Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Ramai ibu yang tengah berusaha untuk mencari cara nak dapatkan "me-time" dan mengamalkan self-care dalam kesibukan menguruskan keluarga. Yes, sebenarnya kita para ibu tak perlu pun ada rasa bersalah jika kita mahu mengambil sedikit masa untuk diri sendiri.
Pernah tak ada satu hari tu, dari celik mata sampai nak tidur semula, kita asyik uruskan orang lain?
Kejut anak bangun pergi sekolah, sediakan sarapan, kemas rumah, pergi kerja, uruskan hal keluarga, siapkan makan malam. Belum campur lagi dengan WhatsApp sekolah, baju yang perlu dibasuh dan dilipat dan entah berapa banyak lagi perkara yang bermain dalam kepala seorang ibu.
Kadang-kadang sampai dah nak masuk waktu tidur pun, kita baru tersedar yang satu-satunya orang yang tak sempat kita jaga ialah diri kita sendiri.
Ramai ibu rasa bersalah bila nak ambil masa untuk berehat. Rasa macam ada lagi kerja yang belum siap. Rasa macam tak produktif pulak kalau kita curi masa sedikit untuk berehat. Rasa macam selfish pula kalau duduk minum kopi 10 minit seorang diri.
Tapi sebenarnya, why is it okay for mothers to take a break?
Kenapa Ibu Perlu Ambil Masa Untuk Diri Sendiri?
Sebab ibu juga manusia.
Ibu bukan robot yang boleh berfungsi 24 jam tanpa henti. Ibu juga ada badan yang boleh berasa penat, emosi yang boleh menjadi letih dan minda yang memerlukan rehat.
Bayangkan sahaja handphone kita yang digunakan sepanjang hari tanpa dicas. Lambat laun baterinya akan habis juga, betul tak?
Begitulah kita.
Kalau asyik memberi tanpa mengisi semula tenaga, akhirnya kita sendiri akan keletihan. Lama-lama boleh collapse juga.
Mengambil masa sedikit untuk diri sendiri bukan bermaksud kita mengabaikan keluarga. Sebaliknya, ia membantu kita menjadi versi diri yang lebih baik untuk mereka.
Self-Care Untuk Ibu Tidak Semestinya Rumit
Me-time tak semestinya perlu plan yang bombastic pun. Malah, saya pernah kongsikan sebelum ini bagaimana cuti yang singkat bersama kawan-kawan juga boleh menjadi salah satu bentuk me-time untuk melepaskan stress dan recharge.
Ada masanya kita juga boleh mendapatkan me-time kita dengan cara yang simple sahaja. Contohnya:
- Minum kopi panas tanpa perlu kita panaskan semula sampai 2-3 kali.
- Duduk diam selama 15 minit tanpa gangguan.
- Membaca beberapa muka surat buku yang dah lama tersimpan.
- Berjalan-jalan seorang diri di supermarket.
- Mendengar podcast atau lagu kegemaran ketika briskwalk.
- Dan lain-lain...
Perkara kecil seperti ini mungkin nampak remeh dan kecil, tetapi ia boleh membantu kita recharge semula tenaga dan emosi.
Cara Menjaga Diri Sebagai Seorang Ibu Yang Sibuk
Selain meluangkan masa untuk diri sendiri, menjaga kesihatan diri juga sangat penting. Pemakanan yang seimbang dan nutrisi yang mencukupi membantu tubuh badan kita kekal bertenaga untuk menjalani rutin harian yang sibuk.
Saya pernah kongsikan juga tentang kepentingan omega-3 sebagai lemak sihat untuk tubuh badan.
Badan yang sihat biasanya lebih mudah menghadapi rutin harian yang semestinya padat. Sebab itu saya sendiri juga cuba untuk menjaga pemakanan, minum air secukupnya, mendapatkan rehat yang berkualiti dan melengkapkan keperluan nutrisi harian sebagai salah satu ikhtiar untuk kekal bertenaga. Jika anda sering berasa penat walaupun tidak melakukan kerja yang berat, anda boleh membaca perkongsian saya tentang punca badan lesu dan tak bermaya yang sering dialami oleh ramai wanita.
Bagi saya, tidak perlu rasa bersalah untuk berfikir tentang self-care.
Ia adalah satu keperluan.
Kerana untuk terus menjaga keluarga yang kita sayang, ibu juga perlu dijaga.
Macam mana pula dengan anda?
Jadi hari ini, cuba luangkan sedikit masa untuk diri sendiri.
Walaupun cuma 10 minit.
You deserve it, Mama. ❤️
Apa bentuk me-time atau self-care yang paling membantu anda apabila rasa penat dan serabut?
Jom kongsikan di ruangan komen 😊
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments
Post a Comment