Skip to main content

Pentingnya Protein untuk Ibu Berpantang & Pesanan Buat Ibu Berpantang dan Suami

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Melahirkan anak ke dunia merupakan satu detik yang amat berharga buat para ibu. Menantikan anak selepas 9 bulan dikendong di dalam rahim.

Tapi, waktu berpantang lain pula ceritanya.


Ada setengah orang waktu berpantang tu satu masa yang sangat "heavenly". Dapat berehat.. Tak payah buat kerja..

Tapi pada sesetengah orang yang lain, ia boleh jadi satu experience yang sangat ditakuti.


Macam mana nak jaga anak...

Badan rasa tak selesa...

Sakit daripada luka pembedahan...

Sesungguhnya pengalaman semua orang adalah tidak sama...

Ia juga terjadi pada saya juga...

Berpantang anak pertama, saya lebih tenang, despite anak jenis suka meragam.

Berpantang anak kedua, setiap hari saya menangis tak tau apa punca, despite anak saya adalah jenis senang dijaga.

Tapi, sebenarnya, bagi saya, waktu berpantang adalah waktu keemasan yang kita perlu grab untuk kita "healing". Cubalah berehat serehat-rehatnya...


Kita kena berani untuk minta tolong pasangan untuk jaga hal ehwal rumah sementara kita nak ambil masa untuk healing tu. 

Ambil masa bercuti ni untuk kita bonding dengan anak, sebelum start bekerja semula...

Time ni lah jugak kita boleh nak start bina rutin untuk "eat clean"...


Time ni juga masa terbaik untuk start "weight loss journey"...

Pengalaman saya sendiri, saya sangat senang lose weight selepas lahirkan anak... 

Tapi macam saya cakap awal-awal tadi, pengalaman semua orang tak sama kan...

Kepentingan Nutrisi Sihat Semasa Berpantang


Waktu berpantang ni adalah waktu terbaik untuk kita restart tabiat pemakanan kita.

Kalau perasan, kan... Makanan yang selalu kita makan waktu berpantang yang mak kita sediakan memang sihat-sihat belaka. Sangat clean. Time ni lah cuba membina rasa cinta terhadap makanan-makanan bersih seperti itu.

Cumanya, berpada-pada juga. Sebab ada sesetangah diet pantang ni, tak boleh makan buah la... tak boleh minum air banyak la...

So, kena bijak juga.

Despite kita dah lebih banyak makan yang kukus-kukus dan rebus-rebus tu, kena pastikan juga diet kena seimbang. Cukupkan fiber dan Vitamin-vitamin penting tu.

Kepentingan Protein Sewaktu Berpantang


Untuk ibu-ibu berpantang, saya juga sangat suggest untuk amalkan diet yang tinggi protein.

Why protein waktu pantang penting?

Kerana protein boleh jadi sumber tenaga. Masa berpantang ni kan kadang-kadang letih. Letih masa nak lahirkan tu lagi, berjaga malam lagi.

Protein juga penting untuk menghasilkan susu ibu.


Dan protein juga penting dalam proses recovery dan healing luka pembedahan atau di kawasan perineum yang samada koyak ke, gunting ke atau stretched during bersalin tu...

Dan protein juga penting untuk proses mengecutkan rahim...

Saya sangat recommend untuk amalkan supplemen protein seperti ESP untuk cukupkan keperluan protein bagi ibu-ibu berpantang ni. Sebab kadang-kadang dengan makanan berpantang yang agak kena controlled tu, susah nak dapat protein yang cukup.


KEBAIKAN ESP UNTUK IBU BERPANTANG

- Menjadi energy booster
- Percepatkan proses penyembuhan luka lepas bersalin
- Bantu dalam mendapatkan kulit yang lebih sihat
- Memberi rasa kenyang yang lebih lama
- Milkbooster
- Bantu dalam proses turunkan berat badan


Pesanan buat Suami


Pasangan pun kena selalu cakna dengan keperluan isteri. Bantu isteri untuk  jaga anak, kemas rumah semua tu. Bagilah masa buat isteri untuk berehat buat masa ini.

Jagalah emosi isteri ketika berpantang ni yang dah tentunya hormon sangat-sangatlah tak stabil...

Dan cakna dengan any red-flags yang isteri tunjukkan.

Jangan sampai isteri jatuh ke depression level waktu ini di mana ia adalah sangat likely to happen.

Suami tolong cakna...

Buat Ibu....

Jangan malu untuk minta bantuan.

Ibu tak perlu lakukan semuanya... 

Berehat serehat-rehatnya...

Anda dah bawa anak selama 9 bulan dalam rahim. Itu sangat menuntut tenaga daripada ibu. Now, it's time for you to have your break, ok....

Cuba berfikiran positif, jangan terlalu banyak fikir apa yang kita tak boleh kawal.

But kita kawallah apa yang kita boleh buat.

Yang diluar kawalan, kita buat apa yang terbaik sahaja, dan yang lain, kita doakan Allah berikan yang terbaik buat kita dan permudahkan segala urusan kita....

You Have Done A Very Good Job Mommies...


Saya doakan perjalanan Confinement Ibu-Ibu semua baik-baik semuanya ye.... 

💗 Sharing.is.Caring 💗

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole