Skip to main content

Demi Anak-anakku...

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Mmm... Cepatnya masa berlalu.

Anak dara ummi yang sorang ni dah nak masuk Darjah 1 dah.



Rasa macam baru je semalam hantar dia masuk tadika.

Ingat lagi masa nak hantar dia masuk tadika waktu dia umur 3 tahun dulu, ummi dah nangis-nangis dah malam tu. Sebab ummi sangat risau, ok ke anak ummi ni masuk sekolah. Terasa kecik lagi...

Rupa-rupanya dia pergi sekolah macam takde rasa apa pun. Siap happy lagi. Sia-sia ummi nangis. Hahahah...




Alhamdulillah, bila anak ummi ni dah makin besar ni, dah makin bijak dia. Dan dia dah makin observant.


Sekarang ni dia selalu tanya abi dia, 

"Abi balik kerja pukul berapa?"

"Kenapa abi selalu balik lambat?"


Abi dia pun jawab la...

"Ye la.. Thia asyik mintak toys je, abi kena kerja la... Baru ada duit.."

(Padahal abi dia balik lambat sebab pergi gym 😆 )




Lagi satu, sekarang dia dah makin faham, kalau nak mintak-mintak barang tu, dia tanya dulu, yang ni mahal ke tak... yang ni murah tak...

Kalau pergi kedai toys ke, dia akan check dulu harga kat "price checker" tu. Lepas tu dia akan tanya, harga ni ok ke tak... Ya Allah, anak ummi ni... 


Ada pulak kadang-kadang tu, dia pernah cakap lagi kat Ummi,

"Ummi kerja la... Nanti baru Ummi boleh ada banyak duit..."


Ummi pun jawab la...

"Abis tu kalau ummi pergi kerja, siapa nak jaga Thia & Abg Mujahid kat rumah?"


Padahal dia tak tau, ummi dia berhempas-pulas kerja dari rumah buat bisnes Shaklee ni.

Dia ingat Ummi dia duduk rumah saja-saja kut, main-main tengok handphone, tengok movie kat laptop kut. Huhuhu.... 😅


But, alhamdulillah lah... Nasib baik ada business macam Shaklee ni yang boleh bantu saya untuk dapat buat side income hanya dari rumah.

Almaklumlah, bukan semua orang dapat keluar bekerja kan...

Masing-masing ada kekangannya yang tersendiri...


Alhamdulillah 'ala kulli hal...


Thank you, anak-anak ummi yang sentiasa menjadi sumber motivasi ummi untuk terus bekerja kuat.

Thank you juga buat suami tersayang yang sentiasa menyokong saya dari belakang.


Doakan saya bersemangat dan terus berjaya ye.

Saya terlalu banyak impian untuk dicapai...

Untuk anak-anak saya, keluarga saya, dan untuk diri saya sendiri khususnya...




Anda juga mempunyai impian yang besar seperti saya?

Nak cuba jana pendapatan sampingan?

Boleh roger saya ye...


💗 Sharing.is.Caring 💗



Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia


Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole