Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sistem Imun

Kenapa Kanak-Kanak Perlu Minyak Ikan? Ini 5 Manfaat Utamanya!

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! “Ummi, kenapa saya macam susah sangat nak fokus masa buat kerja sekolah ye?” Pernah tak soalan macam ni keluar dari mulut anak-anak mak ayah semua? Mmm… Susah jugakkan nak jawab. Sebab kadang-kadang kita mak ayah ni pun confuse juga. Kenapa anak kita macam tak boleh nak fokus belajar eh... Pastu kadang-kadang tengok anak cam cepat letih, balik sekolah terus melepek je… Pastu bila demam sikit, lambat nau nak baik. Tapi bila kita dah jadi mak ayah ni, dah tentulah kita kena fikir, cari jalan untuk improve keadaan anak kita ni kan? So, kita kena fikir, apa agaknya cara yang boleh kita buat untuk bantu anak-anak kita, secara semula jadi, supaya mereka dapat kekal sihat, bertenaga dan dapat otak yang lebih cerdas. Rupa-rupanya, antara solusinya, mudah je… Iaitu dengan MINYAK IKAN ! Khususnya yang kaya dengan Omega-3 (DHA & EPA) lah...  Dulu-dulu saya ingatkan Omega-3 ni penting untuk orang dewasa je. Ye la.. Yang kita selalu dengar pasal manfaat ...

Apa itu Probiotik? Pengenalan Kepada Kebaikan Bakteria Baik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kita ada banyak mendengar tentang probiotik atau produk-produk yang diperkaya dengan probiotik. Katanya probiotik ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya probiotik ni? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang kita lebih kenali sebagai “bakteria baik” kerana peranannya dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita, terutamanya pada sistem penghadaman. Dulu-dulu kalau cakap bakteria mesti kita ingat bakteria ni bawak penyakit je, kan... Tapi, sebenarnya tak semua bakteria adalah berbahaya. Probiotik adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bakteria juga dapat memberikan manfaat besar kepada tubuh badan kita.  Jadi, apa sebenarnya probiotik, dan bagaimana ia membantu kesihatan kita? Jom teruskan membaca dan kenali apa kebaikan bakteria baik ini. Jenis-jenis Probiotik Probiotik ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang paling popular dan biasa kita dengar adalah daripada dua kumpulan besar ini: Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setia...

Tips Kurangkan Demam dengan Cepat dan Selamat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila demam ni memang rasa tak best, kan? Badan rasa panas, kepala rasa berat, nak buat apa pun serba tak kena. Tapi tak payah risau. Sebenarnya ramai yang tak tau, demam ni sebenarnya adalah salah satu tanda badan kita tengah melawan sesuatu jangkitan. Bila suhu badan meningkat, ia akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk hantar sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan-jangkitan yang masuk dalam badan kita tu. Tapi ye la.. Bila demam badan tak rasa selesa, kan... Tak naklah demam lama-lama. Kalau kita tahu cara yang betul, demam sebenarnya boleh cepat reda. Jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk mengurangkan demam dengan cara yang selamat dan berkesan! Banyakkan Minum Air Air ni sebenarnya “ubat” semulajadi yang paling mudah! Bila demam, badan kita banyak kehilangan cecair sebab kita akan banyak berpeluh lebih dari biasa. Jadi, penting untuk kita pastikan badan kekal terhidrasi supaya suhu badan lebih terkawal dan tak mudah lesu....

Vitamin C: Bukan Hanya Untuk Cantik

Assalamualaikum & Hai Semua! Jom kita cerita-cerita pasal Vitamin C. Haaa... Kalau cakap pasal Vitamin C mesti ingat ia untuk cantik je kan? Bukan hanya untuk cantik, Vitamin C bagus untuk kesihatan kita juga ye... APAKAH ITU VITAMIN C? Vitamin C, atau nama lainnya Ascorbic Acid, adalah satu nutrien larut air yang sangat penting dan amat diperlukan oleh badan kita. Namun begitu, badan kita tak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C ni. Oleh sebab itu, ia perlu diambil melalui pemakanan dan juga supplemen . Jom kita tengok apa lagi KHASIAT yang kita boleh dapat daripada Vitamin C! APA YANG VITAMIN C BOLEH BERI PADA KITA? MENGEKALKAN KESIHATAN SEL Vitamin C dapat mengekalkan kesihatan sel-sel dalam badan kita, termasuklah kolagen. Bila cakap kolagen, mesti kita terbayang pasal kulit cantik je kan? Tahu tak kolagen juga penting dalam pembentukan organ -organ dalam badan kita, begitu juga dengan ligamen, tendon dan juga salur darah kita. ANTIOKSIDAN Vitamin C juga adalah salah satu ant...