Skip to main content

Badan Lesu dan Tak Bermaya?

Assalamualaikum & Hai Semua!

Waaaahhh... Penat sungguh.. !! Dengan kerja lagi, dengan melayan karenah anak lagi, nak masak untuk keluarga lagi... Bukan nak merungut, tapi, hakikatnya kerja yang bertimbun, berkejar sana-sini, memang boleh me'makan' tenaga kita...

Kenapa ye badan kita mudah letih?

Memang betul, tekanan kerja-kerja yang bertimbun tu boleh menyumbang kepada kelesuan badan kita. Tapi, sebenarnya ada lagi benda lain yang juga banyak menyumbang kepada keletihan.

Cuba kita lihat tabiat pemakanan kita. Adakah kita mengambil makanan yang sihat? Atau adakah jadual pemakanan kita benar-benar teratur?

Pertama, jangan skip makan walaupun terlalu sibuk. Terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi sangat-sangat penting. Ada satu kajian pernah menunjukkan dengan mengambil sarapan pagi walau hanya dengan sesudu cereal dapat merendahkan tahap hormon stress. Jika terlalu sibuk sekali pun, ambil sekeping roti saja itu lebih baik daripada terus tidak mengambil makanan. Malah, kita disyorkan untuk mengambil makanan yang bersaiz kecil (tetapi nutrisi lengkap) secara berkala, berbanding mengambil makanan dalam saiz yang besar tapi dengan jarak masa yang sangat besar. Ini juga applied untuk mereka yang berniat untuk mengurangkan berat badan. 

Kemudian, tengok juga pada apa yang kita makan tu. Adakah sudah cukup nutrisi

Kita perlu memastikan pemakanan yang kita ambil adalah seimbang. Perlu ada karbohidrat, protein, serat dan asid lemak yang sihat

Karbohidrat adalah penting untuk menjana tenaga
Protein pula penting untuk mengekalkan tenaga tu. 
Serat adalah penting kerana ia boleh memberi kesan pada karbohidrat yang kita ambil supaya dilepaskan secara perlahan dan stabil, dan secara tak langsung dapam mengekalkan tahap tenaga yang dijanakan dalam badan kita. 
Asid lemak yang penting adalah seperti Omega-3 yang terdapat dalam ikan seperti salmon dan tuna. Selain dapat memberikan kesihatan pada sel otak, Omega-3 juga dapat merangsang badan kita supaya dapat menyimpan karbohidrat lebihan dalam bentuk glycogen, dan bukanlah lemak. Apa pula glycogen ni? Glycogen adalah satu bentuk penyimpanan glukos dan juga bertindak sebagai sumber tenaga utama bagi tubuh badan kita.

Okay, itu pasal makanan. Macam mana pula dengan pengambilan air kita? Berapa liter air kita minum sehari? Kenapa air itu penting?

Seperti kita memang sudah sedia maklum, badan kita terdapat circulation atau peredaran darah dan bendalir-bendalir yang lain, yang majoriti kandungannya adalah air. Bayangkan jika badan kita kekurangan air ataupun dehidrasi, darah kita akan menjadi semakin pekat. Apa jadi kalau darah jadi semakin pekat? Jawapannya adalah jantung kita akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh sel dan organ badan kita. Satu organ badan sudah letih, maka seluruh badan kita juga boleh jadi lesu. (Hebat sungguh ukhuwwah antara organ-organ badan kita ni.) Salah satu nak tengok samada pengambilan air kita mencukupi atau tidak, cuba lihat warna air kencing. Kalau ia berwarna pekat, maksudnya kurang air lah tu...

Jadi, pokoknya (bak kata orang Indonesia) jika kita masih lagi mengalami masalah kelesuan, perhatikanlah kembali pemakanan dan lifestyle kita. Adakah kita mengamalkannya dengan cara yang sihat atau tidak. 

Selain daripada itu, kita pun boleh membantu diri kita dengan mengambil supplemen kesihatan, macam Set Optimum Health Shaklee yang insya Allah boleh bantu diri kita untuk top-up kembali nutrisi-nutrisi yang hilang dari badan kita.

Set Optimum Health terdiri daripada:

Vita-Lea
- mengimbangi nutrien
- melindungi tubuh dari jangkitan virus yang mengakibatkan kelesuan
- membina mood yang baik dan mengekalkan tahap tenaga
- mengawal kesan psikologi akibat PMS yang mengakibatkan kelesuan

B-Complex
- fungsi replikasi sel darah merah
- meningkatkan metabolisme, tenaga dan kesihatan otak

Vitamin C
- mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh
- melindungi tubuh dari jangkitan virus yang mengakibatkan kelesuan


Sangat disyorkan juga disokong dengan:


ESP

- Mengatasi kekurangan protein dalam tubuh badan yang boleh mengakibatkan kelesuan
- membekalkan tenaga berpanjangan dan menjadi lebih cergas


Performance Drink

- Mengelakkan badan dari kehilangan air


OmegaGuard

- Membekalkan sumber omega-3 yang terbaik.
- Melancarkan peredaran darah

Semoga kita menghadapi hari-hari kita dengan ceria dan cergas... !!!

Testimonial daripada seorang pengguna Set Optimum Health

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole