Skip to main content

Atasi Masalah Senggugut


Lebih kurang 30% daripada population wanita mengalami Sindrom Pra Haid (PMS), dan lebih kurang 10% daripada wanita mempunyai senggugut yang teruk. Ramai wanita mengalami pelbagai jenis simtom PMS yang disebabkan oleh hormon seperti kekejangan rahim/uterus yang boleh terjadi sebelum atau semasa period. Ada juga yang rasa senggugut yang sangat teruk, sakit perut, migraine, depression/kemurungan, emosi yang sensitive, kembung perut dan loya. Ada juga yang berlaku bengkak payudara dan ketidakselesaan disebabkan oleh water retention atau hormone wanita. Perasan tak kadang-kadang wanita yang sedang period juga boleh jadi kuat makan. Ini juga disebabkan oleh paras beta-endorphin yang sering naik dan turun.

Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan senggugut adalah seperti:

♥ Berumur bawah 20 tahun

♥ mempunyai sejarah keluarga yang mengalami senggugut

♥ merokok

♥ pendarahan yang banyak sewaktu period

♥ period yang tidak teratur

♥ tidak pernah melahirkan anak

♥ mencapai akil baligh pada umur yang muda (cth: sebelum umur 11 tahun)


PMS selalu dikaitkan dengan genetic defect dalam sintesis Gamma asid linolenik (GLA). GLA adalah salah satu elemen dalam beberapa kumpulan hormon prostaglandin PGE1. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dengan PMS yang teruk mempunyai tahap GLA 80% lebih rendah daripada wanita tanpa PMS. Terdapat banyak lagi nutrien penting untuk sintesis PGE1, selain GLA. Ini termasuklah magnesium, vitamin B6, vitamin B3, zink dan vitamin C.

Satu cara untuk kurangkan masalah PMS adalah dengan meningkatkan penghasilan PGE1 dalan badan. Salah satu caranya adalah dengan mengambil supplemen untuk meningkatkan paras GLA. Selain itu, adalah penting juga untuk menggabungkan GLA dengan diet yang seimbang supaya paras gula dalam darah dan paras insulin rendah dan stabil.

Untuk kurangkan symptom PMS ni, dicadangkan juga untuk amalkan:
·   

✦ Supplemen Omega 3 – ambil supplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi

✦ Kurangkan karbohidrat - Banyakkan ambil sayur-sayuran yang pelbagai warna, tinggi fiber dan buah-buahan - dapat meningkatkan polifenol dan antioksidan. Dapat juga meningkatkan kealkalian diet anda yang membantu untuk mengekalkan kalsium. Tahap kalsium yang lebih tinggi dikaitkan dengan kurang PMS

✦ Magnesium - Suplemen magnesium berkesan untuk mengurangkan senggugut.

✦ Zink - dalam satu kajian 1-3 x 30mg dos telah diberikan setiap hari selama satu hingga empat hari sebelum bermulanya haid, dan mengurangkan hampir semua kes cramp.

 Vitamin E - dapat mengurangkan cramp dan pendarahan.

✦ Vitamin D Kalsium dan vitamin D dikatakan dapat mengurangkan risiko PMS. Vitamin D adalah penting untuk penyerapan kalsium, jika kekurangan vitamin D, hanya lebih kurang 10% kalsium je dapat diserap daripada diet kita.

·   ✦ Lakukan senaman untuk menaikkan mood dan mengurangkan kesakitan ketika period.
·   ✦ Ambil vitamin, mineral dan supplemen antioksida dengan Iron yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda dapat nutrisi yang lengkap.

✦ PisangPisang dikatakan dapat menghalang berlakunya cramp sewaktu period sebab ia kaya dengan vitamin B6.

✦ Sunflower SeedsKaya dengan vitamin E, zinc dan mangnesium, juga kaya dengan vitamin B6. Tapi jangan berlebihan, sebab ia juga tinggi kalori.

✦ Halia.

 Hot water bottleLetakkan hot water bottle pada bahagian belakang atau abdomen untuk melegakkan rasa sakit.

✦ Elakkan pengambilan daging merah dan produk tenusu


Bagi anda yang kerap mengalami sengugut, saya syorkan cubalah tips-tips di atas. Kalau anda nak cuba ambil supplemen untuk kurangkan masalah senggugut, saya syorkan anda Set Senggugut Shaklee:
  1. GLA Complex
  2. Omega Guard
  3. Ostematrix
  4. Zinc
  5. B-Complex


Insya Allah, semoga ia dapat membantu anda....


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:




Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole