Skip to main content

Tips Travel Dengan Anak Kecil Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Tips travel

Bulan Ogos hampir tiba. Maksudnya cuti sekolah pun dah nak dekat. Bagi Leader-leader Shaklee pula, ramai yang dah start preparing untuk pergi travel ke US untuk International Conference Trip, fully sponsored by Shaklee. Best nya.... Doakan saya dapat juga pergi juga in future tau...

Cuti sekolah nanti mesti ramai yang dah plan nak travel bercuti satu family, kan... Ye lah... Bila lagi nak dapat peluang bawa anak-anak travel jauh-jauh, healing-healing, selain masa cuti panjang ni.

Tapi bila travel jauh-jauh dengan anak kecil ni, kadang-kadang jenuh juga, lagi-lagi kalau kita tak prepare betul-betul. Bila silap sikit, mulalah nak tantrum, nak mengamuk, nak menangis. Dari nak healing-healing, jadi bertambah stress pulak.

Sebenarnya bila pergi travel dengan anak kecil ni, tak kisahlah kita pergi mana-mana pun, samada bercuti lama, atau just a day trip, kalau kita plan elok-elok, semua akan okay dan lancar je, insya Allah. Don't worry, k! Dalam entri saya kali ini, saya akan sharekan beberapa tips travel yang boleh ibu ayah buat untuk hadapi cabaran-cabaran travel dengan anak-anak kecil, supaya perjalanan percutian kita akan jadi satu percutian yang stress-free dan menyeronokkan!

Tips travel

Rancang Perjalanan Lebih Awal

Bila kita rancang nak travel semasa cuti sekolah ni, satu benda kena ingat, kita kena expect tempat-tempat perlancongan akan ramai dengan orang. So, jangan buat rancangan travel last minute. Plan travel kita seawal mungkin.

Jangan lupa juga untuk buat research awal-awal tentang tempat-tempat yang nak dilawati, hotel atau tempat penginapan yang kita nak stay, tempah tiket flight awal atau masa ada offer harga promo. Kalau buat semua last-last minute, kelam kabut nanti. Memang mengundanglah stress. Nanti semua benda nak marah, semua benda nak tertinggal. Bila kita dah buat research awal, kita dah boleh lega sikit, kurang sikit satu punca stress. Baru lah trip kita tu seronok je...

Packing Barang Dengan Bijak

Apa maksud packing barang dengan bijak ni?

Mula-mula buat list dulu apa barang yang perlu dibawa. Ini termasuklah baju, makanan, minuman, ubat, supplemen, dokumen-dokumen penting dan barang entertainment untuk anak-anak. Macam saya sendiri, saya suka buat list dalam Microsot Excel paling lewat seminggu sebelum kami travel. Dalam list ni juga saya dah plan berapa banyak baju dan komponen baju nak bawa, dan tentukan secara spesifik apa jenis barang-barang lain yang nak dibawa tu.

Tips travel

Tujuan list ni dibuat adalah supaya kita boleh tengok dan buat checklist. Barulah takde kes tertinggal-tinggal barang. Selain tu, mudah juga kita nak adjust list tu ikut keperluan.

Jangan lupa untuk ajak anak-anak untuk packing barang bersama-sama. Boleh suruh anak-anak pilih apa mainan atau buku yang mereka nak bawa. Lepas tu kita tapis la apa yang boleh, mana yang tak boleh. Anak-anak yang dah besar sikit tu, dah boleh ajar mereka kemas barang mereka sendiri. Tapi, atas pantauan mak ayah tau. Sebab anak-anak ni, kalau dibiarkan, satu kontena diorang nak bawa. 

Kita mak ayah ni pun kena beringat juga, packing apa yang perlu sahaja, dan kurangkan barang-barang yang agak remeh dan mudah untuk dibeli sahaja di destinasi. Ini supaya untuk mengurangkan extra beban untuk kita handle semasa dalam perjalanan nanti. Mana nak pegang beg berat lagi, nak pegang tangan anak lagi. Bak kata mat saleh, "less is more."

Sediakan bahan hiburan

Bila trip terlalu lama, memang biasalah anak kecil akan cepat bosan. Bila bosan, mulalah mereka cuba nak cari attention lah... nak buat perangai lah... Sangat biasa... Kat rumah pun macam tu, kan... Apa lagi di tempat yang mereka kurang familiar. Macam saya sendiri ada anak Autistic, lagilah memang tak boleh pergi tempat yang dia tak biasa. Akan senang dapat sensory meltdown.

Tips travel

Jadi, saya sarankan untuk bawalah apa-apa barang yang boleh hiburkan hati mereka dan boleh elakkan kebosanan mereka. 

Kalau anak suka buku, bawalah beberapa buah pilihan buku. Kalau anak suka mewarna, boleh bawa buku mewarna bersama pensel warna yang kecil yang mudah untuk dibawa travel. Atau boleh juga bawa busy books yang boleh stimulate sensory mereka, ikut fasa umur anak. Atau apa-apa sahaja mainan yang anak suka dan mudah untuk dibawa travel. 

Selain tu, boleh juga fikirkan apa-apa games yang seronok anak-anak dan ibu bapa main bersama-sama, seperti teka-teki ke, atau main sambung-sambung cerita ke... Ikut kreativiti masing-masing...

Screen Time

Macam taboo kan perkataan ni. Tapi, ada certain circumstances, teknologi macam handphone atau tablet agak membantu, terutamanya bila kita tengah dalam perjalanan bersama anak kecil.

Sebelum trip tu, kita download dah siap-siap apa cartoon atau video atau games yang sesuai untuk anak-anak kita tonton, bila mana keadaan amat memerlukan. Lagi-lagi bila perjalanan kita agak lama, tak kisahlah kita travel dengan kereta, kereta api atau pun kapal terbang. Kalau kita travel dengan public transport, jangan lupa bawa headphone sekali. Taknak pulak ganggu passenger lain dengan bunyi daripada video mereka pulak, kan. 

Tapi, saya sarankan hanya berikan mereka screen time bila keadaan mendesak sahaja ye, bila kaedah-kaedah lain dah tak boleh nak control kerenah mereka. 

Tips travel

Jangan overpack the schedule

Kalau masa bujang dulu, kalau boleh nak plan itinerary tu dari subuh sampai waktu tidur. Kalau boleh semua benda nak buat, semua tempat nak pergi.

Tapi bila dah ada anak-anak kecil ni, dah kena ubah sikit mindset tu. Jangan terlalu penuhkan schedule. Berikan juga ruang berehat untuk anak-anak. Anak-anak perlukan nap time juga selalunya, nanti mereka cranky...

Ingat ye, matlamat kita travel bersama family ni adalah untuk nak enjoy-enjoy, nak fun-fun... Takpe kalau tak sempat nak lawat semua tempat, boleh pergi lain kali kalau ada rezeki lagi. Memori bahagia bersama keluarga ketika bercuti itu lebih penting. Betul, tak?

Setakat ini, itu sahaja yang saya dapat sharekan tentang tips travel bersama anak-anak kecil. Jika anda ada tips travel lain, bolehlah sharekan juga di ruangan komen di bawah ni ye.

Saya harap, tips travel ini dapat membantu anda untuk dapatkan pengalaman percutian yang fun dan menyeronokkan. Jangan lupa untuk jaga kesihatan dan keselamatan diri ye sepanjang bercuti nanti. Jangan lupa bawa ubat-ubatan penting dan juga supplemen Shaklee anda.

Tips travel
Credit gambar: izaramli.com

Untuk yang beragama Islam, jangan lupa ambil peluang ini juga untuk banyakkan berdoa. Doa orang yang sedang bermusafir ni sangat mustajab tau...

Oklah... Selamat bercuti semua! Have fun!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole