Skip to main content

Posts

Showing posts with the label motivasi

Hikmah Berdoa dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin." Pernah dengar, kan, ungkapan ni? Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin.  Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan... Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya. Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa: ‏ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ"‏ Maksudnya: Ya Allah, penuhi...

Kata-Kata Motivasi: Binalah Kebahagiaan Diri

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Awal tahun ini saya ada dapat satu hadiah daripada seorang rakan baik saya. Buku ini bertajuk "Penat" hasil penulisan Dr. Alizi Alias, seorang Ahli Psikologi Organisasi. Asalnya haritu saya ternampak kawan saya ni post tentang buku ini di media sosial. Dan untuk saya yang memang hari-hari terasa "penat" dengan tugas harian sebagai seorang ibu, isteri dan juga nak handle bisnes online juga, saya memang terus rasa interested dengan buku ni. Dan saya ni memang pencinta buku, memang laju je lah saya tanya dia mana boleh dapatkan buku ni. Lagi-lagi buku yang ada banyak kata-kata motivasi , bertambah-tambah suka saya. Tup-tup tak lama lepas tu, saya dapat bungkusan poslaju daripada kawan saya ni, berisi dua buah buku. Dan buku "Penat" ini adalah salah satu daripadanya. Ya Allah... Terima kasih, Allah kerana kurniakan seorang sahabat yang sangat baik ni. Terima kasih, sahabat, sebab hadiahkan buku ni. Aku doakan kau cepat-ce...

Azam Baru! Capai Impian Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah, tahun 2023 ni dah masuk tahun ke-11 saya dah bersama bisnes Shaklee. Dan ia bukanlah 11 tahun yang mudah. Bisnes Shaklee sama seperti bisnes yang lain-lainnya juga. Sudah tentu ada naik dan turunnya. Ada masa up, ada masa down. Begitu juga dengan semangat saya. Ada masa saya up, ada masa saya down. Pada awal-awal saya mula dengan bisnes Shaklee, Facebook memang jadi platform utama saya untuk share tentang produk Shaklee. Saya suka buat poster, walaupun poster saya sangatlah tak cantik... Hahahahah... Tapi saya buat, buat dan buat... Cantik tak cantik itu belakang kira. Dan saya banyak juga share-share kebaikan Shaklee ni dengan rakan-rakan sama tempat kerja saya dan juga ahli family yang lain. Alhamdulillah, hasil kerja keras saya tu memang membuahkan hasil. Dalam sebulan tak pernah saya tak dapat bonus daripada Shaklee. Untung retail dapat, bonus pun dapat.  Betullah seperti yang selalu dicanangkan, siapa buat, memang dia akan d...