Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Alhamdulillah dah nak masuk minggu ketiga kita dalam Syawal. Macam biasalah di hari raya ni kita mesti dapat banyak undangan jemputan Hari Raya Open House kan, terutamanya bila dah masuk penghujung Syawal ni.
Bila cakap pasal Hari Raya Open House, mesti kita akan terus terbayangkan juadah-juadah yang dihidangkan. Masa saya beraya di Negeri Sembilan haritu, juadah wajibnya adalah Rendang Maman. Sekarang ni di Johor tempat saya menetap, macam-macam juga hidangannya. Ada laksa johor la... Ada Nasi Biryani la... Teringat pula ada satu rumah tu dihidangkan Sup Gearbox! Fuhh... Mantapp...
Tapi, bila kita kunjung-mengunjung ni, kena betulkan niat juga. Bila kita menziarah rumah orang, tujuan kita adalah untuk mengeratkan ukhuwah yang utamanya. Waktu raya ni lah kita ambil peluang untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat lama yang dah lama kita tak jumpa.
Sebelum Hari Raya haritu, ada seorang rakan lama saya yang dah lama sangat tak jumpa plan untuk buat Mini Reunion untung geng-geng sekolah kami. Tak ramai pun. Hanya 6 orang je. But kami buat "potluck style". Ada kawan saya yang buat roti jala la... Mi goreng la... Ya Allah, rajin sungguh kawan-kawan saya ni. Saya bawak cekodok je... Cekodok-cekodok pun, habis tau!
Kami dah berkawan sejak sekolah rendah, sejak tahun 1993 lagi. Lama tau persahabatan kitorang ni. Dan antara kami, ada yang saya dah tak jumpa sejak 25 tahun lepas. Tapi alhamdulillah, Allah masih mengikat hati-hati kami. Tak sangka, bila kami berjumpa, tiada langsung rasa awkward walaupun dah lama tak berjumpa. Kami boleh terus "click". Dan kami boleh bersenda-gurau macam dulu-dulu. Kelakar pulak bila teringat seorang kawan saya ni, bila masuk je rumah Tuan Rumah, terus melompat-lompat kesukaan sambil menangis terharu gittew... Macam terlupa terus yang kami ni mak-mak orang semuanya. Sebab kami memang dah sangat merindui antara satu sama lain.
Lepas tu mula lah kami reminisce memori-memori lama zaman sekolah rendah, zaman-zaman hingusan. Kami throwback balik zaman kami pernah gaduh, kemudian berbaik semula... Gaduh semula... Buli membuli... Ya Allah... Nakal sungguh kami...
Kemudian kami bercerita pula tentang kehidupan kami kini. Dah tentu kehidupan kami yang dah semakin matang, umur pun dah hampir mencecah 40-an, jauh berbeza berbanding dahulu. Kalau dulu semuanya happy-happy sahaja. Sekarang, dengan kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya, macam saya sendiri busy dengan bisnes online, seorang isteri, seorang ibu, pelbagai sketsa kehidupan yang kami semua harungi. Dan kami masing-masing memberi sokongan kepada satu sama lain. Somehow, saya rasa sangat lega bila ada deep conversation macam ni. Macam pegi therapy session pun ada juga. Dah alang-alang seorang sahabat saya tu pun memang seorang psychiatrist. Memang kena sangat lah... Terus dapat sesi terapi percuma 😆.
Memang pertemuan kami ni satu nikmat yang tak dapat saya nak ungkapkan kehebatannya. Nikmat ukhuwah, tak semua dapat merasa. Nikmat persefahaman antara sahabat, tak semua dapat mengalaminya.
So, ambillah peluang di Hari Raya ini, untuk menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang mungkin dah lama terputus. Bila pergi Hari Raya Open House tu, jangan hanya sibuk menjamu makanan, tapi ambillah sedikit peluang untuk bertanya khabar dengan mana-mana kenalan yang hadir.
Kemudian nak juga saya ingatkan diri kita semua, diri saya terutamanya, supaya jaga adab di rumah orang semasa Hari Raya Open House tu. Mulut jangan lancang, jangan nak komen-komen masakan orang. Jangan nak komen-komen pasal rumah orang. Puji tak apa.
Kemudian, jangan lupa sentiasa remind anak kita supaya jaga tingkah-laku. Kan dah banyak kita tengok banyak cerita-cerita viral anak-anak yang tak sengaja rosakkan barang tuan rumah. Saya sakit jiwa juga bila baca komen-komen yang laser sangat mengutuk anak-anak kecil tu, lagi-lagi saya pun ada juga anak-anak yang lasak, kan... Tapi at the same time, peranan kita as ibu bapa memang perlu didik anak-anak untuk jaga adab ketika menziarah.
Itu je cerita saya untuk kali ini. Saya simpan di sini buat memori. Moga adalah serba sedikit dalam penulisan saya ini bermanfaat untuk anda semua.
Raya-raya juga... Supplemen jangan tinggal, k... Boleh baca sini untuk tahu supplemen wajib masa raya ni.
Assalamualaikum semua... Selamat Hari Raya! Selamat Berhari Raya Open House!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment