1) Pujian lisan: Simple je, tapi sangat berkesan. Contohnya:
- “Hebatnya abang/kakak bangun sahur hari ni! Makan elok je, tak meragam pun!”
- “Wah, hari ni adik makan banyak! Mesti kuat puasa nanti!”


2) Peluk & Senyum
- Sentuhan kasih sayang boleh buat anak rasa dihargai
- Bila mereka berjaya bangun dan makan dengan baik, peluk mereka dan ucapkan tahniah

3) Beri ganjaran kecil
Tak perlu hadiah mahal, cukup sekadar sesuatu yang buat mereka happy. Contohnya:
- Sticker comel untuk setiap kali berjaya sahur atau berpuasa
- Dapat pilih menu kegemaran untuk berbuka nanti
- Tambah masa main game atau tengok kartun lepas sahur

4) Buat suasana sahur lebih seronok
- Sahur tak semestinya sunyi dan mengantuk je
- Cuba pasang lagu kegemaran atau cerita kelakar supaya mereka rasa lebih ceria.

Bila anak rasa sahur bukan satu “paksaan” tapi satu rutin yang menyeronokkan, mereka akan jadi lebih mudah untuk bangun sahur dan makan tanpa banyak drama. Yang penting, kita bagi sokongan dan jadikan pengalaman sahur ni sesuatu yang mereka tunggu-tunggu setiap hari!

Set Puasa Shaklee: Bantu Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Walaupun dah pilih makanan yang betul masa sahur, kadang-kadang badan tetap rasa lesu dan cepat letih, kan? Sebab tu, ramai yang suka ambil Set Puasa Shaklee untuk bantu badan kekal bertenaga sepanjang hari. Set ni bukan pengganti makanan, tapi ia lebih kepada sebagai top-up nutrisi supaya badan kita dan anak-anak cukup zat dan boleh bertahan dengan lebih baik.

Apa yang ada dalam Set Puasa Shaklee ni?

ESP (Energizing Soy Protein)
- Sumber protein berkualiti tinggi yang bantu bagi rasa kenyang lebih lama
- Stabilkan tenaga supaya tak cepat letih atau rasa “crash” lepas sahur
- Bagus untuk kulit juga, jadi tak nampak kusam walaupun kurang air

- Minuman elektrolit tanpa gas yang bantu elak dehadrasi
- Sesuai untuk mereka yang selalu rasa haus atau mudah kena cramp masa puasa
- Ada pilihan rasa “Orange” atau “Lemon-Lime” yang menyegarkan, boleh minum masa sahur dan berbuka!

Kenapa ramai suka Set Puasa Shaklee ni? Sebab dia bantu:
- Kekal bertenaga lebih lama tanpa rasa lemau
- Kurang rasa haus sebab badan cukup hidrasi dan elektrolit
- Bantu anak kecil yang baru belajar puasa supaya tak cepat lesu
- Sesuai untuk ibu menyusu yang nak pastikan badan cukup zat tanpa ganggu penghasilan susu.

Nak pastikan puasa lebih lancar dan bertenaga? Boleh cuba Set Puasa Shaklee ni untuk sahur dan berbuka!


Akhir kata…

Melatih anak puasa memang perlukan kesabaran, tapi kalau kita buat dengan cara yang santai dan menyeronokkan, mereka akan lebih mudah belajar dan terbiasa. Sahur yang seimbang, cukup air dan motivasi yang betul boleh bantu anak rasa lebih bersedia setiap hari. Yang penting, jangan terlalu memaksa, biar mereka nikmati proses belajar berpuasa dengan gembira.

Gunakan masa ini juga untuk ajar anak kenapa kita sebagai umat islam perlu berpuasa, apa hikmah puasa dan juga ajar anak kita untuk konsisten dan tidak tinggal untuk solat fardhu. Insya Allah, jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu bulan tarbiah untuk kita, anak-anak dan seisi keluarga kita insya Allah.

Kalau nak pastikan anak (dan mak ayah sekali!) kekal bertenaga sepanjang hari, Set Puasa Shaklee boleh jadi penyelamat. Dengan ESP dan Performance Drink, badan dapat nutrisi tambahan untuk tahan lapar lebih lama dan elak rasa letih melampau.

Nak try Set Puasa Shaklee atau ada soalan pasal produk ni? Boleh DM atau WhatsAPP terus, nanti kita sembang dan satu bantu pilihkan yang sesuai!

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...