Skip to main content

Turunkan Berat Badan dengan CINCH Shake Mix

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!


Berat badan makin bertambah? Anda nak diet, tapi tak tau nak mula dari mana?

Okay, ada beberapa elemen penting yang perlu dititik beratkan semasa ingin menurunkan berat badan.

Pengambilan protein
- Pengambilan kalori
- Senaman

Pengambilan Protein

Protein adalah amat penting untuk mengurangkan berat badan dan pembinaan otot. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil protein dua kali ganda daripada jumlah harian yang dicadangkan (RDA) mengalami pengurangan jumlah lemak yang lebih besar di samping dapat mengekalkan otot. Yela.. Kita tak nak la badan dah kurus, tapi kulit menggelebeh kan? Sebab itu pengambilan protein amat penting.

Makanan-makanan yang tinggi protein contohnya: 
Ayam, ikan, keju, daging, tahu, kacang, telur, yogurt, kekacang, dll.

Tapi cuba kita perhatikan dan fikirkan. Untuk mengambil diet tinggi protein, kita mungkin fikir untuk mengambil makanan-makanan tadi dengan jumlah yang lebih banyak. Tapi, bagaimana pula dengan jumlah kalori yang kita bakal ambil?

Pengambilan kalori

Kita selalu sebut perkataan kalori tu, tapi tau ke apa maksud dia? Biar saya terangkan secara ringkas. Kalori itu adalah satu ukuran jumlah tenaga yang dibekalkan oleh makanan yang kita ambil. Kalau kita betul-betul nak turunkan berat badan, jumlah kalori yang diambil mestilah lebih sedikit dengan jumlah kalori yang dibakar. Macam mana nak bakar kalori? Jom tengok next point...

Senaman

Macam mana nak bakar kalori? Dengan bersenam lah... Jumlah kalori yang dicadangkan bagi mereka yang normal biasanya 2,000kcal sehari. Tapi, untuk mereka yang ingin turunkan berat badan, mungkin jumlah kalori yang perlu diambil dalam 1,600kcal sehari, atau mungkin lebih rendah dari itu bagi mereka yang berbadan besar. Dan sekali lagi diingatkan point penting, JUMLAH KALORI YANG DIBAKAR MESTI LEBIH BANYAK BERBANDING JUMLAH KALORI YANG DIAMBIL. 

Tetapi, kebanyakan masalah kita yang ingin ambil diet tinggi protein adalah untuk control pengambilan kalori dan juga LEMAK. Ambil ayam banyak-banyak, memang la tinggi protein, tapi lemak pun bertimbun-timbun la. 

Jadi di sini saya nak syorkan CINCH Shake Mix Shaklee. 


Apa yang best tentang CINCH? Okay... Saya listkan satu-persatu:

♥  Ada 3 perasa: Chocolate, Vanilla, Cafe Latte
♥  Memberikan khasiat seperti satu hidangan lengkap dengan rasa ibarat pencuci mulut
♥  Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan
♥  Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang
♥  Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian
♥  Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
♥  Memberi 35% atau lebih nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dari mineral penting
♥  Tiada perasa, pewarna atau pemanis buatan
♥  Genetik soya yang tidak diubahsuai (bukan GMO)
♥  Jumlah kalori yang rendah, hanya 180kcal dalam satu hidangan. 

Insya Allah, dengan tambahkan CINCH Shake Mix dalam diet seharian, secara automatic kita dapat control pengambilan makanan kita, sebab CINCH sudah cukup membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

Bukan je dapat turunkan berat badan, malah badan jadi lebih sihat, cergas dan bertenaga!!


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole