Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Kesuburan

Masalah Prostat dan Kaitannya dengan Mati Pucuk

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masalah prostat biasa berlaku pada kaum lelaki apabila umur semakin meningkat. Antara simtom terawal yang biasa berlaku adalah seperti: - rasa susah kencing - kencing tak lawas - terlalu kerap ke bilik air pada waktu malam - kencing berdarah Tapi, apa hubungan antara masalah prostat dan masalah mati pucuk atau, secara spesifiknya, erectile dysfunction (ED)? Kedua-dua masalah ini semakin kerap berlaku apabila umur seorang lelaki itu semakin meningkat. Walaupun kaitan antara kedua-dua masalah ini masih samar-samar dan tiada penjelasan yang jitu, tetapi, ada beberapa keadaan di mana masalah prostat boleh mengakibatkan fungsi seksual terganggu. Apakah peranan prostat terhadap fungsi ereksi lelaki? Kelejar prostat terletak pada sekeliling bahagian urethra lelaki. Jika misalnya berlaku pembengkakan atau keradangan pada bahagian prostat, ia boleh menyebabkan gangguan pada saraf dan salur darah di bahagian tersebut. Jika ini berlaku, ia juga boleh menggang...

Tips untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Zuriat itu adalah satu rezeki kurniaan Allah buat setiap pasangan yang berkahwin. Tapi ada juga pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anugerah ini. Yang lebih menyakitkan bila orang sekeliling akan mula bertanya-tanya, kenapa tak ada anak lagi... Planning ke... Mandul ke... Eeeiii... Tak baik tau! "Berkahwin" sahaja tidak menjanjikan satu pasangan itu pasti akan berjaya dapat anak. Ada banyak faktor sebenarnya yang boleh mempengaruhi seseorang wanita itu boleh hamil atau tidak. Contohnya, ada masalah genetik ke... atau apa-apa masalah kesihatan yang lain. Yang pastinya, semua faktor ketidak-boleh-hamilan ni bukan semuanya terletak atas bahu isteri sahaja!  Selalunya kalau suami isteri lambat dapat anak, selalunya automatik akan terus tuding jari pada wanita je kan. Padahal sebenarnya masalah kesuburan ni boleh terjadi pada kedua-dua belah pihak, samada isteri atau pun suami. Tapi dalam post kali ini, saya akan fo...

Faktor-faktor Lambat Hamil (Kesuburan)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ada pasangan yang berkahwin, bila ‘berusaha’ je, terus lekat. Tapi ada juga pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan zuriat.   Bagi pasangan yang dah lama berkahwin, ini merupakan satu cabaran yang berat buat mereka. Sebab dah pasti akan ramai yang bertanya-tanya, “bila nak ada anak?”  So, kalau kita ada kawan-kawan atau saudara-mara yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat, tak perlulah nak tambahkan beban pada mereka dengan soalan-soalan bombastic macam ni. Sebab mereka sendiri pun memang tak akan ada jawapannya.  Tapi bagi anda yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, mungkin kita nak tahu apa yang menyebabkan kita susah nak dapat anak. Sebab kalau kita dah tahu faktor-faktor ni, lebih mudah kita nak cari ikhtiar yang bersesuaian kan... Faktor 1 : Usia Dikatakan kesuburan makin berkurang apabila umur dah melebihi 35 tahun. Tapi kita tak dapat nak undurkan masa, kan… Dan itu tak bermakna kita b...