Skip to main content

Cara Membuat Air Nabeez

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

air nabeez

Setiap kali nak berpuasa, kita mesti akan teringat nak buat air nabeez kan?
Tapi tau tak apa itu air nabeez, dan kenapa kita digalakkan untuk minum air nabeez ni?

Air Nabeez ni sebenarnya adalah sejenis minuman yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Sebab tu sesetengah orang panggil Air Nabeez ni adalah air sunnah. Jadi, sangat-sangatlah bagus untuk diamalkan, dapat pahala menghidupkan sunnah Rasulullah.

air nabeez

Banyak kelebihan air Nabeez ni. Antaranya ia merupakan minuman yang mempunyai sifat alkali yang boleh membuang acidity dalam perut kita. Selain itu juga ia dapat bantu membaiki sistem penghadaman kita dan bagus untuk detoks kerana ia kaya dengan serat larut. Air Nabeez juga sangat-sangat memberi tenaga dan menjadikan kita lebih segar.

Kelebihan Air Nabeez:

- membekalkan sumber serat, potassium, magnesium dan mikronutrien lain
- menggalakkan proses penghadaman yang lebih baik
- melegakan masalah sembelit
- menggalakkan proses detoks
- membantu meningkatkan fungsi organ-organ dalam badan
- membantu menguatkan memori
- menggalakkan kesihatan jantung
- mempunyai ciri-ciri anti radang
- membekalkan zat besi
- menggalakkan kesihatan respiratori

air nabeez

Nak buat Air Nabeez ni pun senang sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

3-5 biji kurma (kurma Ajwa sangat digalakkan)
1 cawan air biasa

Cara penyediaannya:

Buang biji yang ada pada kurma. Kemudian rendamkan sahaja kurma tu dalam air masak. Kemudian tutupkan bekas dan biarkan semalaman. Tak perlu simpan dalam peti ais.

Esok paginya dah boleh minum. Insya Allah ia dapat memberi tenaga.

Kalau anda nak gantikan kurma tu dengan kismis pun boleh. Tapi elakkan campurkan kedua-duanya ye. Ini yang diajarkan pada saya lah.

Ini hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah menyediakan Air Nabeez:

Daripada Ibn 'Abbas, katanya:
Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam selalu dibuat nabeez untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.

(Sahih Muslim)

So, nak simpan Air Nabeez ni paling maksimum 3 hari sahaja ye. Selepas 3 hari, dikhuatiri ia dah jadi air tuak pula.

air nabeez

Bagaimana saya suka minum Air Nabeez

Instead of just minum air Nabeez tu begitu sahaja, saya suka untuk olahkan ia dengan menjadikannya sebagai minuman smoothie. Caranya, saya hanya masukkan sahaja Air Nabeez tadi dalam blender, saya masukkan sedikit ais, rolled oat dan ESP atau Cinch. Dan kemudian saya blendkan kesemuanya bersama dengan kurmanya sekali.

air nabeez

Seriously, sangat sedap dan sangat-sangat-sangat menjadikan saya lebih bertenaga dan tahan lapar. Itulah resepi sahur yang paling saya suka buat.

Walaupun bukan pada bulan puasa pun, saya suka juga buat sebagai sarapan.

Kurma itu sendiri sudah kaya dengan serat, ditambah lagi dengan protein dan nutrien lain yang terdapat dalam ESP atau Cinch, memang kita akan dapat nikmati satu meal yang sangat-sangat bernutrisi. Penting ye untuk kita dapat cukup protein. Selain ia boleh berikan kita tenaga, ia juga boleh membuatkan kita rasa kenyang yang lebih lama. So, resepi Smoothie Nabeez ni memang sangat sesuai la untuk diamalkan oleh anda yang nak cuba turunkan berat badan.

Ummi saya sendiri yang ada masalah GERD pun selalu buat resepi Nabeez Protein Shake ni. Katanya sangat membantu untuk bagi tahan perut daripada sering sakit akibat GERD tu...

Anda pun boleh cuba k.... Minumlah tak kira ketika bersahur ke, ataupun jika tak berpuasa, boleh amal juga ketika sarapan pagi. Jangan lupa baca bismillah sebelum minum tu k... Tak kisahlah minum air nabeez atau bukan, kenalah baca bismillah kan... heheheh...

Kalau anda nak dapatkan protein powder ESP atau Cinch, boleh je whatsApp saya k...

air nabeez

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole