Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Jerawatt???
Eeeeee.... Bencinya kalau nampak sebiji timbul kat muka!!
Tahu tak sebenarnya masalah stress juga boleh menyebabkan masalah jerawat?
Ini kerana masalah stress boleh mempengaruhi hormon dalam badan kita yang menyebabkan sel kulit kita untuk hasilkan sebum.
Bila sebum dah terlalu banyak, ia boleh membuatkan liang-liang pada kulit kita tersumbat. Dari situlah terjadinya jerawat sebab sebum yang berlebihan ni akan akan kekal pada sel-sel mati dan menyebabkan penyebaran bakteria.
Bagaimana nak atasi masalah ni?
URUSKAN MASALAH STRESS DENGAN BAIK
Jerawat adalah, bak kata orang putih, "the least thing you have to worry about." Banyak lagi masalah-masalah kesihatan lain yang boleh dapat kalau kita terlalu stress. Ini termasuklah masalah jantung. Kan? Kan? Kan?
Ini tak kira lagi dengan risiko untuk dapat masalah behaviour pulak, seperti hubungan dengan kawan-kawan dan lain-lain.
Cuba untuk relax. Tinggalkan dulu kerja-kerja yang buatkan kita stress tu. Pergila berkelah ke, bercuti ke, balik kampung ke...
Jika perlukan bantuan kaunseling, jangan malu-malu untuk dapatkannya, k?
AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Minum air yang cukup untuk pastikan kita sentiasa terhidrat. Ini adalah penting untuk memastikan sel-sel kulit kita sentiasa sihat.
Kurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebab makanan-makanan ini boleh menyebabkan kulit kita jadi lebih berminyak.
KERAPKAN BERSENAM
Bersenam boleh menyebabkan hormon endorfin dirembeskan, di mana ia boleh mengurangkan rasa stress. Secara tak langsung, ia boleh mengurangkan perembesan sebum berlebihan.
Bersenam juga menyebabkan kita boleh mengeluarkan peluh yang akan menyingkirkan sel-sel mati dari kulit kita. So, bakteria pun akan berkurang dapat membiak kat atas kulit kita.
AMALKAN SUPPLEMEN
Ada beberapa jenis supplemen yang bagus untuk masalah jerawat akibat stress ni. Antaranya adalah:
Omega Guard
- Membaiki penampilan dan tektur kulit
B-Complex
- Membantu mengawal penghasilan sebum oleh badan
- 'Pil penenang'
Carotomix
- Mempunyai sebatian anti-radang
- Menyeimbangkan hormon
- Membantu mengurangkankan penghasilan sebum
Vivix
- Melawan tindakan radikal bebas yang merosakkan kulit.
GUNAKAN PENCUCI MUKA YANG SESUAI
Nak hilangkan sebum berlebihan pada kulit muka, jangan lupa untuk cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.
Tapi jangan cuci muka terlalu kerap sampai boleh mengeringkan kulit muka ye. Sebab nanti lebih banyak sebum akan dihasilkan.
Siapa yang berminat nak dapatkan supplemen-supplemen dan pencuci muka Enfuselle ni, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah ni ye. Assalamualaikum 💗💗💗
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment