Skip to main content

Tips untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

kesuburan lelaki

Zuriat itu adalah satu rezeki kurniaan Allah buat setiap pasangan yang berkahwin. Tapi ada juga pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anugerah ini. Yang lebih menyakitkan bila orang sekeliling akan mula bertanya-tanya, kenapa tak ada anak lagi... Planning ke... Mandul ke... Eeeiii... Tak baik tau!

"Berkahwin" sahaja tidak menjanjikan satu pasangan itu pasti akan berjaya dapat anak. Ada banyak faktor sebenarnya yang boleh mempengaruhi seseorang wanita itu boleh hamil atau tidak. Contohnya, ada masalah genetik ke... atau apa-apa masalah kesihatan yang lain.

kesuburan lelaki

Yang pastinya, semua faktor ketidak-boleh-hamilan ni bukan semuanya terletak atas bahu isteri sahaja! 

Selalunya kalau suami isteri lambat dapat anak, selalunya automatik akan terus tuding jari pada wanita je kan. Padahal sebenarnya masalah kesuburan ni boleh terjadi pada kedua-dua belah pihak, samada isteri atau pun suami.

Tapi dalam post kali ini, saya akan fokus hanya pada masalah kesuburan pada lelaki sahaja ye.

Masalah Kesuburan Lelaki

Banyak sebab yang boleh menjadikan lelaki menghadapi masalah kesuburan. Antaranya adalah bila sperma yang dihasilkan adalah tidak normal. Tidak normal tu maksudnya boleh jadi kuantiti yang sedikit, kurang pergerakan ataupun bentuknya sendiri yang tidak normal.

Walaupun begitu, ini bukan bermakna pasangan ini tidak boleh dapat zuriat langsung. Insya Allah, dengan gaya hidup yang lebih sihat, masalah kesuburan ini dapat diatasi. Yang penting, perlu usaha! 

Meh saya sharekan sedikit tips untuk meningkatkan kesihatan pembiakan buat lelaki:

1) Jangan merokok
- Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menyebabkan kuantiti sperma yang dihasilkan jadi berkurang.
- Kalau boleh jauhkan diri juga daripada tempat-tempat yang banyak asap rokok. Kalau ada kawan-kawan merokok, jangan duk rapat-rapat kat situ.

2) Jangan ambil alkohol
- Alkohol boleh menyebabkan masalah Erectile Dysfunction (ED), atau yang kita biasa dengar masalah mati pucuk.
- Ia juga boleh menyebabkan berlakunya kecacatan pada sel sperma dan memendekkan jangka hayatnya.
- Lagi pun bagi orang islam arak tu haram ye. Jangan berani dekat!

3) Jauhi kawasan yang terdedah kepada pencemaran 
- Pencemaran yang dimaksudkan adalah seperti asap kilang, asap kenderaan atau logam-logam berat macam plumbum.
- Bahan-bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah kesuburan dengan mengganggu sistem hormon dan kesihatan testis.

kesuburan lelaki

4) Don't stress!
- Stress dan anxiety boleh mengganggu kesuburan dengan menyebabkan kurang penghasilan sperma.
- Selain tu, stress juga boleh mengganggu keharmonian hubungan seksual

5) Aktifkan diri
- Senaman boleh membantu dalam penghasilan sperma yang lebih berkualiti.
- Bersenam juga dapat meningkatkan keupayaan badan dalam menyimpan antioksidan di mana ia dapat menghalang kerosakan pada sel sperma

6) Jangan berpanas
- Berjaga-jaga bila nak bersauna ke, mandi wap ke... Jangan terlalu kerap, dan jangan terlalu lama.
- Haba yang terlalu tinggi boleh ganggu penghasilan sperma.

kesuburan lelaki

7) Diet yang sihat
- Diet yang sihat penting untuk penghasilan sperma yang sihat
- Ia juga membantu dalam mendapatkan berat badan yang ideal dan mengelakkan kita daripada mendapat sebarang penyakit yang boleh mengganggu kesuburan dan hormon yang kurang stabil.
- Diet yang seimbang memastikan seseorang dapat cukup nutrien-nutrien penting yang membantu dalam meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.
- Jauhkan makanan-makanan yang tinggi proses, tinggi gula dan tinggi lemak trans yang boleh ganggu penghasilan sperma yang berkualiti.

Nutrien Penting untuk Penghasilan Sperma Yang sihat?

- Supplemen Vitamin E (400IU) dan Selenium (200 μg) dapat meningkatkan kesuburan lelaki. 
- Dalam satu kajian, 52.6% daripada sampel (690 orang lelaki yang mengalami masalah kesuburan) telah mengalami peningkatan dan kemajuan dalam pergerakan dan bentuk sperma. 10.8% daripada mereka juga telah berjaya menghasilkan kehamilan serta-merta. (Moslemi, M.K.; Tavanbakhsh, S. Selenium–Vitamin E Supplementation in Infertile Men: Effects on Semen Parameters and Pregnancy Rate. Int. J. Gen. Med. 2011, 4, 99–104.)

Polifenol
- Polifenol mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti radang yang dapat mengurangkan risiko kerosakan pada sel sperma.
- Polifenol dapat bertindak dalam mengubah fungsi mitokondria sperma termasuklah dalam penghasilan tenaga pada sperma. Bila sel sperma lebih bertenaga, ia dapat meningkatkan kesuburan lelaki.

Zink
- Zink adalah antara nutrien terpenting dalam menyokong kesihatan kesuburan lelaki dan kesihatan sperma.
- Zink dapat membantu meningkatkan kuantiti sperma yang dihasilkan.
- Penting untuk kesihatan prostat
- Membantu mengatasi masalah mati pucuk

Co-Q10
- Mereka yang kekurangan Co-Q10 boleh menyebabkan sel sperma yang tak normal, kurang motaliti dan juga kuantitinya.
- Supplemen CoQ10 boleh mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki dengan meningkatkan motiliti, bentuk dan kuantiti sperma
- CoQ10 juga boleh membantu dalam meningkatkan tenaga pada sel sperma.

Untuk mendapatkan nutrien-nutrien penting ini, anda atau pasangan anda boleh amalkan diet yang sihat, atau pun sebagai tambahan, boleh juga amalkan Set Kesuburan bagi Lelaki Shaklee bagi membantu menambah baikkan lagi kesihatan pembiakan anda. Set Kesuburan bagi Lelaki ini adalah terdiri daripada:

kesuburan lelaki

Vivix & RES V
- Diproses dengan kaedah pekstrakan yang dapat mengekalkan bioaktif polifenol
- Kaya dengan resveratrol dan polifenol yang boleh meningkatkan penghasilan sperma yang sihat, juga dapat meningkatkan tenaga pada sel sperma.

Vita-E Complex
- 1 kapsul membekalkan sebanyak 400IU Vitamin E dan juga 65mcg selenium
- Selenium juga dapat membantu dalam proses penghasilan sperma
- Selenium penting dalam meningkatkan keberkesanan penyerapan Vitamin E dalam badan.

Zinc Plus
- Dirumuskan dengan zinc gluconate dengan penyerapan yang tinggi yang dapat bantu meningkatkan kuantiti penghasilan sperma

kesuburan lelaki

- Membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Co-Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
- Dapat bantu meningkatkan tenaga pada sel sperma

Insya Allah Set Kesuburan Lelaki ini tujuannya adalah untuk membantu para pasangan untuk dapatkan nutrisi yang cukup bagi menambah baik kualiti sistem peranakan lelaki. Terus berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan zuriat. Jangan putus harapan. Dan jangan lupa juga untuk berdoa sekuat-kuatnya supaya dipermudahkan urusan untuk dikurniakan cahaya mata. 

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Kesuburan Lelaki ini atau untuk dapatkan sebarang info. Saya akan bantu anda semampu yang boleh.

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole