Skip to main content

CoQ-Trol Plus untuk Tingkatkan Tenaga dan Kesihatan Jantung

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

CoQ-Trol Plus

Harini saya nak share sikit pasal satu produk Shaklee ni, namanya CoQ-Trol Plus.

CoQ-Trol Plus ni macam underdog la antara banyak produk-produk Shaklee ni. Jarang disebut, tapi manfaatnya masya Allah, hebat sungguh.

Apa sebenarnya supplemen CoQ-Trol Plus ni?

CoQ-Trol Plus

Senang cerita, CoQ-Trol Plus ni adalah supplemen untuk nutrien Coenzyme Q10 atau nama pendeknya CoQ10.
CoQ10 ni adalah antara nutrien yang powerful tau. Wajib kena baca info-info yang saya nak share di bawah ni, baru boleh appreciate betapa hebat dan pentingnya untuk kita cukupkan nutrien ni dalam badan kita.

First of all...

Apakah itu CoQ10?

CoQ10 adalah adalah satu enzim larut lemak yang diibaratkan seperti "spark plug" bagi menjana penghasilan tenaga dalam setiap sel badan kita. CoQ10 boleh dihasilkan oleh sel badan kita sendiri tapi cuma dalam jumlah yang kecil. CoQ10 banyak boleh dijumpai dalam organ-organ badan kita, terutamanya di organ jantung, buah pinggang dan hati. 

Selain itu, CoQ10 juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan sel-sel badan kita. Ini kerana CoQ10 juga adalah sejenis antioksidan yang berfungsi dalam melindungi sel-sel badan kita daripada radikal bebas, iaitu sejenis molekul oksigen yang tidak stabil yang boleh memberi kerosakan yang sangat teruk pada sel-sel badan kita jika terus dibiarkan. 

Fungsi Utama CoQ10?

CoQ-Trol Plus

CoQ10 ada terdapat dalam hampir keseluruhan sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah satu komponen terpenting dan kofaktor utama dalam proses penghasilan tenaga dalam mitokondria. Ia bertindak sebagai pengangkut elektron untuk penghasilan adenosine triphosphate (ATP) di dalam mitokondria, sejenis molekul yang berfungsi untuk menyimpan dan membawa tenaga dalam sel.

Mitokondria pula adalah satu organel khusus yang terdapat pada sel yang menjana ATP melalui proses respirasi sel. Sebab itu, mitokondria selalu dipanggil "cell powerhouse" atau kilang tenaga untuk sel. Dalam proses ini, ATP dihasilkan dengan menggunakan tindak balas kimia antara glukos, asid lemak dan nutrien lain bersama oksigen. Selain terhasilnya tenaga ATP, proses ini juga akan mengeluarkan karbon dioksida sebagai keluaran buangannya. Inilah sebenarnya yang terjadi dalam kitaran oksigen-karbon dioksida yang kita selalu duk hirup dan hembus setiap hari tu. Selain itu, proses ini juga akan mengeluarkan radikal-radikal bebas.

Selain berfungsi dalam penghasilan tenaga, CoQ10 juga banyak terdapat pada bahagian membran fosfolipid pada mitokondria, dia mana ia akan bertindak dalam menstabilkan membran sel dan menghapuskan radikal-radikal bebas yang terhasil ini. 

Terdapat beribu-ribu mitokondria yang wujud dalam satu sel, dan jumlah ini adalah berbeza, bergantung kepada peranan dan keperluan tenaga pada sistem sel tersebut. Dan ini juga bermakna paras CoQ10 juga akan berbeza di setiap bahagian tubuh badan kita. Sebagai contoh, paras CoQ10 tertinggi boleh didapati dalam sel yang mempunyai keperluan tenaga yang lebih banyak dan tinggi kadar metabolismenya, seperti dalam sel-sel otak, jantung, hati dan buah pinggang berbanding sel-sel lain dalam badan kita.

Tanpa wujudnya CoQ10, mitokondria tak dapat menghasilkan ATP yang cukup. Dan seterusnya sel dan tisu-tisu badan pun akan terjejas dan tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Dan akhirnya ia juga akan menjejaskan kesihatan organ-organ badan kita. Badan akan jadi letih dan lesu, otak juga boleh jadi hilang fokus... 

Ibarat macam kereta lah... Kalau tak cukup bahan bakarnya, kereta nak jalan pun semput...

CoQ-Trol Plus

CoQ10 dan Jantung

Walaupun kita boleh jumpa banyak CoQ10 dalam organ-organ badan manusia, tapi ada satu organ yang mempunyai ketepuan CoQ10 yang paling tinggi iaitu di organ JANTUNG, dimana kepekatan CoQ10 nya menjangkau sehingga 10 kali ganda daripada organ lain. Selain itu, sel sistem jantung juga adalah yang paling sensitif jika berlaku penurunan paras CoQ10 kerana ia adalah organ yang paling kuat dan tak pernah berhenti bekerja.

Antara masalah jantung yang boleh timbul akibat kekurangan CoQ10 adalah seperti:
- Kegagalan fungsi jantung (Congestive Heart Failure)
- Tekanan darah tinggi
- Sakit dada

Penurunan Paras CoQ10 Dalam Badan

Ada certain keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan paras CoQ10 dalam badan kita berubah dan menurun. Sebagai contoh, pengambilan ubat Statin (untuk turunkan kolesterol) boleh menyebabkan paras CoQ10 dalam badan kita menurun dengan sangat banyak. Selain itu, paras CoQ10 juga boleh menurun bila umur kita semakin meningkat, terutamanya apabila umur kita sudah mencecah 20-an. By umur kita dah capai 40-an, paras CoQ10 dalam badan kita dah jadi sangat rendah.

CoQ-Trol Plus

Secara umumnya, faktor-faktor yang boleh mengurangkan jumlah CoQ10 dalam badan kita adalah seperti:

- Penggunaan ubat Statin (ubat turun kolesterol)
- Umur yang meningkat
- Aktif bersukan
- Diet yang tidak sihat
- Merokok atau terdedah kepada asap rokok
- Terdedah kepada toksin pencemaran
- Stress

Sebab itu, dalam keadaan-keadaan seperti ini, kita kena ada ikhtiar lebih untuk pastikan badan kita sentiasa mempunyai paras CoQ10 yang mencukupi supaya sistem-sistem sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Bagaimana untuk Memastikan Badan Kita Mempunyai Cukup CoQ10?

Kebanyakan rantaian enzim CoQ10 adalah terbina daripada beberapa jenis enzim yang terdapat dalam blok-blok nutrisi daripada pemakanan kita. Oleh itu, untuk memastikan badan kita dapat menghasilkan CoQ10 yang cukup dalam badan, kita perlulah mengamalkan diet yang ideal dan seimbang.

Secara spesifiknya, kita perlulah mengambil makanan yang kaya dengan CoQ10 dalam diet seharian kita. Antara sumber makanan yang kaya dengan CoQ10 adalah yang bersumberkan organ dalaman, macam hati, paru atau jantung; dan juga daging merah dan ayam. Selain tu, CoQ10 juga boleh didapati pada ikan berlemak, seperti salmon dan sardin; bijirin, kacang soya dan juga dalam beberapa jenis sayur-sayuran.

Untuk top up sebarang kekurangan daripada makanan, pengambilan supplemen CoQ10 adalah amat digalakkan. Memandangkan CoQ10 adalah sejenis nutrien yang besar dan larut lemak, penyerapannya adalah lebih perlahan dan terhad. Untuk mendapatkan penyerapan yang lebih baik dan berkesan, kita disyorkan untuk mengambil supplemen CoQ10 bersama makanan. Supplemen berbentuk kapsul soft gel juga adalah lebih bagus dan telah terbukti dapat diserap dengan lebih berkesan berbanding bentuk CoQ10 yang lain.

So, kita kenalah cari supplemen CoQ10 yang betul-betul berkualiti tinggi yang mempunyai ciri-ciri teknologi penyerapan yang dah dipertingkatkan seperti CoQ Trol Plus Shaklee untuk memastikan kita dapat memaksimakan penyerapan nutrien yang kita ambil.

Berapa Banyak CoQ10 Yang Kita Perlukan?

Dos CoQ10 yang biasa kita boleh ambil adalah lebih kurang 100 mg sehari. Tapi apa-apa pun keperluan CoQ10 ini adalah berbeza mengikut keperluan kesihatan kita sendiri.

Dalam jadual di bawah ini kita boleh tengok berapa banyak CoQ10 yang kita boleh dapat dalam 1kg makanan yang berbeza.

CoQ-Trol Plus

Untuk dapat 100mg CoQ10, kita kena makan:
3kg daging merah
3 cup minyak kacang soya
150 cup brokoli
4kg kacang tanah

Uuuiii.... Larat ke nak makan banyak tu sehari....

CoQ-Trol Plus Supplemen CoQ10 Terbaik

Alhamdulillah, Shaklee ada supplemen CoQ-Trol Plus untuk bantu kita dapatkan bekalan CoQ10 yang badan kita perlukan.

Keistimewaan CoQ Trol Plus
- Satu kapsul soft gel membekalkan 100mg CoQ10
- Diperkaya juga dengan Resveratrol dan Tocopherols (Vitamin E) yang menjadikan CoQ-Trol Plus ni satu produk antioksidan yang sangat powerful
- Dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan yang optima
- Formulasi berpaten untuk meningkatkan penyerapan CoQ10 

CoQ-Trol Plus boleh berikan banyak manfaat untuk kesihatan badan kita. Antaranya adalah:

1) Melindungi membran sel daripada kerosakan akibat penghasilan radikal bebas
2) Menjadikan badan kita lebih bertenaga
3) Melindungi kolesterol LDL daripada teroksida dan bergumpal dalam salur darah dan seterusnya bantu kita mengurangkan masalah-masalah kesihatan akibat kolesterol yang tidak sihat.
4) Meningkatkan kesihatan jantung & kardiovaskular
5) Meningkatkan sistem imun yang memerlukan tenaga sel yang tinggi
6) Mengurangkan sakit-sakit otot akibat penggunaan statin
7) Mengurangkan sakit migraine akibat keradangan pada neuron dan sel di bahagian otak
8) Melindungi kita daripada penyakit yang berkaitan dengan peningkatan umur atau penuaan

CoQ-Trol Plus

Jadi, kalau anda peka dengan mutu kesihatan anda dan nak dapatkan manfaat-manfaat seperti di atas ni, bolehlah cuba CoQ-Trol Plus ni ye. WhatsApp je saya, nanti saya akan bantu dan sharekan dengan anda tentang cara pengambilannya sekali.

Moga bermanfaat!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole