Skip to main content

4 Cara Meningkatkan Tenaga Untuk Lelaki

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

set tenaga lelaki shaklee

Sharing saya dalam post kali ini adalah dapatan saya daripada kelas yang dianjurkan oleh Nutritionist Shaklee, pada beberapa bulan lepas. Selama ni, saya selalu share tentang supplemen tentang wanita je, kan; seolah-olah hanya wanita je yang patut amalkan supplemen. Tidak! Sebenarnya semua orang, tak kira lelaki atau wanita, yang muda dan yang tua, semuanya boleh mengamalkan supplemen, mengikut keperluan masing-masing.

Lelaki Mementingkan Ketahanan Tenaga & Stamina

Cuba kita perhati, selalu tak kita dengar atau nampak atau alami sendiri, bila anda atau suami balik kerja, terus duduk melepek je tak bangun-bangun. Bangun bila nak gi toilet, nak pergi makan, nak pergi solat, pastu nak pergi tidur. Biasa tak nampak senario ni?

set tenaga lelaki shaklee

Kalau kita sebagai isteri tengok suami macam ni, rasa nak marah jugak, kan.. Balik kerja terus nak rehat, bukan nak menolong.

Hakikatnya, dengan dunia sekarang, kehidupan lelaki ni pun amat memenatkan, dan amat stressful. Kerja-kerja kat office yang banyak menimbun, ada yang kena pergi site visit lagi... Balik rumah, kena attend anak bini pulak. Faham je... Sebenarnya suami kita ni bukanlah kejam sangat, tak nak menolong isteri di rumah. Tapi adakala, memang bateri diorang dah kosong. Dah takde tenaga.

Sebab tu, dalam post saya kali ni, saya nak cuba menolong anda selesaikan masalah ni. Saya nak sharekan BEBERAPA TIPS yang boleh bantu MENGURANGKAN MASALAH KELETIHAN melampau pada abang-abang dan suami-suami ni...Dan pada jangka masa panjang, memang akan boleh meningkatkan stamina secara berterusan, insya Allah.

set tenaga lelaki shaklee

1) Selalu Bersenam
- Selalu orang cakap bersenam ni untuk turun berat badan je kan... Tapi sebenarnya senaman juga dapat bantu mengurangkan stress serta meningkatkan tenaga. 
- Senaman juga penting untuk meningkatkan kesihatan jantung untuk lelaki.
- Boleh aim untuk bersenam at least 30 min satu sesi 3-5 hari seminggu. Kalau dah ok, boleh lanjutkan 45min ke 1 jam.
- Pelbagaikan juga jenis senaman, ini termasuklah brisk walk, swimming, senaman beban dan lain-lain.
- Senaman yang berkualiti juga dapat bantu membaiki postur dan koordinasi badan.

2) Amalkan Diet yang Seimbang
- Jangan terlepas pandang akan kepentingan asas nutrisi untuk kesihatan kita.
- Diet yang betul-betul seimbang dan nutrisi yang betul-betul mencukupi untuk lelaki atas sebab keperluan fizikal mereka yang lebih aktif dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
- Pastikan kita ambil cukup vitamin, mineral, makronutrien dan nutrien-nutrien lain daripada makanan kita.
- Pelbagaikan jenis makanan, ambil buah dan sayuran pelbagai warna
- Amalkan protein yang kurang lemak, seperti ayam bahagian dada. Boleh juga amalkan protein lain seperti ikan dan kacang soya.
- Ambil karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh untuk bantu memberi tenaga kepada otak dan otot kita. Ia juga boleh memberikan kita ketahanan dalam bekerja aktif dengan tempoh lebih lama.
- Elakkan ambil makanan terproses, lemak trans dan yang tinggi gula. Sekali-sekala tak apa :)
- Pastikan juga badan kita cukup hidrasi untuk memastikan badan kita kekal cergas, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau kita jenis aktif, boleh ambil lebih daripada itu.
- Pastikan kalori seharian cukup, walaupun kita sedang dalam usaha turunkan berat badan. Ini kerana kalori penting sebagai bahan bakar dalam penghasilan tenaga untuk badan kita. Jangan ambil kurang daripada 1000-1200 kcal sehari, bergantung kepada target berat badan yang ingin dicapai. (Boleh refer Calorie Calculator di sini)
- Amalkan protein yang cukup, terutamanya untuk mereka yang aktif. Kita disarankan untuk ambil 1.2-2g protein per kg berat badan kita. Untuk yang bersenam, protein adalah sangat penting untuk membina dan membaiki otot. 
- Jangan lupakan pengambilan lemak! Tapi pastikan lemak yang sihat iaitu lemak tak tepu (unsaturated fat). Lemak juga adalah penting untuk memberi tenaga dan dalam penyerapan nutrien dalam badan kita.

3) Ambil supplemen yang bagus dan berkualiti
- Pengambilan supplemen vitamin dan mineral boleh bantu mengisi kelompongan nutrisi jika kita tak amal diet yang seimbang.
- Pengambilan supplemen yang betul juga dapat bantu kita terus cergas dan produktif dalam menjalani rutin harian.
- Cari supplemen yang secara spesifik dapat menyelesaikan masalah dan keperluan masing-masing. 
- Selain itu, jangan lupa juga untuk buat check-up kesihatan secara berkala, untuk bantu mengesan apa-apa masalah kesihatan sebelum menjadi lebih serius.
- Contoh supplemen yang bagus untuk diamalkan oleh lelaki untuk kekal bertanaga adalah seperti:
  • Vitamin E: Boostkan sel darah merah yang penting untuk penghasilan tenaga
  • Protein: Menambah jisim otot
  • Polifenol: Memberikan stamina yang lebih tinggi untuk prestasi kerja yang lebih baik
  • Omega-3: Menyokong kesihatan jantung dan juga meningkatkan mobiliti
  • CoQ10: Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
4) Dapatkan Tidur Yang Cukup
- Kebanyakan lelaki tak dapat tidur yang cukup disebabkan jadual kerja yang padat, di tempat kerja dan juga di rumah.
- Walau bagaimanapun, kita kena juga untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti untuk kesihatan diri kita.
- Cuba aim untuk dapatkan tidur 7-8 jam setiap malam.
- Salah satu tips untuk dapatkan tidur yang berkualiti adalah dengan tidak ambil kaffein dan tiada screen time 1-2 jam sebelum waktu tidur.
- Kalau possible, buat qailulah atau power nap atau just rehat sebentar pada waktu tengahari atau semasa waktu break di tempat kerja.


Ok, itu sahaja sharing saya untuk post kali ni. Ingat ye... Kesihatan dan kesejahteraan diri kita, tak kisah lelaki atau wanita, adalah keutamaan kita. Jika kita tak dapat jaga diri kita, macam mana kita nak jaga pasangan dan anak-anak kita, betul tak? Jadi jom kita lebih proaktif untuk jaga diri kita demi kebaikan diri kita dan keluarga.

Boleh amalkan tips-tips di atas ni, dan jadikan rutin harian kita, supaya kita akan dapat jadi lebih sihat dan bertenaga sampai kita tua.

set tenaga lelaki shaklee

Kalau cik abang-cik abang nak cuba amalkan supplemen untuk berikan tenaga, di atas ni adalah set supplemen yang anda perlukan. 

Anda berminat?
Boleh whatsApp saya ye!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole