Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sharing

Erti Di Sebalik Hari Raya Open House - Bukan Hanya Pesta Juadah

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah dah nak masuk minggu ketiga kita dalam Syawal. Macam biasalah di hari raya ni kita mesti dapat banyak undangan jemputan Hari Raya Open House kan, terutamanya bila dah masuk penghujung Syawal ni. Bila cakap pasal Hari Raya Open House, mesti kita akan terus terbayangkan juadah-juadah yang dihidangkan. Masa saya beraya di Negeri Sembilan haritu, juadah wajibnya adalah Rendang Maman. Sekarang ni di Johor tempat saya menetap, macam-macam juga hidangannya. Ada laksa johor la... Ada Nasi Biryani la... Teringat pula ada satu rumah tu dihidangkan Sup Gearbox! Fuhh... Mantapp... Tapi, bila kita kunjung-mengunjung ni, kena betulkan niat juga. Bila kita menziarah rumah orang, tujuan kita adalah untuk mengeratkan ukhuwah yang utamanya. Waktu raya ni lah kita ambil peluang untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat lama yang dah lama kita tak jumpa. Sebelum Hari Raya haritu, ada seorang rakan lama saya yang dah lama sangat tak jumpa plan untuk...

Demi Anak-anakku...

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Mmm... Cepatnya masa berlalu. Anak dara ummi yang sorang ni dah nak masuk Darjah 1 dah. Rasa macam baru je semalam hantar dia masuk tadika. Ingat lagi masa nak hantar dia masuk tadika waktu dia umur 3 tahun dulu, ummi dah nangis-nangis dah malam tu. Sebab ummi sangat risau, ok ke anak ummi ni masuk sekolah. Terasa kecik lagi... Rupa-rupanya dia pergi sekolah macam takde rasa apa pun. Siap happy lagi. Sia-sia ummi nangis. Hahahah... Alhamdulillah, bila anak ummi ni dah makin besar ni, dah makin bijak dia. Dan dia dah makin observant. Sekarang ni dia selalu tanya abi dia,  "Abi balik kerja pukul berapa?" "Kenapa abi selalu balik lambat?" Abi dia pun jawab la... "Ye la.. Thia asyik mintak toys je, abi kena kerja la... Baru ada duit.." (Padahal abi dia balik lambat sebab pergi gym 😆 ) Lagi satu, sekarang dia dah makin faham, kalau nak mintak-mintak barang tu, dia tanya dulu, yang ni mahal ke tak... yang ni murah tak... Kal...

Sambungan Tutorial Jahitan Dress Kanak-Kanak

Assalamualaikum... Haritu saya dah sharekan Part 1, kan... Ni baru nak sharekan Part 2... Ada yang menunggu ke? Hahahha... perasan je kan... Jemputlah tengok ye... Kalau rasa bermanfaat, bolehlah like, share dan subscribe ye... baru semangat nak share benda lain pulak... Million thanks to Thia yang ngikut je ummi nye arahan, suruh gaya macam ni... gaya macam tu... dia pun suka je.... Nanti nak buat projek jahit apa pulak eh... Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda: Siti Rusyida Rohim Shaklee ID: 913596 FB Page :  Sihat dan Cergas bersama Hanaziq FB Profile :  Syida Rohim Instagram :  Syida Rohim Twitter :  @SyidaRohim Pinterest :  Syida Rohim Email :  syidarohim@gmail.com Blog :  Live Healthy - Hanaziq Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only) COD :  Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Tutorial Jahit Empire Dress Kanak-kanak

Assalamualaikum... Ada tak pembaca-pembaca blog saya yang teringin nak jahit baju dress utk anak-anak? Kat sini saya ada sharekan video proses saya jahit dress utk anak saya.. Saya bukanlah pro. Jahit suka-suka je... Tapi saje lah nak share, mana tau dapat bagi inspirasi pada mak-mak macam saya yang baru-baru nak belajar ni kan... Jemputlah tengok ye... Kalau rasa boleh bagi manfaat pada yang lain, bolehlah share-share sekali... Jemputlah like dan subcribe skali ye... 😜 Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda: Siti Rusyida Rohim Shaklee ID: 913596 ...

10 Hari Pertama di Bulan Zulhijjah, dan Amalan yang Boleh Kita Amalkan

Assalamualaikum wbt. Insya Allah, kalau ikut kalendar 31 July ni bersamaan 10 Zulhijjah, kita akan menyambut perayaan Aidiladha. Masing-masing akan balik kampung ke? Mesti masing-masing dah tak sabar kan? Ada yang plan nak puasa sunat Hari Arafah ke pada hari ke-9 Zulhijjah tu? Kita disunatkan juga untuk berpuasa pada hari-8 sempena Hari Tarwiyah tau... Nak lagi bagus kalau kita puasa straight daripada 1 Zulhijjah sampai 9 Zulhijjah...  Besar tau fadhilat berpuasa pada Hari Arafah tu... "Puasa pada Hari Arafah, aku mengharapkan supaya dihapuskan (dosa) pada tahun sebelumnya dan selepasnya. " (HR Muslim) Sebenarnya sepanjang bulan Zulhijjah ni, janganlah kita hanya fokus pada puasa sunat sahaja. Tapi pada masa ini kita perbanyakkan juga ibadah-ibadah sunat yang lain. Amalkan solat-solat sunat, perbanyakkan sedekah, berzikir, tadabbur al-Quran... Jangan lupa juga untuk amalkan  amalan-amalan soleh yang lain.  Membantu mereka yang d...