Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
"Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin."
Pernah dengar, kan, ungkapan ni?
Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin.
Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan...
Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya.
Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa:
اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ"
Maksudnya: Ya Allah, penuhilah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam ini, maka tidak ada yang akan beribadah kepada-Mu di muka bumi ini. (HR Muslim 1763)
Dan Allah menjawab doa Rasulullah SAW ini dengan bantuan malaikat seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Anfal, ayat 9:
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَٱسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّى مُمِدُّكُم بِأَلْفٍۢ مِّنَ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ مُرْدِفِينَ
"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut."
Dan dengan kuasa Allah, dengan bantuan bala tentera dari langit yang diturunkan oleh Allah, kemenangan pada Perang Badar adalah milik orang mukmin.
Itulah kuasa sebuah doa. Ia boleh mengatasi logik akal, kerana kuasa Allah itu tiada hadnya.
Hikmah Sebuah Doa
Bila kita bercakap pasal doa, kita mungkin hanya fikir, ia adalah hanya untuk kita meminta pertolongan dan permohonan daripada Allah semata-mata. Tidak, malah ia jauh daripada itu.
Doa itu sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada iman dan ketauhidan kita kepada Allah.
Dengan doa, kita percaya betapa kerdil dan lemahnya kita di hadapan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Besar.
Dengan doa juga, kita meletakkan seluruh pergantungan dan pengharapan kita kepada Allah yang Maha Pemberi Rahmat dan Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.
Sebab itu jugalah bila kita nak berdoa, kita kena jaga adab-adabnya. Kita kena berdoa menghadap kiblat. Kemudian istighfar banyak-banyak dulu dan perbanyakkan memuji-muji Allah, serta sebut nama-nama kebesaranNya. Kemudian mintalah dengan bahasa yang lembut dan elok dengan penuh ikhlas dan khusyuk, seolah-olah kita betul-betul sedang menghadapNya.
Dan pada masa yang sama, kita kenalah berusaha menjadi muslim yang baik dan tingkatkan mutu ibadat dan perbanyakkan amal-amal soleh.
Suruhan Untuk Berdoa
Setiap apa yang berlaku dalam dunia ini, semuanya berlaku atas kehendak dan iradatNya. Dan semua yang berlaku dalam hidup kita juga adalah atas kehendak dan iradatNya.
Tiada yang dapat pegang sesuatu itu melainkan hanya Allah semata-mata. Kita tiada langsung kuasa untuk menentukan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan dalam hidup kita.
Walaupun begitu, Allah tidaklah meninggalkan kita terkontang-kanting begitu sahaja.
Allah telah meletakkan tata-cara untuk kita dapat membina masa hadapan yang lebih baik, menurut sunnatullah. Jika kita nak dapatkan sesuatu, kita kenalah berusaha dan bertawakkal. Dalam kita bertawakkal itulah, Allah menyuruh kita berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan natijah yang terbaik atas segala usaha kita.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Ghafir:60)
Doa Yang Bagus Untuk Wanita
Kadang-kadang ada masa saya juga tak lari daripada rasa helpless, risau, clueless dan stress dengan komitmen tugas saya sebagai seorang isteri dan ibu. Kadang-kadang saya rasa saya dah buat yang terbaik untuk keluarga saya. Saya cuba jaga kebajikan keluarga saya sebaik yang mungkin. Saya usaha sebaiknya untuk mendidik anak saya supaya anak-anak saya menjadi anak yang soleh dan solehah, dan mempunyai akhlaq yang baik.
Tapi at the same time, saya sedar bukan semua benda berada di bawah kawalan saya. Anak-anak dah semakin membesar. Tak kiralah sebaik mana pun didikan yang kami cuba berikan, saya tak dapat nak kawal pengaruh-pengaruh luar yang boleh merosakkan hati-hati kita semua, na'udzubillah min zaalik...
Jadi, apa yang saya ada sekarang, hanyalah doa.
Selepas muqaddimah yang panjang, akhirnya di sini saya sharekan beberapa doa yang bagus untuk wanita khususnya buat para isteri dan ibu untuk dijadikan amalan.
Doa Pertama: Doa Supaya Dikurniakan Pasangan dan Zuriat Yang Soleh & Solehah
Doa ni dah selalu kita baca, kan... Saya memang sangat suka doa ni. Ini adalah antara doa yang saya dah mula amalkan even sebelum saya berkahwin lagi. Doa ni sangat-sangat best dan bermakna buat saya. Doa ni bukan setakat untuk nak dapatkan pasangan dan anak yang soleh solehah sahaja, tetapi supaya mereka menjadi KETUA atau IMAM bagi orang-orang yang bertaqwa. Masya Allah... Hebat, kan doa ni...
Walaupun kat atas ni dia tulis maksudnya isteri-isteri, tapi don't worry, maksud "azwaajina" juga boleh bermaksud para suami juga. So, para isteri boleh juga nak amalkan doa ni ye...
Doa Kedua: Doa Supaya Ahli Keluarga Rajin Solat
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim buat anak-anaknya, yang diambil dari Surah Ibrahim ayat 40.
Tahun ni anak saya baru masuk 7 tahun. Jadi bermakna memang dah jadi kewajipan untuk saya sebagai seorang ibu, untuk mula ajarkan anak saya untuk konsisten solat fardhu. Tapi, faham je lah budak kecik, ada masa tu liat jugak kalau disuruh solat tu, lagi-lagi kalau tengah ralit bermain atau menonton TV.
So, doa ni baguslah untuk diamalkan, dengan penuh pengharapan supaya anak-anak dan terutamanya diri kita sendiri juga dapat menjadi seorang yang sentiasa mendirikan solat dan menjaga solatnya. Bila solat terjaga, hati dan iman kita juga akan terjaga, insya Allah.
Doa Ketiga: Doa Supaya Diberi Ketenangan
Bila dah jadi emak ni, akan ada masa kita up, akan ada masa kita down. Ada masa tu stress betul dengan tugasan rumah yang tak tak pernah siap. Ada masa stress dengan karenah anak-anak.
Saya memang sentiasa amalkan doa ini setiap kali lepas solat dan akan ulang-ulang baca doa ni setiap kali saya rasa down dan demotivated.
Doa ni bukan sahaja bagus untuk emak-emak je, tapi semua orang juga bagus untuk amalkan.
Sebenarnya kalau nak ikutkan, banyak lagi doa-doa yang best yang banyak saya amalkan yang saya nak share dengan anda semua. Tapi cukuplah setakat ini dulu untuk kali ini. Biarlah sedikit, tapi kita amalkan secara konsisten.
Saya juga pernah kongsikan tentang amalan-amalan untuk perluaskan rezeki. Boleh baca di sini ye.
Saya harap dengan yang sedikit ini dapatlah ia memberi manfaat untuk anda semua dan dapat menjadi amalan kita bersama. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini juga akan dapat menjadi satu amal jariah dan saham akhirat buat saya juga insya Allah.
Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat, bolehlah share-share dengan kenalan-kenalan anda juga ye...
Semoga hidup kita semua di bawah lembayung rahmatNya sentiasa... Aameen....
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment