Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Cara Membuat Air Nabeez

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Setiap kali nak berpuasa, kita mesti akan teringat nak buat air nabeez kan? Tapi tau tak apa itu air nabeez, dan kenapa kita digalakkan untuk minum air nabeez ni? Air Nabeez ni sebenarnya adalah sejenis minuman yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Sebab tu sesetengah orang panggil Air Nabeez ni adalah air sunnah. Jadi, sangat-sangatlah bagus untuk diamalkan, dapat pahala menghidupkan sunnah Rasulullah. Banyak kelebihan air Nabeez ni. Antaranya ia merupakan minuman yang mempunyai sifat alkali yang boleh membuang acidity dalam perut kita. Selain itu juga ia dapat bantu membaiki sistem penghadaman kita dan bagus untuk detoks kerana ia kaya dengan serat larut. Air Nabeez juga sangat-sangat memberi tenaga dan menjadikan kita lebih segar. Kelebihan Air Nabeez: - membekalkan sumber serat, potassium, magnesium dan mikronutrien lain - menggalakkan proses penghadaman yang lebih baik - melegakan masalah sembelit - menggalakkan proses detoks - membantu men

Cara & Petua Hilangkan Jeragat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masalah jeragat boleh terjadi pada semua orang tak kisahlah apa jenis kulit kita sekali pun. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan persekitaran, terlalu lama terdedah pada cahaya matahari dan juga proses penuaan.  Walaupun masalah jeragat ini bukanlah satu masalah yang membahayakan, tapi kalau kita tak ambil tindakan, ia boleh menyebabkan tona kulit kita akan nampak tak sekata dan akan boleh jadi kekal selama-lamanya. Habislah impian kita nak dapatkan kulit licin dan bersih. Kita pun akan jadi kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Oh no!  But alhamdulillah, dengan cara yang betul, kita boleh berusaha untuk memudarkan jeragat supaya ia tak nampak terlalu ketara pada wajah kita.  Sebelum saya cerita lebih jauh, mari saya share sedikit tentang apakah itu masalah jeragat dan kemudian saya akan sharekan sedikit petua untuk hilangkan jeragat. Apakah itu jeragat? Jeragat atau skin hyperpigmentation adalah satu istilah yang digunakan untuk meng

Amalan-amalan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sedar tak sedar kita dah masuk tahun ketiga melepasi pandemik COVID-19. Walaupun kini kita sudah agak bebas, dah boleh mula beraktiviti dan bersosial di luar, tapi kesan pandemik itu masih ada sehingga kini, at least pada diri saya sendiri dan keluarga. Semenjak pandemik haritu, banyak rutin kami sekeluarga sudah berubah. Saya masih ingat, dulu sebelum pandemik, setiap pagi hari Ahad kami akan ke Hutan Bandar, satu tempat rekreasi keluarga di tempat saya tinggal; kami akan sama-sama buat " slow jog " dan anak pula akan bermain di playground .  Tapi lepas pandemik melanda dunia, kita semua terpaksa berkurung di rumah. Semua rutin jadi berubah. Awal-awal tu, kami semangat juga. Kami buat juga larian sekeliling porch rumah untuk gantikan aktiviti larian kami. Tapi lama-kelamaan, semangat tu jadi semakin merudum. Daripada 5 kali seminggu, ke 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu. Lama-lama, kami dah tak buat dah larian sekeliling porch tu. Akibat