Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Energy Booster

SPM Bukan Pengakhiran: Nasihat Buat Anak-Anak Kita

Assalamualaikum wbt Hai Semua! Alhamdulillah, debaran menunggu keputusan SPM akhirnya dah pun berakhir. Dah tentunya ada yang tersenyum lebar, dan ada juga yang mungkin rasa berat hati nak tengok slip keputusan SPM tersebut. Tapi, apa-apa pun result anak-anak kita, satu benda penting yang kita kena ingat adalah: "SPM bukanlah satu pengakhiran hidup". Sebagai mak ayah, apa-apa pun kita yang kena jadi kuat dan tenang dulu. Biar apa-apa pun result yang mereka dapat, percayalah, setiap anak ada rezeki dan jalannya sendiri. Kadang-kadang jalan itu bukanlah jalan yang kita bayangkan atau inginkan, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk mereka yang Allah telah lorongkan. Usaha Itu Tetap Satu Kejayaan Apa-apa pun, Acik nak ucapkan jutaan tahniah untuk anak-anak semua. Bukan sebab gred semata-mata, tapi kerana usaha anak-anak yang berpenat-lelah setelah bertahun-tahun belajar, ulangkaji dan berjuang dalam exam. Tak semua orang ada kekuatan untuk bertahan sampai habis. Jadi usaha an...

4 Cara Meningkatkan Tenaga Untuk Lelaki

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sharing saya dalam post kali ini adalah dapatan saya daripada kelas yang dianjurkan oleh Nutritionist Shaklee, pada beberapa bulan lepas. Selama ni, saya selalu share tentang supplemen tentang wanita je, kan; seolah-olah hanya wanita je yang patut amalkan supplemen. Tidak! Sebenarnya semua orang, tak kira lelaki atau wanita, yang muda dan yang tua, semuanya boleh mengamalkan supplemen, mengikut keperluan masing-masing. Lelaki Mementingkan Ketahanan Tenaga & Stamina Cuba kita perhati, selalu tak kita dengar atau nampak atau alami sendiri, bila anda atau suami balik kerja, terus duduk melepek je tak bangun-bangun. Bangun bila nak gi toilet, nak pergi makan, nak pergi solat, pastu nak pergi tidur. Biasa tak nampak senario ni? Kalau kita sebagai isteri tengok suami macam ni, rasa nak marah jugak, kan.. Balik kerja terus nak rehat, bukan nak menolong. Hakikatnya, dengan dunia sekarang, kehidupan lelaki ni pun amat memenatkan , dan amat stressful. Ker...

Badan Lesu dan Tak Bermaya?

Assalamualaikum & Hai Semua! Waaaahhh... Penat sungguh.. !! Dengan kerja lagi, dengan melayan karenah anak lagi, nak masak untuk keluarga lagi... Bukan nak merungut, tapi, hakikatnya kerja yang bertimbun, berkejar sana-sini, memang boleh me'makan' tenaga kita... Kenapa ye badan kita mudah letih? Memang betul, tekanan kerja-kerja yang bertimbun tu boleh menyumbang kepada kelesuan badan kita. Tapi, sebenarnya ada lagi benda lain yang juga banyak menyumbang kepada keletihan. Cuba kita lihat tabiat pemakanan kita. Adakah kita mengambil makanan yang sihat ? Atau adakah jadual pemakanan kita benar-benar teratur? Pertama, jangan skip makan walaupun terlalu sibuk. Terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi sangat-sangat penting. Ada satu kajian pernah menunjukkan dengan mengambil sarapan pagi walau hanya dengan sesudu cereal dapat merendahkan tahap hormon stress. Jika terlalu sibuk sekali pun, ambil sekeping roti saja itu lebih baik daripada terus tidak mengambil makanan. Mala...