Skip to main content

Khasiat Asid Lemak Omega-3

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Apakah asid lemak OMEGA-3?


Omega-3 adalah sejenis asid lemak penting. Kita memerlukan Omega-3 untuk badan kita berfungsi secara normal dan sangat penting untuk kesihatan. Oleh kerana asid lemak penting seperti ALA , DHA dan EPA tidak boleh dihasilkan dalam badan , kita perlu mendapatkannya daripada diet seharian kita.

Kalau nak cerita pasal khasiat Omega-3, memang TERLALU BANYAK!! Kita cuba cerita satu-persatu, k?

KHASIAT KE ATAS FUNGSI OTAK

Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak. Memang diketahui ramai bahawa kekurangan Omega-3 sering dikaitkan dengan gangguan pembelajaran dan kognitif. Sebahagian besar kajian menunjukkan peningkatan dalam tahap tumpuan dan perhatian pada kanak-kanak sekolah yang mengambil supplemen Omega-3 dalam diet mereka.

KHASIAT KE ATAS KESIHATAN JANTUNG


Pengambilan Omega-3 yang tinggi telah dikaitkan dengan kesihatan jantung dalam banyak kajian saintifik. Omega-3 boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

KHASIAT KE ATAS KESIHATAN MATA

Dalam photoreceptor retina mata mempunyai Omega-3 dengan kepekatan yang tinggi. Ia terlibat secara langsung dalam laluan isyarat yang menterjemahkan isyarat cahaya ke dalam aktiviti neuron. Degenerasi makula adalah masalah mata yang berlaku disebabkan penuaan dan akhirnya boleh menyebabkan buta. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai pengambilan Omega-3 yang lebih tinggi adalah kurang berkemungkinan mengalami degenerasi makula.

KHASIAT KE ATAS PRA- DAN POST-NATAL

Kebanyakan wanita mempunyai pengambilan Omega-3 yang tak mencukupi untuk bersaing dengan demand yang meningkat semasa mengandung. Supplemen Omega-3 adalah disyorkan semasa mengandung dan penyusuan. Pengambilan Omega-3 yang lebih tinggi semasa mengandung dan penyusuan dilaporkan mempunyai manfaat utama kepada pertumbuhan dan fungsi sistem saraf pusat bayi.

KHASIAT KE ATAS MASALAH KEMURUNGAN

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa masalah kemurungan sering dikaitkan dengan paras Omega-3 yang menurun. Kajian telah telah menunjukkan bahawa pesakit bertindak balas terhadap rawatan Omega-3. Terdapat tindak balas positif apabila pesakit kronik dengan Sindrom Keletihan yang dirawat dengan Omega-3. Omega-3 adalah komponen penting dalam membran sel saraf dan membantu sel-sel saraf berkomunikasi antara satu sama lain. Ini adalah satu langkah penting dalam mengekalkan kesihatan mental yang baik.

KHASIAT KE ATAS PENYAKIT RADANG USUS

Omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan mengurangkan keradangan dalam usus. Ramai pesakit telah mendapat manfaat daripada suplemen Omega-3 untuk membantu meringankan keradangan yang berkaitan.

KHASIAT KE ATAS KOLESTROL


Individu yang mengambil ikan berminyak dengan jumlah yang lebih besar cenderung untuk telah mendapat paras kolestrol HDL (kolestrol baik) yang lebih tinggi dan unsure trigliserida negative yang menurun dalam peredaran aliran darah. Kajian klinikal telah melaporkan bahawa suplemen Omega-3 boleh menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan trigliserida.

KHASIAT KE ATAS MASALAH DIABETES

Omega-3 boleh membantu untuk menurunkan trigliserida dan apoproteins (indicator diabetes) dan meningkatkan HDL. Individu dengan diabetes cenderung mempunyai yang trigliserida tinggi dan paras HDL yang rendah.

KHASIAT KE ATAS MASALAH ARTHRITIS

Kajian klinikal telah melaporkan manfaat Omega-3 dalam membasmi gejala Rheumatoid Arthritis, khususnya mengurangkan ketegangan dan kekejangan sendi, dan membenarkan pengurangan dalam keperluan ubat. Kajian tambahan juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh memberikan manfaat kepada seseorang daripada gangguan keradangan lain, termasuk Osteoarthritis.

KHASIAT KE ATAS MASALAH ASTHMA

Laporan saintifik telah menunjukkan bahawa supplemen Omega-3 boleh memperbaiki masalah lelah. Kajian juga menunjukkan fungsi paru-paru yang bertambah baik di kalangan orang dewasa yang mempunyai masalah lelah yang berterusan, dengan pengurangan dalam keperluan untuk menggunakan inhaler.

KHASIAT KE ATAS PENURUNAN BERAT BADAN


Kajian klinikal telah melaporkan bahawa mereka yang gemuk yang mengamalkan senaman boleh mencapai paras gula dalam darah dan kolestrol yang leih baik apabila diet mereka menambah supplemen Omega-3 dalam diet mereka. Telah diketahui bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengalami kawalan gula dalam darah yang kurang berkesan dan mempunyai paras kolestrol yang lebih tinggi.

KHASIAT KE ATAS RAWATAN KANSER
Pertama-tama sekali, ingin dijelaskan bahawa Omega-3 bukanlah sekali-kali dianggap sebagai alternatif yang berkesan untuk merawat kanser. Cuma pengambilan Omega-3 yang lebih tinggi telah dilaporkan berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser tertentu termasuk Kanser Payudara, Kanser kolorektal dan Kanser Prostat. Apa-apa pun, jika anda mendapati sebarang simtom, cepat-cepat rujuk pada doctor untuk pemeriksaan lanjut.

Banyakkan khasiat Omega-3?? Tak sangka, kan? Tapi kita selalu tak ambil endah dan tak berasa kepentingan untuk mendapatkan supplemen Omega-3 ni...

Tak dinafikan memang ada kebimbangan akan kehadiran toksin dan bahan cemar yang boleh terdapat pada ikan laut. Tapi anda dah tak perlu risau kerana Shaklee menyediakan supplemen Omega-3 iaitu OMEGA GUARD yang terdiri daripada minyak ikan yang terbaik. Ia bebas daripada logam berat dan sebarang pencemaran dan memang SELAMAT.


*Walau bagaimanapun, supplemen Omega- 3 (EPA/DHA ) boleh mencairkan darah dan boleh menyebabkan pendarahan berlebihan, terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat anticoagulant. Jadi pastikan dulu keadaan kesihatan anda sebelum mengambil supplemen Omega-3.

Nak tahu info lanjut lagi, boleh WhatsApp saya teruk k...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole