Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Parenting

Cara Kurus Ketika Menyusu: Tips Selamat untuk Ibu dan Bayi

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Menurunkan berat badan lepas bersalin memang cabaran besar bagi sesetengah orang, terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. Walaupun ramai yang kata menyusukan baby boleh bantu membakar kalori, hakikatnya ibu-ibu mesti perasan rasa lapar tu macam tak pernah berhenti! Kadang-kadang rasa macam baru je makan, tapi dah lapar balik. Ditambah pula dengan berat badan yang naik banyak masa mengandung, nak kurus semula rasa macam mission impossible !  Dalam usaha nak kurus, perkara paling penting yang ibu menyusu kena ingat adalah kesihatan diri sendiri dan bayi. Proses menyusu memerlukan banyak tenaga, jadi tubuh ibu perlukan nutrisi yang cukup untuk pastikan susu badan berkualiti dan mencukupi. Kalau diet tak betul atau terlalu extreme , bukan saja badan jadi lemah, tapi penghasilan susu pun boleh terjejas. Sebab tu, apa-apa pun usaha kita lakukan untuk turunkan berat badan mesti seimbang; ibu sihat, bayi pun happy! Sebenarnya ada cara yang selamat ...

Hikmah Berdoa dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin." Pernah dengar, kan, ungkapan ni? Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin.  Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan... Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya. Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa: ‏ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ"‏ Maksudnya: Ya Allah, penuhi...

Tips Travel Dengan Anak Kecil Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bulan Ogos hampir tiba. Maksudnya cuti sekolah pun dah nak dekat. Bagi Leader-leader Shaklee pula, ramai yang dah start preparing untuk pergi travel ke US untuk International Conference Trip, fully sponsored by Shaklee. Best nya.... Doakan saya dapat juga pergi juga in future tau... Cuti sekolah nanti mesti ramai yang dah plan nak travel bercuti satu family, kan... Ye lah... Bila lagi nak dapat peluang bawa anak-anak travel jauh-jauh, healing-healing, selain masa cuti panjang ni. Tapi bila travel jauh-jauh dengan anak kecil ni, kadang-kadang jenuh juga, lagi-lagi kalau kita tak prepare betul-betul. Bila silap sikit, mulalah nak tantrum, nak mengamuk, nak menangis. Dari nak healing-healing, jadi bertambah stress pulak. Sebenarnya bila pergi travel dengan anak kecil ni, tak kisahlah kita pergi mana-mana pun, samada bercuti lama, atau just a day trip, kalau kita plan elok-elok, semua akan okay dan lancar je, insya Allah. Don't worry, k! Dalam entri...

Tips Anak Mudah Bangun Sahur

Assalamualaikum & Hai Semua! Nak ajar anak kecil untuk mula berpuasa adalah satu cabaran. Tapi cabaran yang lebih besar bagi pendapat saya adalah untuk kejutkan anak bangun awal untuk bersahur.   Sahur adalah sangat penting, lagi-lagi untuk anak-anak yang sedang membesar, kerana daripada situlah mereka akan dapat nutrien yang cukup supaya mereka dapat berpuasa dengan lebih baik.  Kita takut kalau anak-anak terlepas, mereka akan jadi keletihan , tak bertenaga dan susah nak fokus semasa belajar di sekolah mahupun di rumah. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu ayah cuba praktikkan nanti. Pastikan Anak Tidur Awal Ini bagi memudahkan anak-anak dapat bangun lebih awal. Ia juga untuk mengelakkan anak daripada tak cukup tidur, yang membuatkan anak jadi kurang fokus di sekolah nanti Bedtime Story Sebelum anak-anak tidur tu, boleh terlebih dahulu buat bedtime story, ceritakan tentang puasa, kelebihan orang berpuasa, dan pentingnya sahur . Boleh juga bercerita apa yang ...